Saturday, October 10, 2009

Hai Pejuang Yang Hina..!

Dulu aku seorang bayi,
Aku membesar dan membesar,
Kini aku seorang yang sudah akil baligh,
Aku terus membesar,
Kini aku adalah remaja.

Ketika ini aku seorang remaja yang sederhana, hidupku seperti remaja lain.
Kawan-kawanku juga adalah remaja. Aku seorang yang bercita-cita menjadi pejuang disaat remajaku.

Cita-citaku menjadi pejuang kadang-kadang naik kadang-kadang turun.
Pabila semangatku diasah menjadi pejuang, semangatku naik.
Tapi pabila ia dibiar, ia surut merudum.

Cita-citaku menjadi pejuang kini tercapai. Akulah pejuang agama!

"Tidak wahai pejuang, engkau bukan pejuang, bahkan pemusnah!"

Suara ini masuk ke dlm hati ku. Aku berfikir dan berfikir..
Aku meneruskan perjuangan sebagai seorang pejuang.

"Tidak wahai pejuang, engkau bukan pejuang, bahkan pemusnah!"

Kenapa kau datang lagi suara?
Aku tertanya.
Diriku mula terkesan dengan suara itu.

Kini ku tahu, impianku seorang pejuang sebenarnya telah memakan diriku.
Dalam perjuanganku, aku menzalimi diriku dek kerana maksiat yang terpaksa
aku utamakan dalam impianku menjadi pejuang, dalam masa yang sama aku bersuara "HIDUP ISLAM!!!"
dikhalayak ramai. Mulianya aku dikhalayak ramai, hinanya aku dihadapan Allah.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pejuang hari ini diasah dengan kata-kata perjuangan yang indah.
Mereka tidak diasah dengan akhlak yang indah.

Pejuang hari ini diasah dengan dengan semangat juang yang tinggi.
Mereka tidak diasah dengan ilmu yang tinggi.

Takbir! Takbir! Takbir! Laungan juang.
Padahal mereka buta dalam berjuang.



Friday, October 2, 2009

Hidup Memperjuangkan Assya'irah!!

- Menggenggam Mazhab Akidah Assya'irah -

Abu Hasan al-Asy’ari dilahirkan di Basrah pada tahun 260 Hijrah. Beliau adalah pada asalnya berpegang kepada fahaman Muktazilah dan berguru kepada ayah tirinya Abu Ali alJubbai. Selepas berusia 40 tahun, apabila beliau semakin matang dan tekun mengkaji secara mendalam. Pernah suatu ketika beliau berdebat dengan ayah tirinya mengenai kehidupan selepas mati. Selepas berdebat dengan ayah tiri beliau, Abu Hasan al-Asy” ari bangun berucap di Masjid Basrah yang terdapat di selatan Iraq lalu mengisytiharkan dirinya keluar daripada fahaman Muktazilah dan berpegang pada Ahli Sunnah wal Jamaah.

Abu Hasan al-Asy’ari membuat pembaharuan dalam aliran Ahli Sunnah dengan mengemukakan hujah-hujah logik akal serta teks-teks al-Quran dan hadis yang ada. Hujah-hujah yang dikumpulkan cukup kuat bagi mematahkan hujah Muktazilah yang pesat berkembang pada masa itu iaitu ketika zaman pemerintahan Abbasiyah, dimana ramai ulama’-ulama’ yg dibunuh dan diseksa kerana mempertahankan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Beliau berjaya mengumpulkan ramai murid dan pengikut. Kemudian, lahir golongan Ahli Sunnah wal Jamaah dikenali sebagai Asya’irah iaitu golongan pengikut fahaman Abu Hasan al Asy’ari.

Antara teori Abu Hasan al-Asy’ari adalah mengemukakan 13 sifat yang wajib bagi Allah secara terperinci iaitu:
1. Ada
2. Bersedia
3. Kekal
4. Berlawanan dengan sesuatu yang baru
5. Berdiri dengan sendirinya
6. Satu
7. Berkuasa
8. Berkehendak
9. Mengetahui
lO.Hidup
11. Mendengar
12.Melihat
13.Berkata-kata

Disini terdapat khilaf iaitu Imam Abu Hasan Asy’ari yang mengemukakan 13 sifat-sifat Allah, sementara Imam Abu Mansur AlMaturidi mengemukakan 20 sifat Allah yang mana sifat ma’nawiyah juga termasuk dlm sifat-sifat Allah. Tetap kedua-duanya adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Beliau juga menghuraikan perkara taklid iaitu mengambil pendapat orang lain tanpa hujah yang menguatkannya ataupun tidak dalam perkara yang berkaitan dengan sifat-sifat itu. Beliau menghuraikan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan kepercayaan pada rukun-rukun iman.

