Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Pujian-pujian kepada Allah swt, Tuhan yang memiliki diri ini, dan sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Besar Muhammad SAW,
Ini suatu risalah ditulis oleh penulis bagi menyuluh kefahaman hamba2Nya yg ingin mencari kebenaran dan keredhaan Allah swt.
Penulis akan menulis risalah ini berbentuk soal jawab yg mana ia mungkin adalah persoalan2 atau pernyataan yg datang dari mulut atau hati org2 yg keliru, mudah-mudahan Allah memberi taufik dan hidayah kepada penulis yg berdosa ini dan mereka yg ingin memahami.
Telah berkata seseorang : ” Jika ada mendengar dalam tasawuf bahawa seseorang itu boleh berjalan atas air dan sebagainya maka itu adalah bohong dan tidak boleh dipercayai”.
Penulis : Apakah itu mukjizat? Mukjizat itu adalah suatu perkara luar biasa yang berlaku ke atas Nabi-nabi Allah.
Apakah itu karamah? Karamah itu adalah suatu perkara luar biasa(mencarik adat) yang berlaku ke atas wali-wali Allah.
Memuliakan mereka bererti memuliakan Allah, manakala menghina mereka bererti juga menghina mereka bererti juga menghina Allah.
Sebab itu juga Allah berfirman dalam hadis Qudsi:
"Barangsiapa memusuhi wali-Ku, maka Aku akan mengisytiharkan perang terhadapnya". (Riwayat Al Bukhari)
Antara contoh2 karamah iaitu, boleh berjalan di atas air, boleh berasa di dua tiga tempat dalam satu masa, boleh terbang di udara, boleh bergerak dari setempat ke setempat dengan sekelip mata dan sebagainya. Ini adalah antara kemuliaan dan keistimewaan yang Allah kurniakan kepada wali-waliNya. Di antara wali-wali Allah itu ialah Imam Hassan Al Basri r.a, Syeikh Junaid Al Baghdadi r.a, Syeikh Abu Yazid Bustami r.a, Syeikh Abdul Kadir Jailani r.a, Imam Al Ghazali r.a dan ramai lagi.
Meyakini dan mempercayai akan mukjizat para Nabi dan karamah para auliya’ itu adalah salah satu daripada cabang-cabang iman. Maka wajib ke atas setiap mukmin itu meyakini akan perkara ini.
Telah jelaslah daripada masalah ini bahawa mukjizat para Nabi dan para wali Allah adalah tidak boleh diingkari sama sekali.
Wallahu a’la wa a’lam
Peringatan :Kejadian yang mencarikkan adat ( luarbiasa ) tidak semestinya diertikan sebagai karamah atau mukjizat kerana ia juga sebagai istidraj yang diberikan kepada mereka yang mengingkari perintah Allah. Ahli sihir , pengamal ilmu batin dan seumpamanya sering disinonimkan dengan kejadian - kejadian yang mencarikkan adat ini .
No comments:
Post a Comment