Thursday, April 29, 2010

Bangunan Itu Berdiri Bersama Konkritnya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Pujian-pujian kepada Allah swt, Tuhan diri ini, dan sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Besar Muhammad SAW serta para sahabat r.anhum,


Adakah politik adalah jalan yang baik untuk mempertahankan agama Islam? Benarkah diri politik itu?

Adalah penulis melihat politik adalah salah satu cara daripada 1001 cara untuk menegakkan agama Islam. Betapa ramai manusia hari ini melihat politik sebagai jalan utama menegakkan agama Islam dek kerana dunia yang keadaannya berubah dari zaman ke zaman.
Suatu hari nanti, apakah pula yang menjadi wasilah yang baik untuk menegakkan agama Islam? Jika hari ini dengan permainan politik yang penuh dengan helah, mungkin suatu hari nanti dengan permainan ekonomi.

Malangnya, tidak ramai yang melihat bersuci, sembahyang, ilmu akidah dan ilmu tasawuf adalah jalan untuk menegakkan agama Islam. Tidak ramai juga yang prihatin terhadap masalah-masalah yang timbul dalam agama kerana terlalu memberi perhatian kepada politik dengan alasan untuk menegakkan agama Islam, ”kita mesti bersatu padu”. Bahkan ada sebahagian daripada mereka melihat bahawa masalah-masalah yang timbul dalam agama itu hanya masalah furu’ lalu mereka berkata, ” itu hanya isu kecil ”. Perkara-perkara yang membawa kepada kekufuran itu dilihat seperti semut yang kecil sahaja sebaliknya politik dilihat seperti gajah yang besar. Dan mereka itu sering beralasankan, ” politik sebahagian daripada agama ”. Perkataan ini memberikan impak yang besar kepada diri seseorang dalam semangat juangnya.

Saidatina Aishah r.a. pernah berkata: “Barangsiapa yang memuji ahli bid’ah, maka dia telah menolong memusnahkan agama Islam.”

Mereka itu berniat baik iaitu untuk menegakkan agama Islam tetapi kasihan, mereka itu terpedaya dengan menara yang berkilau-kilauan cahayanya. Kilauan cahaya di menara itu menutup basirah mereka melihat tiang-tiang yang kukuh berdiri menampung menara yang indah.

Lebih sedih melihat kepada sebahagian manusia yang terlalu asyikkan pemimpinnya, sehingga buta membezakan kebatilan dan kebenaran.
Betapa dunia ini digoncang hebat dengan pemimpin-pemimpin yang hebat dengan kata-kata dan pakaian yang indah. Hampir-hampir dunia ini terbalik, namun disana masih ada yang mencintai kebenaran.
Aku cintakan orang-orang yang cintakan kebenaran. Alangkah indahnya kebenaran itu jika ia hanya tersadai ditepian-tepian pantai, hakikatnya ia berada didalam lautan yang dalam. Hanya sedikit daripada manusia yang menyelam ke dasar laut, dan ramai daripada manusia yang bermain-main di tepian pantai dan ramai yang berenang di permukaan lautan lalu itu mereka berbangga-bangga dengan pencapaian mereka itu.

Lalu ada sebahagian golongan, dihati mereka tertanya-tanya dengan kalam-kalam ini...

Dan ada sebahagian golongan yang membenarkan kalam-kalam ini..

Dan ada sebahagian golongan yang menolak kalam-kalam ini..


Dan ada juga sebahagian golongan yang membenarkan sebahagiannya dan menolak sebahagian yang lain..

Persoalan :

Jika selalu dilaungkan oleh mereka "politik sebahagian daripada agama", apakah akidah bukan sebahagian daripada agama? Dimanakah kedudukan akidah disisi agama?



Saturday, April 24, 2010

Berpisah dengan Makhluk

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Pujian-pujian kepada Allah swt, Tuhan diri ini, dan sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Besar Muhammad SAW serta para sahabatnya r.anhum,


SESUNGGUHNYA YANG MEMBOLAK-BALIKKAN HATI AHLI IBADAT DAN AHLI ZUHUD KETIKA MENGHADAPI SESUATU ITU ADALAH KERANA MEREKA MASIH TIDAK TETAP MELIHAT ALLAH S.W.T PADA APA YANG MEREKA LIHAT, MAKA HATI MEREKA DIBOLAK-BALIKKAN OLEH SESUATU ITU.

