Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Pujian-pujian kepada Allah swt, Tuhan diri ini, dan sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Besar Muhammad SAW serta para sahabatnya r.anhum,
Kali ini penulis yg jahil dan berdosa akan menerangkan beberapa implikasi yg tersembunyi pada perkataan yg sering kita dengar pada hari ini iaitu ”TAK ADA DALIL”. Selain itu penulis suka utk menerangkan juga implikasi kepada perkataan mereka yg menuturkan ” TAK TAHU” .
Situasi ”TAK ADA DALIL”:
A : Assalamualaikum. Ustaz, boleh saya tumpang tanya, apakah hukum orang yg membaca Al-Quran di perkuburan?
B: Waalaikumussalam. Erm, hukum membaca Al-Quran? Sebenarnya ”TAK ADA DALIL” tentang perbuatan ini, kerana tidak pernah dilakukan dizaman Nabi.
Apakah implikasinya kepada seseorang yg menuturkan perkataan ”TAK ADA DALIL”?
1. Seolah-olah mereka telah mengetahui segala dalil yang ada dalam Al-Quran dan As-Sunnah.
2. Seolah-olah mereka telah memahami segala isi kandungan yg terdapat dalam Al-Quran dan As-Sunnah.
3. Seolah-olah mereka lebih memahami dalil tentang sesuatu hukum berbanding para imam seperti Imam Malik, Imam Syafie, dan Imam Ghazali r.anhum.
4. Mereka telah menghukum sesuatu yg bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah jika sekiranya sebenarnya ada dalil dalam Al-Quran dan As-Sunnah.
5. Seolah-olah mereka telah mampu berijtihad sebagaimana para imam yang terdahulu.
Apakah punca perkataan ”TAK ADA DALIL” itu keluar dari mulut mereka?
1. Kerana merasakan diri telah mampu untuk berijtihad.
2. Kerana merasakan diri telah mempunyai cukup ilmu untuk memahami segala ilmu yg terkandung dalam Al-Quran dan As-Sunnah.
3. Kerana sifat sombong dan takabbur didalam diri menyebabkan merasa diri lebih hebat dari para alim ulama’ terdahulu. Sehingga timbul sangkaan dalam hati bahawa ulama’ terdahulu tersalah dalam ijtihad mereka dengan alasan ulama’ bukan maksum.
4. Supaya mereka itu dikenali sebagai orang yg ”ALIM.
5. Kerana rasa malu untuk mengaku kejahilan diri - perkara ini biasanya berlaku kepada pensyarah-pensyarah/ustaz-ustaz yg malu untuk mengatakan ”tidak tahu” tentang sesuatu hukum kepada pelajar.
Situasi ”TAK TAHU”:
A: Assalamualaikum Ustaz. Boleh sy tumpang tanya? Apakah hukum orang yang membaca Al-Quran di perkuburan?
B: Waalaikumussalam. Menurut pengetahuan saya, saya ”TAK TAHU” tentang masalah hukum ini, cuba awak bertanya kepada yg alim tentang masalah ini.
Apakah implikasi kepada seseorang yg menuturkan ”TAK TAHU”?
1. Lepas diri mereka itu daripada berdusta kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
2. Menjaga adab mereka itu kepada para alim ulama’ yang terdahulu.
3. Melatih diri untuk bersikap rendah diri dan tawadhuk.
4. Benar mereka itu akan kejahilan mereka.
Apakah punca perkataan ”TAK TAHU” itu keluar dari mulut mereka?
1. Mereka itu benar mengaku diatas kejahilan diri.
2. Mereka takut untuk berlaku tidak adil kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
3. Sikap tawadhuk dan merendah diri melatih untuk bersikap jujur dengan perkara sebenar.
4. Merasa diri jauh lebih rendah ilmu berbanding para alim ulama’ terdahulu.
5. Kerana mempunyai sikap jujur terhadap Ilmu dan bukan untuk menunjuk-nunjuk Ilmu yang ada.
Dapatlah kita lihat bahawa perkataan ”TAK TAHU” itu lebih afdal daripada perkataan ”TAK ADA DALIL”, bukan sahaja lebih afdhal bahkan perkataan ”TAK ADA DALIL” itu mendatangkan mudarat kepada diri sendiri. Maka berhati-hatilah dalam berkata-kata.
Adalah penulis tergerak untuk menulis tentang masalah ini kerana penulis melihat masalah ini telah menjadi-jadi dikalangan umat Islam hari ini lebih-lebih lagi sedang terancam dengan fitnah Wahabiyah Salafiyah. Oleh sebab itu, penulis menyatakan serba sedikit perkara yang terselindung/tersirat di sebalik perkataan ”TAK ADA DALIL” dan ”TAK TAHU”. Mudah-mudahan ia nya dapat memberi manfaat kepada orang-orang yang mahu berfikir. Wallahua’lam.
5 comments:
~ kebenaran yang dibawa dengan cara atau kaedah yang tidak tepat, seperti berdebat, mengkritik, lebih teruk menghina akan menyebabkan manusia semakin rimas lebih malang memberi imej buruk kepada kebenaran yang saudara bawa..
wallahualam
~ terima kasih byk di atas teguran ini. Alhamdulillah, ada yg menegur.
kebenaran itu tertegak dgn cara yang benar.
yes syahir mula mengenali kebenaran!
cuma akh anta sebenarnya suke mencari-cari keburukan orang..dan mengagak apa yang berada dalam hati seseorang itu padahal anta tidak mengetahui perkara ghaib...
Suka sngat sangka buruk dan meneka-neka...
lebih baik nta cari dalil dua2 belah pihak dan nilai sendiri guna fikiran yang Allah beri untuk tgh mana lebih kuat...
kalau x boleh lantaran x mampu, jangan cakap pasal agma Islam dalam keadaan tiada ilmu!
statement anta salah...
ana ulang lagi kata-kata Imam Nawawi.
Imam Nawawi menyebut dalam Syarah Muslim (al-Nawawi, Syarh Shahih Muslim, jld. 1, m.s. 115.):
Sesungguhnya yang menjadi sunnah bagi salam dalam solat ialah dengan berkata: السلام عليكم ورحمة الله sebelah kanan, السلام عليكم ورحمة الله sebelah kiri. Tidak disunatkan menambah وبركاته. Sekalipun ia ada disebut dalam hadith dhaif dan diisyaratkan oleh sebahagian ulama. Namun ia adalah satu bid‘ah kerana tidak ada hadith yang sahih (yang menganjurkannya). Bahkan yang sahih dalam hadith ini dan selainnya ialah meninggalkan tambahan itu.
maknanya tiada dalil dalam ibadah, x boleh buat.
Ulama mana nta ambil ntah...nyatakan ulama yang sokong nta! malu ana anta buh gambar para habaib...
ya umar!
"Anak panah yg sudah keluar dari busurnya, susah utk kembali semula."
"Air Sungai yang mengalir ke laut itu perkara biasa tetapi sungai yg mengalir ke bukit2 itu pasti ada sesuatu yg tak kena"
-mujahid-
Post a Comment