Aliran Asya’irah ini berkembang dengan pesatnya di Iraq. Kemudian, ia berkembang di Mesir pada zaman Salahuddin al- Ayubi, di Syiria dengan sokongan Nuruddin Zanki, di Maghribi dengan sokongan Abdullah bin Muhammad, di Turki dengan sokongan Uthmaniah dan di daerah-daerah yang lain. Ideologi ini juga didokong oleh sarjana-sarjana di kalangan mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali. Antara mereka adalah al-Asfaraini, al-Qafal, al-Jarjani dan lain-lain sehingga sekarang.

Pembaharuan yang dibawa oleh Abu Hasan al-Asy’ari adalah dengan mengemukakan hujah logik dengan disertakan hujah teks al-Quran dan hadis Nabi Muhammad. Hujah-hujah ini membawa kekuatan kepada Ahli Sunnah wal Jamaah bagi menghadapi hujah golongan Muktazilah yang melebihkan penggunaan falsafah dalam akidah dimana ketika itu sedang pesat berkembang dan mendapat sokongan daripada pemerintah-pemerintah kerajaan Abbasiah. Akhirnya, golongan Muktazilah bukan sahaja dibendung dengan hujah, tetapi kerajaan yang ditubuh kemudiannya setelah jatuhnya Ma’mun (pemerintah Abbasiyah sebelum itu) memberi sumbangan politik yang besar bagi mempertahankan dan mengembangkan fahaman Asya’ irah.

Walaupun ada di kalangan sarjana Islam terutamanya di kalangan mazhab Hanbali yang menyanggah beberapa hujah dan kaedah yang dibawa oleh Abu Hasan Asy’ ari, ia tidak menafikan jasanya mempertahankan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Fahaman beliau berjaya mematikan hujah-hujah Muktazilah yang terpesong jauh iaitu membicarakan al-Quran sebagai kata-kata Allah yang kekal (qadim) – Muktazilah yg mengatakan al-Quran adalah makhluk bersifat baharu, isu melihat Allah pada hari Kiamat – Muktazilah yg mengatakan orang-orang mukmin tidak dapat melihat Allah sama seperti dunia manusia tidak dapat melihat Allah, membetulkan perkara yang berhubung dengan Qadak dan Qadar – Muktazilah mengatakan qada’ qadar adalah dari manusia bukan Allah dan lain-lain dan menjadi golongan pertama yang menamakan Ahli Sunnah Wal Jamaah di tengah-tengah kelahiran pelbagai fahaman pada zamannya.

Imam Abu Hasan Asy’ari meninggal dunia pada tahun 324 Hijrah dengan meninggalkan pusaka ilmu yang terdiri daripada buku-buku karangan beliau serta murid-murid yang meneruskan perjuangannya. Akhirnya, ia meninggalkan aliran pengajian akidah yang dianuti oleh sebahagian besar umat Islam hari ini dalam melanda cabaran-cabaran baru yang tidak ada pada zamannya. Seterusnya aliran ini memerlukan pembaharuan lagi dalam mengemukakan hujah-hujah kontemporari bagi mempertahankan akidah yang sebenar.

Monday, September 21, 2009

Siapa Duri itu?

Kenali Duri Sebalik Daging

Disini saya dedahkan serba sedikit ciri2 “duri” itu, supaya kalian semua lebih berhati-hati dalam berakidah.

Antara ciri2 “duri” itu :

1)Meneruskan fahaman pemecahan Tauhid kepada 3 bahagian

2)Bergerak aktif dengan isu syirik-mensyirik , kafir-mengkafir

3)Mempromosi ayat mustasyabihat secara meluas

4)Mendasari salah faham terhadap bid’ah

5)Menyerang golongan tasawuf /tarekat

6)Menyubuhkan fahaman Tasbyih dan Tajsim

7)Menentang fatwa Kebangsaan dan negeri-negeri

8)Mempunyai kaitan rapat dengan gerakan militant

9)Bersikap fanatik

10)Menolak pendekatan Mazhab dalam Islam
- Mendakwa Imam 4 Mazhab bukan maksum

11)Membahagikan tauhid kepada 3 : Uluhiyyah, Rububiyyah, dan Asma’ Wa Sifat

12)Mencari – cari nas dari Al-Quran dan Hadis

13)Setiap amalan perlu mempunyai nas yang shahih(Bukhari & Muslim)

14)Mendakwa kitab2 karangan Imam Ghazali banyak terdapat hadis2 maudhu’

15)Tidak menerima amalan wirid selain daripada amalan Rasullullah saw

16)Mencari – cari ketidaksempurnaan sanad dalam hadis2 riwayat yang shahih

17)”Gemar” membincangkan bab tawassul, tahlil arwah, dan sebagainya.

