Monday, January 26, 2009

Hairan.. Hairan..

Aku hairan..
Adakah kita lupa hakikat diri sebagai hamba?
Apakah kita lupa kebenaran hakiki bahwa kita adalah pendosa?
Lalu mana pintu taubat dan nikmat yang perlu kita cari ?

Aku hairan..
Bukankah kita bersaksi kita bersaudara pada panji tauhid.
Tapi di mana mereka bila saudaranya disembelih?
Bila ummat seiman dengannya dibunuh dan diseksa ?

Aku hairan..
Apakah hilang rasional kita?
Bergaduh tentang pangkat,jawatan dan pilihanraya
Sedang ummat ini masih lagi hanyut dan sesat
Dan anak muda gembira dan menari riang dengan syaitan

Aku hairan..
Kenapakah orang-orang tua itu lebih suka berbincang
Dan berkata-kata kononnya atas dasar cendekiawan dan ketinggian ilmu pengetahuan
Demi dasar demokrasi junjungan perihal generasi masa hadapan
Tetapi,anak muda tetap menari dengan rentak hidup mereka sendiri
Adakah Islam itu tertegak dengan kata-kata ?

Aku hairan..
Anak muda dengan hidup mereka sendiri
Berpimpin tangan,berpeluk dan bersenda menari
Tarian dengan lenggok sendiri
Adakah lupa pada ketinggian harga diri ?

Aku hairan..
Islam dianggap asing pada ummatnya sendiri
Lalu mereka kata inilah yang hakiki
Itulah yang benar dan kamulah yang salah.
Tidakkah sedar kita ini pendakwah
Bukan hakim menjatuhkan silap dan salah.

Aku hairan..
Bilamana kata-kata yang benar dibuang jauh
Pembawa kebenaran dianggap asing dan kebathilan dipegang teguh
Adakah ini ummat masa kini ?

Aku hairan..
Ada yang berkopiah dan berserban pula,
Yang berkot dan bertali leher juga
Lambang cendekiawan moden bijak berkata
Maka kenapa hukum Allah ditolak tepi semudahnya ?
Aku hairan pada ummat ini, pada alam ini, pada diriku sendiri. . .

"Aku tercengang melihat manusia, mereka kalut mengejar dunia sedang mereka tahu mereka akan dihisab" -hadis Qudsi-

1 comment:

tariq ziad said...

salam sahabatku..~ :)