Thursday, December 2, 2010

Niat

Niat dalam sembahyang


  
Bagi sembahyang fardhu yang lima, iaitu subuh, zohor, asar, maghrib, dan isyak.

Syarat sah niat itu ada tiga :
1- Qasad : Iaitu menyahajakan perbuatan menunaikan sembahyang, seperti lintas di hati " sahaja aku sembahyang ".
2- Ta'rud : Iaitu wajib, seperti lintas di hati " fardhu "
3- Ta'yin : Iaitu menentukan waktu, seperti lintas di hati " zohor" atau "subuh"

Bagi sembahyang mutlak dan sembahyang yg dihubung dengannya seperti tahiyatul masjid, sembahyang hajat, istikharah dan lain2.

Syarat sah niat itu ada satu :
1- Qasad : Iaitu menyahajakan perbuatan menunaikan sembahyang, seperti lintas di hati " sahaja aku sembahyang ".

Bagi sembahyang yang berkait dengan waktu seperti sembahyang hari raya yg dua, sembahyang gerhana yg dua :

Syarat sah niat itu ada dua :
1- Qasad : Iaitu menyahajakan perbuatan menunaikan sembahyang, seperti lintas di hati " sahaja aku sembahyang ".
2 Ta'yin :  Iaitu menentukan waktu seperti, "aidiladha" atau "gerhana bulan".

Wajib bagi orang yg sembahyang/musolli menyertakan segala syarat sah niat itu pada sembahyang yang tertentu itu pada ketika mengangkat takbiratul ihram pada salah satu huruf daripada huruf yang lapan didalam takbir itu sama ada alif atau lam atau ha' atau  ra' dan yang lain2.

Sunat sahaja melafazkan niat sebelum mengangkat takbiratul ihram seperti melafazkan " sahaja aku sembahyang fardhu subuh kerana Allah taala".

Maka tidak sah sembahyang orang yg tidak menyertakan syarat sah niat yg tersebut ( di atas ) didalam takbirnya walaupun dia melafazkan niat sebelum mengangkat takbir.

Wallahua'lam.


Ruj : 
1. Kitab hidayatus sibyan