18)Kerap menggunakan hujah “ tidak boleh ada tambahan dalam bab ibadat “,
“ amalan ini tidak terdapat di zaman Rasullullah saw “.

Dan banyak lagi sekiranya mahu saya sebutkan satu persatu. Rasanya cukuplah setakat ini, jika ada timbul rasa syak pada hujah mereka, rujuklah kepada mereka2 yang prihatin terhadap perkara ini.

Setelah kita mengenal ciri2 “duri” itu, adalah lebih baik saya rasa kita mengenal siapa tokoh2 “duri” itu yang sedang aktif di Malaysia menyebarkan dakyah mereka, sebagai langkah berhati-hati dari kekeliruan masyarakat.

Antara tokoh2 “duri” di Malaysia ini:

1- Abdullah Yasin
2- Mohamad Asri Zainul Abidin
3- Azwira Abdul Aziz
4- Hafiz Firdaus Abdullah
5- Juanda Haji Jaya
6- Ismail Omar
7- Hussien Yee
8- Abdul Wahab Bustami
9- Rasul Dahri (Singapore)
10- Abdul Rahman Mohamed (Singapura)
11- Sebahagian besar Ustaz di persatuan al-Nidaa’
12- Sebahagian besar Ustaz di al-ahkam.net
13- Sebahagian besar anggota Muslim Prosfessional Forum (MPF) dll

Sebagai tambahan, kebanyakan mereka adalah menggunakan methodology Akidah Ibn Taimiyyah, Muhammad bin Abdul Wahab dan Al-Banni (Nasr al-Din al-Banni).
Jadi, dalam membuka laman web, atau mendengar ceramah, atau membeli buku2 ilmiah, kenali penceramah itu atau pengarang buku/web itu dan teliti pd rujukan mereka kpd siapa.

Apakah bahayanya “duri” ini? Inilah antara implikasinya :

1- Memberi fokus perdebatan kepada masalah usuliyyah-akidah dengan sifat-sifat Allah.
2- Memberi fokus tentang permasalahan khilafiyyah-bid’ah dan mencambahkan bibit perpecahan dan kekeliruan fahaman dalam masyarakat.3- Munculnya pelbagai aliran, puak dan fanatic kepada ustaz-ustaz atau pensyarah tertentu. Akhir menggunakan fatwa tersendiri dalam menyampaikan hukum kepada masyarakat awam.4- Membelakangi JAKIM, Jabatan-jabatan Agama Islam Negeri, PUM, IKIM, YADIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam penentuan dan penyebaran hukum.

* Duri = Wahabi
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ya ayyihul muslimin wal muslimat, wahai muslimin dan muslimat sekalian ayuhlah kita kembali bersatu di bawah satu akidah! Junjunglah akidah yang dibawa oleh baginda Rasullullah saw dan para sahabat baginda saw. Junjunglah dikepala! Jangan engkau pikul ia dibahu, jangan engkau mengheret ia sebagaimana engkau mengheret guni yang berat! Sesungguhnya dunia ini telah diselubungi fitnah( kegelapan ), ujian bg kalian semua. Maka, terangkanlah ia dengan ilmu yg hak.
“Sesungguhnya ilmu itu cahaya, janganlah engkau malapkan ia dengan maksiat”. – imam Malik r.a –
Dunia semakin runtuh, dunia semakin rapuh. Kerapuhannya tanda kebinasaan semakin hampir. Bangkitlah wahai muslimin muslimat sekalian! Tinggalkanlah dunia ini! Penyakit cintakan dunia telah memakan hatimu, katakanlah, ” Aku tidak ada kaitan dengan engkau dunia! Jangan engkau makan hatiku sebagaimana batu api neraka menjilat tentera gajah Abrahah.”
Berdoalah kepada Allah, serahkanlah diri kalian kepada Allah, kemudian berjalanlah di atas dunia ini dengan rendah hati. Demi Allah! Kalianlah manusia yang berakal. Allahuakbar!

Thursday, September 10, 2009

Ancaman - " Duri dalam daging "

Di sini, saya serba sedikit ingin mendedahkan masalah fahaman yg 'agak baru' hadir ini, yg mana telah mengelirukan umat ini.
[ harap dapat memberi pencerahan minda kepada org2 yg ingin mengetahui ]

Sila baca, harap dpt membantu.

