Friday, April 16, 2010

Aku Makhluk yang berhajat, Dia(Khaliq) yang tiada berhajat

"Keluarkanlah rasa takut kepada makhluk dari hatimu maka kau akan tenang dengan rasa takut kepada khaliq, dan keluarkanlah rasa berharap kepada makhluk dari hatimu maka engkau akan rasa nikmat berharap kepada Sang Khaliq."
- Al-Allamah Guru Besar Habib Umar bin Hafidz -

Ramai manusia yg takut sesama makhluk kerana ingin mempertahankan pangkat dan harta.

Ramai manusia yg takut sesama makhluk kerana mencari kedudukan dan kemuliaan disisi makhluk.

Ramai manusia yg takut sesama makhluk kerana bimbangkan sempit rezeki.

Ramai manusia yg takut sesama makhluk kerana ingin menjaga hati makhluk sedangkan mereka mengundang murka Allah.

Ramai manusia yg takut sesama makhluk kerana bimbangkan kehinaan disisi manusia.

Apabila manusia itu takut kepada Sang Khaliq, maka mereka itu telah berjaya melepaskan diri daripada cintakan pangkat dan harta, mereka itu berjaya melepaskan diri dari tamak mencari kemuliaan disisi manusia, mereka itu telah membebaskan diri dari syak kepada Allah yang Maha Memberi, mereka itu tidak lagi membimbangkan kehinaan disisi manusia.

Ramai manusia yg mengharapkan kedudukan dihati manusia,

Ramai manusia yg mengharapkan memiliki harta dan pangkat yg besar,

Ramai manusia yg mengharapkan setiap amalan mereka itu dipandang manusia,

Ramai manusia yg mengharapkan supaya dia menjadi harapan kepada manusia yg lain,

Ramai manusia yg mengharapkan kemuliaan disisi manusia,

Kesemua itu hanyalah harapan yang kosong dan tidak bernilai kerana itu adalah perkara yg belum pasti engkau perolehi.

Aku hairan melihat manusia, mereka berlumba-lumba mencari sesuatu yg belum pasti, sedangkan mereka tidak berlumba-lumba mencari sesuatu yg pasti” – Ibn Ataillah r.a, Al-Hikam-

Harapan kepada Allah itulah sesuatu yg pasti engkau perolehi iaitu Reda Allah.

1 comment:

Anonymous said...

alhamdulillah..