Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Pujian-pujian kepada Allah swt, Tuhan diri ini, dan sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Besar Muhammad SAW dan para sahabat r.anhum,
Kaum Muda definisikan sebagai golongan yang menentang ajaran-ajaran ulama-ulama’ terdahulu, membangkang mazhab yang empat, membenci tradisi bertaqlid, menyeru masyarakat supaya melakukan ijtihad dalam agama tanpa ada panduan dan keahlian, mengajak umat supaya melakukan pembaharuan di dalam agama di samping meninggalkan ajaran-ajaran ulama’ terdahulu, membantah dengan keras cara mengamalkan agama dengan cara bermazhab sebaliknya menyeru masyarakat Islam meninggalkan mazhab yang muktabar dan mengikut telunjuk 3 tokoh besar mereka ;
1-Ibn Taymiyah
2-Muhammad Abdul Wahhab
3-Nasiruddin Albaani
Kaum muda ini sentiasa melaungkan slogan kembali kepada Al-Quran dan Al-Hadis kepada orang awam dalam masa yang sama memberi gambaran buruk bahawa Kaum Tua pula sebagai penentang Al-Quran dan As-Sunnah. Mereka melihat amalan tradisi yang diwarisi daripada ulama’ dahulu dan Masyarakat Islam sejak berzaman-zaman seperti Talqin, sambutan maulidurrasul, mengamalkan tarekat kesufian, dan bacaan Al-Quran selepas kematian sebagai bid’ah dan khurafat. Oleh kerana itu, timbul rasa kebencian, permusuhan dan sikap tidak puashati mereka dengan kaum Tua. Rasa permusuhan inilah yang menyebabkan sesetengah kaum Muda menceburkan diri di dalam politik bagi mencari kekuatan dalam menangani aliran Kaum Tua dan menyekat pergerakan mereka supaya terbantut.
* Kaum Tua = Akidah AsSyairah Wal Maturidiah Bermazhab Syafi'e (AhliSunnahWalJamaah)
* Kaum Muda = Wahabiyyah Salafiyyah Taymiyyah
Mereka ini dilihat seperti mempunyai cita-cita yang baik pada zahirnya iaitu untuk membuat pembaharuan(tajdid) dalam Islam, iaitu menyuruh umat ini keluar daripada taqlid, tetapi hakikatnya ia adalah azab.
p/s: Penulis akan terus menjelaskan perkara ini pada masa akan datang, InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment