Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Pujian-pujian kepada Allah swt, Tuhan diri ini, dan sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Besar Muhammad SAW serta para sahabat r.anhum,
Adakah politik adalah jalan yang baik untuk mempertahankan agama Islam? Benarkah diri politik itu?
Adalah penulis melihat politik adalah salah satu cara daripada 1001 cara untuk menegakkan agama Islam. Betapa ramai manusia hari ini melihat politik sebagai jalan utama menegakkan agama Islam dek kerana dunia yang keadaannya berubah dari zaman ke zaman.
Suatu hari nanti, apakah pula yang menjadi wasilah yang baik untuk menegakkan agama Islam? Jika hari ini dengan permainan politik yang penuh dengan helah, mungkin suatu hari nanti dengan permainan ekonomi.
Malangnya, tidak ramai yang melihat bersuci, sembahyang, ilmu akidah dan ilmu tasawuf adalah jalan untuk menegakkan agama Islam. Tidak ramai juga yang prihatin terhadap masalah-masalah yang timbul dalam agama kerana terlalu memberi perhatian kepada politik dengan alasan untuk menegakkan agama Islam, ”kita mesti bersatu padu”. Bahkan ada sebahagian daripada mereka melihat bahawa masalah-masalah yang timbul dalam agama itu hanya masalah furu’ lalu mereka berkata, ” itu hanya isu kecil ”. Perkara-perkara yang membawa kepada kekufuran itu dilihat seperti semut yang kecil sahaja sebaliknya politik dilihat seperti gajah yang besar. Dan mereka itu sering beralasankan, ” politik sebahagian daripada agama ”. Perkataan ini memberikan impak yang besar kepada diri seseorang dalam semangat juangnya.
Saidatina Aishah r.a. pernah berkata: “Barangsiapa yang memuji ahli bid’ah, maka dia telah menolong memusnahkan agama Islam.”
Mereka itu berniat baik iaitu untuk menegakkan agama Islam tetapi kasihan, mereka itu terpedaya dengan menara yang berkilau-kilauan cahayanya. Kilauan cahaya di menara itu menutup basirah mereka melihat tiang-tiang yang kukuh berdiri menampung menara yang indah.
Lebih sedih melihat kepada sebahagian manusia yang terlalu asyikkan pemimpinnya, sehingga buta membezakan kebatilan dan kebenaran.
Betapa dunia ini digoncang hebat dengan pemimpin-pemimpin yang hebat dengan kata-kata dan pakaian yang indah. Hampir-hampir dunia ini terbalik, namun disana masih ada yang mencintai kebenaran.
Aku cintakan orang-orang yang cintakan kebenaran. Alangkah indahnya kebenaran itu jika ia hanya tersadai ditepian-tepian pantai, hakikatnya ia berada didalam lautan yang dalam. Hanya sedikit daripada manusia yang menyelam ke dasar laut, dan ramai daripada manusia yang bermain-main di tepian pantai dan ramai yang berenang di permukaan lautan lalu itu mereka berbangga-bangga dengan pencapaian mereka itu.
Lalu ada sebahagian golongan, dihati mereka tertanya-tanya dengan kalam-kalam ini...
Dan ada sebahagian golongan yang membenarkan kalam-kalam ini..
Dan ada sebahagian golongan yang menolak kalam-kalam ini..
Dan ada juga sebahagian golongan yang membenarkan sebahagiannya dan menolak sebahagian yang lain..
Persoalan :
Jika selalu dilaungkan oleh mereka "politik sebahagian daripada agama", apakah akidah bukan sebahagian daripada agama? Dimanakah kedudukan akidah disisi agama?
No comments:
Post a Comment