Secara umumnya, tidak kurang BANYAK YANG SALAH dan yang lemah daripada fahaman Wahabi ini. Apa yang SANGAT PENTING, tolong seimbangkan input. Baca tulisan fahaman Wahabi lima enam buku, jika benci sangat pun bacalah sekurang-kurangnya dua tiga buku fahaman yang berkontra dengannya. Barulah kita menjadi seorang hakim yang adil.
Masalahnya sekarang, para penganut fahaman ini biasanya hanya akan membaca tulisan, menonton VCD, pergi ke seminar, menghadiri kuliah dan sebagainya yang berfaham Wahabi saja. Mereka seolah-olah berasa gentar jika kalau-kalau fahaman yang mereka anuti selama ini terbukti banyak kesalahan dan kelemahan. Hal ini memang banyak kita lihat. Apabila mereka menyeimbangkan input, biasanya kewahabian mereka mulai mengendur dan akhirnya menyatu dengan umat Islam ASWJ kembali.
Jadi, langkah mudah yang mereka ambil ialah dengan hanya bersedia menerima input fahaman Wahabi. Sebenarnya tindakan mereka menjahilkan dan merugikan diri sendiri. Sungguh kasihan kita melihat golongan ini.
Jika penganut fahaman Wahabi ini HANYA SEGELINTIR saja yang mendahului ilmu dan kematangan sehingga berlebih-lebihan dalam mengkritik dan mencela, umat Islam tidak akan ambil peduli tentang fahaman ini. Hakikatnya, majoriti penganut fahaman ini bersikap begitu termasuklah tokoh-tokoh mereka seperti Dr. Asri, Rasul Dahri, Dr. Azwira dan lain-lain, begitu juga Hafiz Firdaus sendiri. Macam mana boleh dikata SEGELINTIR?
Jika lima ekor burung datang hendak makan padi di sawah kita yang berelung-relung, apalah yang hendak kita hairankan. Tetapi kita terpaksa ambil peduli apabila yang datang itu ratusan ekor. Betul tidak?
Maksudnya apa yang salah daripada fahaman Salafi Wahabi ini bukanlah diamalkan oleh SEGELINTIR tetapi MAJORITI penganutnya. Dan perkara-perkara itu pula membawa kerosakan dan kelemahan yang bukan sedikit kepada agama dan umat Islam. Sebab itulah kita terpaksa ambil peduli dengan menolak APA YANG SALAH dan YANG LEMAH daripada fahaman ini.
Fahaman Salafi Wahabi secara keseluruhannya memang asing kepada agama Islam (jika secara juzuk-juzuknya memang ada yang bersamaan). Secara umumnya fahaman ini tidak terkeluar daripada Ahli Sunnah wal-Jamaah tetapi secara juzuk-juzuknya memang ada.
Kita sangat bersetuju kerana fahaman Salafi Wahabi sekadar LEBIH DEKAT dengan Islam yang sebenar dan ASWJ yang tulen, sedangkan kita umat Islam umumnya dan para pendokong dakwah MEMANG SEDIA berfaham Islam yang sebenar dan ASWJ yang tulen, bukan DEKAT-DEKAT lagi. Jadi, sudah faham diri sendiri baru DEKAT-DEKAT, lebih baiklah berpindah kepada yang MEMANG SEDIA Islam da ASWJ.
Nama ‘Wahabi’ diberi kerana para ulama berpandangan jauh lagi luas. Apa saja fahaman yang tidak/ kurang selari dengan ajaran Islam yang sebenar hendaklah dibezakan. Jika tidak umat Islam terutamanya golongan awam akan terpengaruh dengan fahaman-fahaman itu kerana mereka menyangkakan itulah ajaran Islam yang sebenar. Tahniah kepada para ulama terdahulu atas kebijaksanaan mereka.
Fahaman Salafi Wahabi ini mesti dijauhkan daripada orang ramai kerana banyak kesalahan dan kelemahan di dalamnya yang memabwa kerosakan dan kelemahan kepada agama dan umat Islam.

p/s : Maaf kpd pihak tertentu, jika ada kata-kata yg kurg menyenangkan dari artikel ini bg org yg tidak senang dgn nya. Wallahu'alam.

Thursday, August 20, 2009

Siapakah Raja Pemerintah Diri Ini?

" Sesiapa yang menyembah Muhammad sesungguhnya Muhammad telah mati, sesiapa yang menyembah Allah sesungguhnya Allah Maha Hidup" - Saidina Abu Bakar Radiallahuanhu-

Kata-kata ini terdapat maksud yang mendalam pada hati org2 yg berfikir.
Ayat yg menunjukkan bahawa kehidupan hati seseorang itu bknlah tamat apabila wafatnya Rasulullah, juga bukan Rasullullah yg menghidupkan hati2 mereka yang hidup hatinya. Tetapi kehidupan hati itu akan kekal apabila hubungannya benar dengan hubungan pada Allah, kehidupan hati tidak terletak pada hidup atau wafatnya Rasullullah. Adalah bagi org2 yang menjadikan jalan Rasullullah itu sebagai jalannya untuk menghubungkan dirinya kepada Allah, mereka itulah org2 yang benar pada jalannya. Maka Allah itu Maha Hidup, tidaklah mati hati para manusia itu melainkan berpaling mereka dari jalan kekasihNya, berpaling mereka dari jalan hambaNya yg 'arif billah.

Bermula hati yang suci hati iaitu yang sentiasa menghubungkan dirinya pd Allah. Bukan pada dunia, atau manusia, atau harta, atau pangkat, atau keturunan. Tidak lagi melihat kepada keindahan duniawi. Redha Allah menjadi matlamat hidup, syurga dan neraka tidak lagi menjadi ukuran. Terbuka hati melihat kebesaran padang mahsyar, hari pengadilan yang agung. Hari dimana tangan, kaki, mata dan segala nikmat dunia tidak bertuankan empunyanya. Dihadapan manusia sekalian alam. Matahari sejengkal dari kepala. Sebahagian ditenggelami peluh sepenuhnya, sebahagian lg ditenggelami separuh.

" Aku melihat hari ini manusia sibuk melihat sesuatu yg jauh sedangkan apa yg hampir itu diabaikan"
Apabila ditanya, mereka menjawab, " Hidup ini hendaklah bercita-cita utk berjaya".

" Aku melihat hari ini kuasa menjadi rebutan manusia"
Apabila ditanya, mereka menjawab, " Apb kuasa berjaya dipegang, dunia dpt diubah"

" Aku melihat hari ini manusia dikelirukan dgn kata-kata yg indah"
Hai sekalian manusia, tuntutlah ilmu agar kalian tidak mudah diperdaya.

" Aku melihat hari ini manusia semakin dijangkiti penyakit yg paling merbahaya"
Apakah itu?
" Penyakit cintakan dunia(wahn)"
Apabila dikatakan pada mereka, mereka akn menjawab, " Bagaimana hendak mencapai akhirat jika tidak capai dunia"

Beralasanlah kalian pada hari ini hai sekalian manusia,
Ingatlah! Sesungguhnya Allah itu Maha Hidup dan Tidak Pernah Tidur dari menyaksikan apa kalian tidak saksikan(hati kalian).

Kenalilah hakikat kehidupan ini agar kelak aku dan kalian dari kalangan org2 yang berjaya.

Thursday, July 2, 2009

Dunia Penjara Bagi Mukmin

Orang mukmin orang asing di dunia,
Orang zuhud asing di akhirat.
Orang arif asing dlm segala selain Al-Mawla.

Orang mukmin,
Terpenjara di dunia,
Gembira di dunia,
Bersama keluarga,
dan kekayaannya,
sedang diwajahnya gembira,
kesedihan di hatinya.

Begitu ia kenal pada dunia,
ia lepaskannya,
kerana takut fatamorgana.
Akhirat membuka pintunya,
Muncul daripadanya kilatan pada wajahnya.

Ia lepaskan dunia pada kedua kalinya,
Akhirat datang menghampirinya dan memeluknya,

Maka ia lemparkan dunia pada ketiga kalinya,
Ia pun berdiri,
Segenap jiwanya bersama akhirat.

Tika ia bersama akhirat,
muncul kilatan cahaya Al-Haq Azza Wa Jalla,
maka ia lepaskan akhirat.

Bertanyalah dunia,
“ Mengapa kau lepaskan aku?”,
Berkata ia,
“ Aku melihat sesuatu yang lebih indah darimu”.

Bertanyalah akhirat,
“ Mengapa aku juga dilemparkan?”,
Berkata ia,
” Kerana engkau baru dan engkau selainNya”.

Tercapailah makrifatnya dengan Tuhan,
Dengan kesempurnaan,
Asing dari dunia dan akhirat.

Thursday, June 25, 2009

Qasidah Burdah

Qasidah Burdah dikarang oleh Imam Al- Bushiri yang lahir di Bahtim, Mesir.
Beliau memuji Rasulullah dengan pujian-pujian yang sangat hebat gaya bahasanya sehingga beliau digelar
" Sayyidul Muddah" ertinya penghulu pemuji Rasullulah s.a.w.