Istilah yang biasa digunakan bagi menggambarkan sifat hati ialah istilah kalbu, yang bermaksud sesuatu yang berbalik-balik, berubah-ubah, tidak menetap. Seseorang yang menjalani jalan kerohanian akan memasuki daerah Latifah Kalbu. Dalam daerah ini dia menjadi terlalu sensitif dengan apa yang berlaku di sekelilingnya. Dia melihat keadaan orang ramai yang leka menurut kehendak hawa nafsu mereka. Dia melihat keadaan dunia yang kucar kacir. Dia melihat kerosakan yang berlaku akibat harta, perempuan, kekuasaan dan lain-lain. Dia melihat kesemua ini sebagai racun yang boleh melemahkan rohaninya. Oleh yang demikian dia memilih jalan yang memisahkannya daripada segala kekacauan tersebut. Dia mungkin memilih jalan ahli ibadat yang mendekatkan diri dengan Allah s.w.t dengan cara membenamkan dirinya ke dalam alam amal ibadat. Dia hanya berurusan dengan orang lain kerana sesuatu keperluan yang menyokong pekerjaan ibadatnya. Dia hanya mengambil bahagian dalam hal-ehwal dunia sekadar menguatkan tulang belakangnya untuk berdiri berbuat ibadat. Kebanyakan daripada masanya dihabiskan dengan memencilkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. Jalan kedua yang mungkin diikuti oleh orang yang memasuki Latifah Kalbu itu adalah jalan ahli zuhud. Dia menjadi zahid yang membuang dunia dan segala isinya dari hatinya. Dia gemar tinggal sendirian di tempat yang tidak didiami oleh manusia lain. Dia mengambil langkah tidak beristeri, tidak berkeluarga dan tidak bermasyarakat. Dia hanya bertemankan Allah s.w.t di dalam khalwatnya.

Kecenderungan mengikut cara ahli ibadat dan ahli zuhud dialami oleh orang yang telah tumbuh rasa jemu kepada dunia dan kekeruhan yang berlaku di dalamnya. Cara demikian adalah baik baginya untuk memerangi hawa nafsu. Pergaulan dengan orang ramai menjadi sebab yang membolak-balikkan hatinya. Pengasingan diri dari kesibukan dunia dan membenamkan diri ke dalam kesibukan ibadat mempercepatkan proses penyucian hati. Suasana pengasingan itu penting baginya kerana dia masih dikuasai oleh kesedaran basyariah. Dia masih melihat makhluk sebagai memiliki pengaruh yang mendatangkan kesan atau akibat. Pandangan hatinya masih melekat kepada sebab-sebab, kerana itulah alat-alat yang menyampaikan sebab-sebab boleh mengganggu hatinya. Setelah makrifatnya bertambah, pandangan hatinya akan berubah. Dia tidak lagi melihat makhluk sebagai berkuasa mendatangkan kesan dan akibat. Dia melihat kekuasaan dan pentadbiran Ilahi yang berjalan sebagai sebab musabab. Sesuatu yang datang kepadanya tidak lagi menutup hakikat dari pandangan hatinya. Bila hatinya sudah mencapai peringkat ini hatinya tidak lagi dibolak-balikkan oleh sesuatu perkara atau kejadian. Pergaulan dengan orang ramai tidak lagi menjadi racun kepada hatinya.

Daripada : Kitab Al-Hikam – Ibn Athaillah Al-Iskandari r.a

Thursday, April 22, 2010

“TAK ADA” VS “ TAK TAHU”

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Pujian-pujian kepada Allah swt, Tuhan diri ini, dan sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Besar Muhammad SAW serta para sahabatnya r.anhum,

Kali ini penulis yg jahil dan berdosa akan menerangkan beberapa implikasi yg tersembunyi pada perkataan yg sering kita dengar pada hari ini iaitu ”TAK ADA DALIL”. Selain itu penulis suka utk menerangkan juga implikasi kepada perkataan mereka yg menuturkan ” TAK TAHU” .

Situasi ”TAK ADA DALIL”:

A : Assalamualaikum. Ustaz, boleh saya tumpang tanya, apakah hukum orang yg membaca Al-Quran di perkuburan?
B: Waalaikumussalam. Erm, hukum membaca Al-Quran? Sebenarnya ”TAK ADA DALIL” tentang perbuatan ini, kerana tidak pernah dilakukan dizaman Nabi.


Apakah implikasinya kepada seseorang yg menuturkan perkataan ”TAK ADA DALIL”?

1. Seolah-olah mereka telah mengetahui segala dalil yang ada dalam Al-Quran dan As-Sunnah.
2. Seolah-olah mereka telah memahami segala isi kandungan yg terdapat dalam Al-Quran dan As-Sunnah.
3. Seolah-olah mereka lebih memahami dalil tentang sesuatu hukum berbanding para imam seperti Imam Malik, Imam Syafie, dan Imam Ghazali r.anhum.
4. Mereka telah menghukum sesuatu yg bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah jika sekiranya sebenarnya ada dalil dalam Al-Quran dan As-Sunnah.
5. Seolah-olah mereka telah mampu berijtihad sebagaimana para imam yang terdahulu.

Apakah punca perkataan ”TAK ADA DALIL” itu keluar dari mulut mereka?

1. Kerana merasakan diri telah mampu untuk berijtihad.
2. Kerana merasakan diri telah mempunyai cukup ilmu untuk memahami segala ilmu yg terkandung dalam Al-Quran dan As-Sunnah.
3. Kerana sifat sombong dan takabbur didalam diri menyebabkan merasa diri lebih hebat dari para alim ulama’ terdahulu. Sehingga timbul sangkaan dalam hati bahawa ulama’ terdahulu tersalah dalam ijtihad mereka dengan alasan ulama’ bukan maksum.
4. Supaya mereka itu dikenali sebagai orang yg ”ALIM.
5. Kerana rasa malu untuk mengaku kejahilan diri - perkara ini biasanya berlaku kepada pensyarah-pensyarah/ustaz-ustaz yg malu untuk mengatakan ”tidak tahu” tentang sesuatu hukum kepada pelajar.


Situasi ”TAK TAHU”:

A: Assalamualaikum Ustaz. Boleh sy tumpang tanya? Apakah hukum orang yang membaca Al-Quran di perkuburan?
B: Waalaikumussalam. Menurut pengetahuan saya, saya ”TAK TAHU” tentang masalah hukum ini, cuba awak bertanya kepada yg alim tentang masalah ini.


Apakah implikasi kepada seseorang yg menuturkan ”TAK TAHU”?

1. Lepas diri mereka itu daripada berdusta kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
2. Menjaga adab mereka itu kepada para alim ulama’ yang terdahulu.
3. Melatih diri untuk bersikap rendah diri dan tawadhuk.
4. Benar mereka itu akan kejahilan mereka.

Apakah punca perkataan ”TAK TAHU” itu keluar dari mulut mereka?

1. Mereka itu benar mengaku diatas kejahilan diri.
2. Mereka takut untuk berlaku tidak adil kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
3. Sikap tawadhuk dan merendah diri melatih untuk bersikap jujur dengan perkara sebenar.
4. Merasa diri jauh lebih rendah ilmu berbanding para alim ulama’ terdahulu.
5. Kerana mempunyai sikap jujur terhadap Ilmu dan bukan untuk menunjuk-nunjuk Ilmu yang ada.

Dapatlah kita lihat bahawa perkataan ”TAK TAHU” itu lebih afdal daripada perkataan ”TAK ADA DALIL”, bukan sahaja lebih afdhal bahkan perkataan ”TAK ADA DALIL” itu mendatangkan mudarat kepada diri sendiri. Maka berhati-hatilah dalam berkata-kata.

Adalah penulis tergerak untuk menulis tentang masalah ini kerana penulis melihat masalah ini telah menjadi-jadi dikalangan umat Islam hari ini lebih-lebih lagi sedang terancam dengan fitnah Wahabiyah Salafiyah. Oleh sebab itu, penulis menyatakan serba sedikit perkara yang terselindung/tersirat di sebalik perkataan ”TAK ADA DALIL” dan ”TAK TAHU”. Mudah-mudahan ia nya dapat memberi manfaat kepada orang-orang yang mahu berfikir. Wallahua’lam.

Tuesday, April 20, 2010

PenTajdid Minda Muqallid Zaman Moden

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Pujian-pujian kepada Allah swt, Tuhan diri ini, dan sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Besar Muhammad SAW dan para sahabat r.anhum,

Kaum Muda definisikan sebagai golongan yang menentang ajaran-ajaran ulama-ulama’ terdahulu, membangkang mazhab yang empat, membenci tradisi bertaqlid, menyeru masyarakat supaya melakukan ijtihad dalam agama tanpa ada panduan dan keahlian, mengajak umat supaya melakukan pembaharuan di dalam agama di samping meninggalkan ajaran-ajaran ulama’ terdahulu, membantah dengan keras cara mengamalkan agama dengan cara bermazhab sebaliknya menyeru masyarakat Islam meninggalkan mazhab yang muktabar dan mengikut telunjuk 3 tokoh besar mereka ;
1-Ibn Taymiyah
2-Muhammad Abdul Wahhab
3-Nasiruddin Albaani
Kaum muda ini sentiasa melaungkan slogan kembali kepada Al-Quran dan Al-Hadis kepada orang awam dalam masa yang sama memberi gambaran buruk bahawa Kaum Tua pula sebagai penentang Al-Quran dan As-Sunnah. Mereka melihat amalan tradisi yang diwarisi daripada ulama’ dahulu dan Masyarakat Islam sejak berzaman-zaman seperti Talqin, sambutan maulidurrasul, mengamalkan tarekat kesufian, dan bacaan Al-Quran selepas kematian sebagai bid’ah dan khurafat. Oleh kerana itu, timbul rasa kebencian, permusuhan dan sikap tidak puashati mereka dengan kaum Tua. Rasa permusuhan inilah yang menyebabkan sesetengah kaum Muda menceburkan diri di dalam politik bagi mencari kekuatan dalam menangani aliran Kaum Tua dan menyekat pergerakan mereka supaya terbantut.

* Kaum Tua = Akidah AsSyairah Wal Maturidiah Bermazhab Syafi'e (AhliSunnahWalJamaah)
* Kaum Muda = Wahabiyyah Salafiyyah Taymiyyah

Mereka ini dilihat seperti mempunyai cita-cita yang baik pada zahirnya iaitu untuk membuat pembaharuan(tajdid) dalam Islam, iaitu menyuruh umat ini keluar daripada taqlid, tetapi hakikatnya ia adalah azab.

p/s: Penulis akan terus menjelaskan perkara ini pada masa akan datang, InsyaAllah.

Friday, April 16, 2010

Aku Makhluk yang berhajat, Dia(Khaliq) yang tiada berhajat

"Keluarkanlah rasa takut kepada makhluk dari hatimu maka kau akan tenang dengan rasa takut kepada khaliq, dan keluarkanlah rasa berharap kepada makhluk dari hatimu maka engkau akan rasa nikmat berharap kepada Sang Khaliq."
- Al-Allamah Guru Besar Habib Umar bin Hafidz -

Ramai manusia yg takut sesama makhluk kerana ingin mempertahankan pangkat dan harta.

Ramai manusia yg takut sesama makhluk kerana mencari kedudukan dan kemuliaan disisi makhluk.

Ramai manusia yg takut sesama makhluk kerana bimbangkan sempit rezeki.

Ramai manusia yg takut sesama makhluk kerana ingin menjaga hati makhluk sedangkan mereka mengundang murka Allah.

Ramai manusia yg takut sesama makhluk kerana bimbangkan kehinaan disisi manusia.

Apabila manusia itu takut kepada Sang Khaliq, maka mereka itu telah berjaya melepaskan diri daripada cintakan pangkat dan harta, mereka itu berjaya melepaskan diri dari tamak mencari kemuliaan disisi manusia, mereka itu telah membebaskan diri dari syak kepada Allah yang Maha Memberi, mereka itu tidak lagi membimbangkan kehinaan disisi manusia.

Ramai manusia yg mengharapkan kedudukan dihati manusia,

Ramai manusia yg mengharapkan memiliki harta dan pangkat yg besar,

Ramai manusia yg mengharapkan setiap amalan mereka itu dipandang manusia,

Ramai manusia yg mengharapkan supaya dia menjadi harapan kepada manusia yg lain,

Ramai manusia yg mengharapkan kemuliaan disisi manusia,

Kesemua itu hanyalah harapan yang kosong dan tidak bernilai kerana itu adalah perkara yg belum pasti engkau perolehi.

Aku hairan melihat manusia, mereka berlumba-lumba mencari sesuatu yg belum pasti, sedangkan mereka tidak berlumba-lumba mencari sesuatu yg pasti” – Ibn Ataillah r.a, Al-Hikam-

Harapan kepada Allah itulah sesuatu yg pasti engkau perolehi iaitu Reda Allah.

Sunday, April 11, 2010

Kebenaran Panji Kepimpinan Di Atas Kelurusan Jalan

Allah swt telah melantik khalifah di bumi ini,
dari kalangan manusia yang beraqal,
iaitu bagi memimpin kesejahteraan dunia,
kehidupan yang sementara.

Dunia tempat memimpin,
Akhirat tempat hisab bagi setiap pimpinannya.

Manusia ini tidak lepas dari kesilapan,
Dan manusia itu juga tidak lepas dari kesilapan.

Maka sabda Nabi saw,
”Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu bertanggungjawab di ats setiap pimpinannya”.

Setiap manusia bertanggungjwb ke ats manusia yg lain,
Seorang muslim bertanggungjwb keats muslim yg lain.
Seorang pemimpin bertanggungjwb ke ats pimpinannya.
Dan seorang yg dipimpin bertanggungjwb ke ats pemimpinnya.

Pemimpin yang suci akidahnya,
Yang benar syariatnya,
Dan suci hatinya,
Itulah kepimpinan yang dibantu Allah.

Pemimpin yang beriman,
Pemimpin yang ikhlas,
Pemimpin yang amanah,
Itulah pemimpin yang berjaya meninggikan kalimah Allah.

Saturday, April 3, 2010

Kilauan Permata Yang Indah Menutup Cahaya Kebenaran

Serba sedikit penulis yg berdosa dan jahil ini ingin memberi pendedahan kepada mereka2 yang sedang menuntut ilmu. Yang mana dalam perjalanan mencari ilmu pastinya terdapat pelbagai dugaan sepertimana sebuah jalan yg mempunyai duri di tengah2 nya dan jalan2 cabang lain yg membawa kepada kesesatan. Maka disini penulis akan cuba perkenalkan sedikit daripada ilmu yg dipinjamkan kepada penulis yg jahil ini bagi mengenal duri yg di tengah jalan yang mana ia dilihat seperti permata pada zahirnya, pada hakikatnya duri iaitu “mujtahid moden”.
Inilah sebahagian daripada perkataan2 “orang alim” atau “mujtahid” pada zaman moden ini :

“Mana dalil?”

“Mana hadis Shahih?”

“Tidak ada dalil atau nas yang shahih“

“Nabi tidak pernah lakukan”

“Nak ikut Nabi atau ulama’?”

”Jgn buat amalan yg sama berulang-ulang nnt seolah-olah kamu mewajibkan”

”Boleh pakai mana-mana mazhab”

”Tidak wajib ikut satu mazhab, tidak ada dalil”

”Tidak boleh buat penambahan pd ibadah”

”Ulama’/Imam bukan maksum, yg maksum Nabi shj”

”Tidak perlu tahu nama yang ada Habib atau Syed di depannya”

”Jaga adab tak wajib”

”Jgn puji Rasulullah saw berlebihan, nnt jd syirik”

”Jgn sembah kubur”

”Sy nk takhrij hadis ni”

”Pendapat ulama’ tak semestinya betul”

”Perkara ni tidak ada zaman nabi”

”Ini perkara khilafiyah, jgn buat pecah belah”

"Kita mesti kembali kepada AlQuran dan Sunnah"

”Hadis ni maudhu’, hadis ni dhaif”

‘Sanad hadis ini ada pendusta ‘

‘Kami mengikut ulama’2 salaf’


Inilah setengah dari hujah-hujah ‘mujtahid moden’ (Wahabiyyah Salafiyyah Taymiyyah)ini.
Jika diperhatikan perkataan ini pada lahiriahnya ia adalah rahmat, hakikatnya ia adalah azab.
Pada lahirnya ia adalah hak, hakikatnya ia adalah batil.
Pada lahirnya ia adalah benar, hakikatnya ia adalah sesat.
Pada lahirnya ia adalah baik, hakikatnya ia adalah buruk.

Maka setelah mengenal perkataan2 mereka ini, baiklah untuk penulis yang berdosa ini dan kita semua berada dijalan yg baik dalam menuntut ilmu Allah swt yang hak. Oleh sebab itu jalan terbaik dalam menuntut ilmu yang hak adalah menurut jalan salafunassoleh, jalan para ulama’ silam kita terdahulu.

Wallahutaala a’la waa’lam

Friday, April 2, 2010

Memperbetulkan Kefahaman Yang Batil Dan Keliru

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Pujian-pujian kepada Allah swt, Tuhan yang memiliki diri ini, dan sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Besar Muhammad SAW,


Ini suatu risalah ditulis oleh penulis bagi menyuluh kefahaman hamba2Nya yg ingin mencari kebenaran dan keredhaan Allah swt.

Penulis akan menulis risalah ini berbentuk soal jawab yg mana ia mungkin adalah persoalan2 yg datang dari mulut atau hati org2 yg keliru, mudah-mudahan Allah memberi taufik dan hidayah kepada penulis yg berdosa ini dan mereka yg ingin memahami.

Jika seseorang berkata, ”apb seseorg itu mendakwa bhw boleh berjumpa dgn wali-wali Allah dan berjumpa dgn Rasulullah saw secara jaga atau dlm mimpi, maka kata-kata itu adalah bohong atau tidak boleh dipercayai”.

Penulis: Apabila seseorg itu berkata ttg perkara ini adalah bohong dan tidak boleh dipercayai maka kata-kata ini adalah batil dan tertolak sama sekali.
Penulis akan menyatakan sedikit disini bagaimana pendekatan ulama’ ttg perkara ini.

Dapat melihat Rasulullah saw bukanlah sesuatu yg mustahil bahawa seseorg wali itu dikasyafkan(dibukakan) oleh Allah akan keadaan Rasulullah saw didalam kubur baginda saw.
Sabda Nabi saw: ” Para nabi itu hidup didalam kubur-kubur mereka hal keadaan mereka bersembahyang”
Dan sabda Nabi saw : ” Aku bertemu Nabi Musa a.s pada malam Isra’ ditompokan pasir yg merah dan beliau sedang berdiri sembahyang didalam kuburnya.”
Dan pada satu atsar- telah tsabit drpd Saidina Umar r.a ktika mana beliau sedang menyampaikan khutbah lalu Allah kasyafkan bagi beliau tentang keadaan Saidina Sariah r.a yang mana ketika itu Saidina Sariah r.a sedang bersama tentera muslimin berperang di Parsi. Lalu menyeru Saidina Umar kepadanya : ”Wahai Sariah, pergilah ke bukit! Pergilah ke bukit!” Lalu pergi dia bersama tenteranya ke belakang bukit. ( dan mendapat kemenangan dalam perang itu berkat mentaati perintah Saidina Umar r.a)
Apabila demikian itu harus berlaku kepada selain daripada Nabi saw , maka ianya tidaklah juga hanya berlaku kepada Saidina Umar r.a dan harus juga berlaku kepada selainnya.
Sabda Nabi saw : ” Barangsiapa yang melihatku didalam tidur, nescaya dia akan melihatku secara jaga dan syaitan tidak dapat menyerupaiku”.
Tentang permasalahan ini, ia telah menjadi kotroversi di zaman Imam Suyuthi r.a lagi lalu beliau telah mengarang sebuah kitab yang mana tertulis pada muqaddimah kitab itu, ” Sesungguhnya telah banyak datang persoalan tentang para wali yang dapat melihat Rasulullah saw ketika jaga. Dan sesungguhnya ada segolongan manusia pada zaman ini yg tidak mendalami ilmu, sangat mengingkari perkara tersebut dan merasa pelik dengan kejadian itu dan mereka mendakwa bahawa perkara tersebut adalah mustahil. Oleh itu ku karangkan risalah ini....”
Juga kata Syeikh Ibn Hajar Al-Haitami : ” Satu kumpulan telah mengingkari perkara tersebut( bermimpi jumpa Nabi saw) dan sekumpulannya mengakui akan perkara ini dan inilah yang benar. ”
-Dipetik dari kitab Al-Bayan Al-Qawim LiTashih Ba’dul Mafahim oleh Syeikh Ali Jum’ah-

