Di sini, saya serba sedikit ingin mendedahkan masalah fahaman yg 'agak baru' hadir ini, yg mana telah mengelirukan umat ini.
[ harap dapat memberi pencerahan minda kepada org2 yg ingin mengetahui ]
Sila baca, harap dpt membantu.
Secara umumnya, tidak kurang BANYAK YANG SALAH dan yang lemah daripada fahaman Wahabi ini. Apa yang SANGAT PENTING, tolong seimbangkan input. Baca tulisan fahaman Wahabi lima enam buku, jika benci sangat pun bacalah sekurang-kurangnya dua tiga buku fahaman yang berkontra dengannya. Barulah kita menjadi seorang hakim yang adil.
Masalahnya sekarang, para penganut fahaman ini biasanya hanya akan membaca tulisan, menonton VCD, pergi ke seminar, menghadiri kuliah dan sebagainya yang berfaham Wahabi saja. Mereka seolah-olah berasa gentar jika kalau-kalau fahaman yang mereka anuti selama ini terbukti banyak kesalahan dan kelemahan. Hal ini memang banyak kita lihat. Apabila mereka menyeimbangkan input, biasanya kewahabian mereka mulai mengendur dan akhirnya menyatu dengan umat Islam ASWJ kembali.
Jadi, langkah mudah yang mereka ambil ialah dengan hanya bersedia menerima input fahaman Wahabi. Sebenarnya tindakan mereka menjahilkan dan merugikan diri sendiri. Sungguh kasihan kita melihat golongan ini.
Jika penganut fahaman Wahabi ini HANYA SEGELINTIR saja yang mendahului ilmu dan kematangan sehingga berlebih-lebihan dalam mengkritik dan mencela, umat Islam tidak akan ambil peduli tentang fahaman ini. Hakikatnya, majoriti penganut fahaman ini bersikap begitu termasuklah tokoh-tokoh mereka seperti Dr. Asri, Rasul Dahri, Dr. Azwira dan lain-lain, begitu juga Hafiz Firdaus sendiri. Macam mana boleh dikata SEGELINTIR?
Jika lima ekor burung datang hendak makan padi di sawah kita yang berelung-relung, apalah yang hendak kita hairankan. Tetapi kita terpaksa ambil peduli apabila yang datang itu ratusan ekor. Betul tidak?
Maksudnya apa yang salah daripada fahaman Salafi Wahabi ini bukanlah diamalkan oleh SEGELINTIR tetapi MAJORITI penganutnya. Dan perkara-perkara itu pula membawa kerosakan dan kelemahan yang bukan sedikit kepada agama dan umat Islam. Sebab itulah kita terpaksa ambil peduli dengan menolak APA YANG SALAH dan YANG LEMAH daripada fahaman ini.
Fahaman Salafi Wahabi secara keseluruhannya memang asing kepada agama Islam (jika secara juzuk-juzuknya memang ada yang bersamaan). Secara umumnya fahaman ini tidak terkeluar daripada Ahli Sunnah wal-Jamaah tetapi secara juzuk-juzuknya memang ada.
Kita sangat bersetuju kerana fahaman Salafi Wahabi sekadar LEBIH DEKAT dengan Islam yang sebenar dan ASWJ yang tulen, sedangkan kita umat Islam umumnya dan para pendokong dakwah MEMANG SEDIA berfaham Islam yang sebenar dan ASWJ yang tulen, bukan DEKAT-DEKAT lagi. Jadi, sudah faham diri sendiri baru DEKAT-DEKAT, lebih baiklah berpindah kepada yang MEMANG SEDIA Islam da ASWJ.
Nama ‘Wahabi’ diberi kerana para ulama berpandangan jauh lagi luas. Apa saja fahaman yang tidak/ kurang selari dengan ajaran Islam yang sebenar hendaklah dibezakan. Jika tidak umat Islam terutamanya golongan awam akan terpengaruh dengan fahaman-fahaman itu kerana mereka menyangkakan itulah ajaran Islam yang sebenar. Tahniah kepada para ulama terdahulu atas kebijaksanaan mereka.
Fahaman Salafi Wahabi ini mesti dijauhkan daripada orang ramai kerana banyak kesalahan dan kelemahan di dalamnya yang memabwa kerosakan dan kelemahan kepada agama dan umat Islam.
p/s : Maaf kpd pihak tertentu, jika ada kata-kata yg kurg menyenangkan dari artikel ini bg org yg tidak senang dgn nya. Wallahu'alam.
1 comment:
Maaf saya hanyalah orang awam tetapi saya dapati tulisan ini sangat mengelirukan. Saya banyak mengikuti kuliah daripada guru-guru agama daripada latar belakang yang berbeza termasuk yang saudara kata sebagai 'duri" tersebut. Saya mengutamakan keterbukaan ilmu. Saya tidak melihat mereka sebagai amcaman malah merekalah yang memeriahkan suasana ilmu di negara kita. Jika mereka berkata yang hak apa salahnya, untuk kebaikan kita juga. Sebagai orang awam saya perlu membuat perbandingan dan membuat rujukan, bukan mengata orang itu dan ini. Sebarang teguran perlu diambil kira dan dicerna secara positif. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua, inshaAllah.
Post a Comment