Adalah diriwayatkan bahawa beliau mengarang qasidah ini ketika masa sakitnya. Beliau mengalami sakit lumpuh sebelah badan. Para doktor berputus asa untuk merawat Imam Al-Bushiri. Dalam keadaan sakit yang dialaminya, timbullah ilham dihati beliau untuk mengarang sebuah qasidah puji-pujian kepada Rasulullah s.a.w.

Satu demi satu bait dirangkapkannya, sehinggalah lengkaplah 161 bait syair puji-pujian kepada Rasullullah. Maka sebaik sahaja selesai menggores penanya, beliau tertidur. Telah datang Rasullullah s.a.w kepadanya, menziariahi beliau. Dalam mimpinya itu, Baginda Rasullullah s.a.w menyelimuti beliau dengan selendang ("burdah"). Apabila beliau bangun dari tidurnya, beliau mendapati dirinya telah sembuh seperti sediakala seolah-olah tidak pernah ditimpa lumpuh.

Maka beliau telah menamakan qasidahnya " Burdah ". Mudah-mudahan dengan berkat qasidah burdah ini dapat menyembuhkan penyakit-penyakit yang menimpa.

Sunday, May 24, 2009

Wasiat Imam Syafi'e

Belajar lah

Belajarlah !
Tidak ada bayi yang lahir terus menjadi ilmuwan, dan tidak sama antara ilmuwan dan orang bodoh. Sebesar apa pun sebuah negara, apabila dibandingkan negara kecil yang banyak penduduknya berilmu. Sekecil apapun negara, akan lebih kuat bila penduduknya berilmu. sesungguhnya negara itu besar jika dibandingkan dengan umumnya negara- negara lain.

Sinar Ilmu Memancar Ketika Maksiat Ditinggal

Aku pernah bercerita kepada Waki' ( guru imam Syafi'e ) tentang kesulitan menghafal. Dia tunjuki aku agar hindari maksiat. Dia juga mengatakan bahawa ilmu itu cahaya Allah, ia tidak akan diberikan pada orang- orang yg banyak bermaksiat.

Thursday, May 7, 2009

Satu Topik shj

tetibe rjin sket nk menulis blog ni..

menjawab persoalan rakan ku (atau pun sesiapa ahlinya) yang mempersoalkan ttg bid'ah.
byk sgt topik kalo nk ckp tp nk ambil satu topik je iaitu sambutan maulid.

Suatu hari, aku tunjukkan kpd rakanku sekeping kertas yg tertera di atsnya ' sambutan maulid nabi s.a.w dan hol syeikh abdul qadir al-qailani r.anhu . Kemudian dia m'bace seketika, lalu meletakkan semula kertas itu di tmpt nya lalu berkata, "ana takut".
Aku b'tny : kenapa?
Rkn ku m'jwb : Perkara ini tidak ada pd zaman Rasullullah.
Aku terdiam sebentar.
..................


Jawapan ku,

Ada sebuah hadis yang aku dpt daripada kwn ku, dia dpt dari syeikh fuad al-rembawi al-maliki, pernah suatu ketika saidina abbas r.a bertny kpd Rasulullah : Benarkan aku memujimu Ya Rasulullah? Sabda Rasullullah : Ya, pujilah aku. Kemudian Saidina Abbas memuji Rasulullah(seumpama yg trdpt dlm kitab2 maulid pd hari ini sprti, maulid al-habsyi, maulid al-ahzab,...).
Atau pernah juga syeikh fuad menceritakan dr gurunya, seorg ulama besar( wallahu'alam aku x igt nama gurunya, kalo igt nnt , tulis), gurunya pernah berkata di dlm siaran tv di mesir, " Adalah tidak keterlaluan jika aku katakan bhw sambutan maulidurrasul pd hari/zaman ini adalah wajib ".
Wallahu'alam

Sunday, March 15, 2009

Haza Min Fadhli Rabbi...

" HAZA MIN FADHLI RABBI.."