Setelah penulis yang jahil dan berdosa menerangkan masalah ini, tentang perkara ini, pertemuan dgn Nabi saw dan para wali dalam mimpi atau secara jaga itu maka tidaklah diingkari sama sekali.

Memperbetulkan Kefahaman yang Batil dan Keliru

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Pujian-pujian kepada Allah swt, Tuhan yang memiliki diri ini, dan sekalian alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Besar Muhammad SAW,

Ini suatu risalah ditulis oleh penulis bagi menyuluh kefahaman hamba2Nya yg ingin mencari kebenaran dan keredhaan Allah swt.

Penulis akan menulis risalah ini berbentuk soal jawab yg mana ia mungkin adalah persoalan2 atau pernyataan yg datang dari mulut atau hati org2 yg keliru, mudah-mudahan Allah memberi taufik dan hidayah kepada penulis yg berdosa ini dan mereka yg ingin memahami.

Telah berkata seseorang : ” Jika ada mendengar dalam tasawuf bahawa seseorang itu boleh berjalan atas air dan sebagainya maka itu adalah bohong dan tidak boleh dipercayai”.

Penulis : Apakah itu mukjizat? Mukjizat itu adalah suatu perkara luar biasa yang berlaku ke atas Nabi-nabi Allah.
Apakah itu karamah? Karamah itu adalah suatu perkara luar biasa(mencarik adat) yang berlaku ke atas wali-wali Allah.

Memuliakan mereka bererti memuliakan Allah, manakala menghina mereka bererti juga menghina mereka bererti juga menghina Allah.
Sebab itu juga Allah berfirman dalam hadis Qudsi:
"Barangsiapa memusuhi wali-Ku, maka Aku akan mengisytiharkan perang terhadapnya". (Riwayat Al Bukhari)
Antara contoh2 karamah iaitu, boleh berjalan di atas air, boleh berasa di dua tiga tempat dalam satu masa, boleh terbang di udara, boleh bergerak dari setempat ke setempat dengan sekelip mata dan sebagainya. Ini adalah antara kemuliaan dan keistimewaan yang Allah kurniakan kepada wali-waliNya. Di antara wali-wali Allah itu ialah Imam Hassan Al Basri r.a, Syeikh Junaid Al Baghdadi r.a, Syeikh Abu Yazid Bustami r.a, Syeikh Abdul Kadir Jailani r.a, Imam Al Ghazali r.a dan ramai lagi.

Meyakini dan mempercayai akan mukjizat para Nabi dan karamah para auliya’ itu adalah salah satu daripada cabang-cabang iman. Maka wajib ke atas setiap mukmin itu meyakini akan perkara ini.
Telah jelaslah daripada masalah ini bahawa mukjizat para Nabi dan para wali Allah adalah tidak boleh diingkari sama sekali.
Wallahu a’la wa a’lam

Peringatan :Kejadian yang mencarikkan adat ( luarbiasa ) tidak semestinya diertikan sebagai karamah atau mukjizat kerana ia juga sebagai istidraj yang diberikan kepada mereka yang mengingkari perintah Allah. Ahli sihir , pengamal ilmu batin dan seumpamanya sering disinonimkan dengan kejadian - kejadian yang mencarikkan adat ini .