Thursday, June 25, 2009

Qasidah Burdah

Qasidah Burdah dikarang oleh Imam Al- Bushiri yang lahir di Bahtim, Mesir.
Beliau memuji Rasulullah dengan pujian-pujian yang sangat hebat gaya bahasanya sehingga beliau digelar
" Sayyidul Muddah" ertinya penghulu pemuji Rasullulah s.a.w.

Adalah diriwayatkan bahawa beliau mengarang qasidah ini ketika masa sakitnya. Beliau mengalami sakit lumpuh sebelah badan. Para doktor berputus asa untuk merawat Imam Al-Bushiri. Dalam keadaan sakit yang dialaminya, timbullah ilham dihati beliau untuk mengarang sebuah qasidah puji-pujian kepada Rasulullah s.a.w.

Satu demi satu bait dirangkapkannya, sehinggalah lengkaplah 161 bait syair puji-pujian kepada Rasullullah. Maka sebaik sahaja selesai menggores penanya, beliau tertidur. Telah datang Rasullullah s.a.w kepadanya, menziariahi beliau. Dalam mimpinya itu, Baginda Rasullullah s.a.w menyelimuti beliau dengan selendang ("burdah"). Apabila beliau bangun dari tidurnya, beliau mendapati dirinya telah sembuh seperti sediakala seolah-olah tidak pernah ditimpa lumpuh.

Maka beliau telah menamakan qasidahnya " Burdah ". Mudah-mudahan dengan berkat qasidah burdah ini dapat menyembuhkan penyakit-penyakit yang menimpa.