Rase bersyukur sgt2 dlm bulan Rabiulawal ni, bulan yang mulia ni, inilah pemberian Allah kepada aku, rezeki utk aku.. Baru2 ni Jumaat ngn Sabtu lepas 13 n 14 mac.. Sambutan Maulidur Rasul baru2 ni disambut di Yayasan Al Jenderami, tmpt aku menuntut ilmu. Dpt jumpe byk para ulama', syeikh, tuan guru, n habib kt sne. Best 2 dgr tausiyyah ulama'2 ni. Antare yg ade, Habib Hasan bin Muhammad bin Salim Al-Attas, Habib Hud, Habib Ali Zainal Abidin AlHamid, Kiyai Ahmad Jamhuri,Habib Umar Palembang, Dato' Syed Umar Al-Idrus, Syeikh Afeefudin Al-Qailani, Kiyai Mudassir, Habib Najib Al-Seggaf. Huhu.. Terigt dulu time pegi melawat Habib Najib kt rumah die kt Solo, best 2, mkn sedap kt umah die, n then pgi Masjid Riyadh tyme 2 sempena Hol Habib Anis AlAlwi AlHabsyi. Kiyai Mudassir pun, terigt dulu pgi kt pesantren die kt Pulau Madura, disambut baik 2, rse mcm org besar je tyme 2, padahal dh la aku paling mude kt c2. Kt pesantren Kiyai Mudassir pun best gak, mkn sedap.heheh..
Pas2 time mlm MaulidurRasul ari2 beli poster ulama', huh, lega rase pas beli. Dpt gak kumpul poster ulama'.

15mac, tengahari tadi jumpe Kiyai Ahmad Jamhuri, lawat kt umah tumpangan die jap, dpt la borak2 ngn die, n mntak doa skali, sblum die balik Makkah 2 hari lg. Alhamdulillah, Allah izinkan. Then, dpt blaja byk doa n qasidah drpd kiyai ni arini. Alhamdulillah..

Sunday, March 1, 2009

Dariku dan Diriku

Sesungguhnya aku melihat dunia pada hari ini terlalu jauh dari Quran dan Sunnah. Walaupun kadang- kadang aku rasakan apa yang aku lakukan ini benar tetapi apabila semakin aku mendalami ilmu, aku sedar betapa berdosanya aku kepada Allah, ibarat sebuah gunung yang akan menimpaku. Walau kdg2 aku bergerak di atas nama Islam sekalipun, masih terdapat kesongsangan dari apa yang Allah perintahkan dan apa yang Rasullullah ajarkan. Apakah nama Islam dipergunakan untuk mencantikkan/ mengindahkan? Apakah mereka sedar atau tidak? Atau mereka telah tahu atau tidak tahu? Aku bingung melihat dunia hari ini. Aku masih tercari- cari dimana Islam yang sebenar, dimana Islam yang diturunkan Allah yang dibawakan oleh Rasullullah melalui perantaraan Jibril a.s. Pengalaman- pengalaman yang aku lalui ketika zaman jahiliyah ku, telah memberi pengajaran kepadaku dimana betul dan salahnya. " Islam itu mudah. Ada syurga dan neraka. Ada hak dan batil. Ada petunjuk dan kesesatan. Ada atas dan bawah. Ada kiri dan kanan. Ada depan dan belakang." - kata tuan guru. Hukum Allah itu adalah tetap. Jangan campurkan hak dan batil, petunjuk dan kesesatan, syurga dan neraka. " Apakah kamu mengambil sebahagian dari ayatKu dan meninggalkan sebahagian besar yang lain"? - firman Allah.

Dunia pasti akan binasa. Awas kepada pencinta- pencinta dunia! Dunia ini hanyalah tipu daya semata mata. Carilah sesuatu yang kekal abadi. Carilah cinta yang hakiki. Jangan engkau bertuhankan nafsu dan syaitan nescaya engkau adalah dari kalangan orang- orang yang rugi.

Ajal tidak mengenal umur. Mungkin tahun depan, mungkin esok, atau mungkin malam ini ajalku. Wallahu'alam.

" Ya Allah, peliharakanlah diriku dari perkara-perkara yang membawa kebinasaan kepada diriku kelak. Berikanlah aku tempat yang baik. Berikanlah aku tempat yang baik. Berikanlah aku tempat yang baik agar aku terpelihara dari kemurkaanMu Ya Rabb. Berikan petunjuk dan hidayah kepada mereka yang tahu dan yang tidak tahu dan berikanlah petunjuk dan hidayahMu kepadaku.Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang aku tidak ketahui."

Friday, February 6, 2009

PERHATIKANLAH..

JAWAPAN ALLAH , PERSOALAN IBLIS

Anas bin Malik r.a. berkata:

"Iblis telah bertanya pada Allah: katanya, wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku." Firman Allah: "Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas."

Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?" Firman Allah: "Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat."

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam itu kitab (al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?" Firman Allah: "Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan."

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?" Firman Allah: "Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta."

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk mereka memanggil orang sembahyang,apa pula azan untukku?" Firman Allah: "Azan untukmu ialah seruling."

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah menghantar utusan-Mu dari para rasul dan juga nabi, siapakah yang menjadi utusanku?" Firman Allah: "Para utusan mu terdiri daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan Aku."

Iblis Bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan kitab suci al-Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagiku?" Firman Allah: "Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di badan."
Iblis bertanya: "Ya Tuhanku, Engkau berikan anak Adam perangkap, apakah pula perangkap bagiku?" Firman Allah: "Perangkap bagimu ialah wanita."

Iblis bertanya: "Ya Tuhanku, Engkau berikan mereka minuman yang halal yang disebutkan nama-Mu, apakah pula minuman untukku?" Firman Allah: "Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan nama-Ku padanya."


Sabda Rasulullah saw: "Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu. Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang ringan namun berterusan." ( Hadis Riwayat Muslim )
Wahai muslimin dan muslimat sekalian, perhatikanlah di atas jawapan2 Allah terhadap persoalan2 iblis. Apakah kau mendustakan akan apa yang telah Allah berikan?
" Maka nikmat Kami yang mana satukah hendak kamu dustakan" (Surah Ar Rahman)
Apakah masih tidak mencukupi apa yang Allah berikan kepada kalian. Atau nafsu dan syaitan yang telah memalingkan engkau supaya engkau turutinya dan berpaling dari Allah? Tidakkah engkau melihat pada kalam2 Allah yang Menciptakan engkau, Yang Maha Mengetahui segala yang baik dan buruk untuk engkau. Atau apakah engkau menyangka Dia tidak mengetahui segala yang baik dan buruk untuk ciptaanNya? Maka, amat buruk lah apa yang engkau sangkakan itu. Sesungguhnya engkau tidak mengetahui apa yang Dia ketahui sedang Dia mengetahui apa yang engkau ketahui dan apa yang tidak ketahui.
-Walluhu'alam-

Monday, January 26, 2009

Hairan.. Hairan..

Aku hairan..
Adakah kita lupa hakikat diri sebagai hamba?
Apakah kita lupa kebenaran hakiki bahwa kita adalah pendosa?
Lalu mana pintu taubat dan nikmat yang perlu kita cari ?

Aku hairan..
Bukankah kita bersaksi kita bersaudara pada panji tauhid.
Tapi di mana mereka bila saudaranya disembelih?
Bila ummat seiman dengannya dibunuh dan diseksa ?

Aku hairan..
Apakah hilang rasional kita?
Bergaduh tentang pangkat,jawatan dan pilihanraya
Sedang ummat ini masih lagi hanyut dan sesat
Dan anak muda gembira dan menari riang dengan syaitan

Aku hairan..
Kenapakah orang-orang tua itu lebih suka berbincang
Dan berkata-kata kononnya atas dasar cendekiawan dan ketinggian ilmu pengetahuan
Demi dasar demokrasi junjungan perihal generasi masa hadapan
Tetapi,anak muda tetap menari dengan rentak hidup mereka sendiri
Adakah Islam itu tertegak dengan kata-kata ?

Aku hairan..
Anak muda dengan hidup mereka sendiri
Berpimpin tangan,berpeluk dan bersenda menari
Tarian dengan lenggok sendiri
Adakah lupa pada ketinggian harga diri ?

Aku hairan..
Islam dianggap asing pada ummatnya sendiri
Lalu mereka kata inilah yang hakiki
Itulah yang benar dan kamulah yang salah.
Tidakkah sedar kita ini pendakwah
Bukan hakim menjatuhkan silap dan salah.

Aku hairan..
Bilamana kata-kata yang benar dibuang jauh
Pembawa kebenaran dianggap asing dan kebathilan dipegang teguh
Adakah ini ummat masa kini ?

Aku hairan..
Ada yang berkopiah dan berserban pula,
Yang berkot dan bertali leher juga
Lambang cendekiawan moden bijak berkata
Maka kenapa hukum Allah ditolak tepi semudahnya ?
Aku hairan pada ummat ini, pada alam ini, pada diriku sendiri. . .

"Aku tercengang melihat manusia, mereka kalut mengejar dunia sedang mereka tahu mereka akan dihisab" -hadis Qudsi-

Sunday, January 18, 2009

Muqaddimah

Assalamualaikum wbt,

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah segala pujian bagi Allah swt, tuhan yang maha mulia.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi saw serta para sahabatnya.

Bermula ini sebuah risalah pada menyatakan akan secebis ilmu yg aku perolehi daripada para masyaikhku menurut jalanan para ulama' muktabar. Mudah-mudahan blog ini menjadi jambatan untuk aku berkongsi ilmu dengan hamba-hamba Allah yang lain.