Ini adalah potongan sajak daripada Qasidah Burdah.
Aku telah menzalimi sunnah Nabi saw yang telah menghidupkan kegelapan malam dengan ibadat sehingga kedua belah kakinya mengadu kesakitan kerana bengkak [1],
Baginda mengikat perutnya jika terasa sangat lapar dan Baginda mengganjal perutnya yang berkulit halus itu dengan batu (bagi mengurangkan tajam laparnya,
Gunung-gunung yang tinggi telah merayu menawarkan diri untuk menjadi emas, tetapi Baginda saw enggan menerima tawaran itu seenggan-enggannya [2],
Kehidupan yang terlatih dengan penderitaan telah memperkuatkan kezuhudannya. Sesungguhnya keperluan yang mendesak masih belum dapat mempengaruhi jiwa-jiwa yang terpilih [3],
Bagaimana dunia dapat mempengaruhi Baginda saw, sedangkan kalau bukan kerana Baginda dunia tidak keluar dari ketiadaannya [4],
Nabi Muhammad saw itu adalah penghulu kepada dua alam (dunia dan akhirat), penghulu jin dan manusia, penghulu bangsa Arab dan ‘Ajam,
Nabi kami yang menyuruh kepada kebaikan dan melarang daripada kemungkaran. Maka tidak ada seorang
pun yang lebih baik daripada perkataan Baginda saw samaada mengatakan “ya” ataupun “tidak” [5].
Qasidah Burdah : - Al-Allamah Al-Imam Muhammad bin Said Al-Bushiri-
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
[1] Alangkah gigihnya Baginda saw dalam beribadat kepada Allah swt sehingga bengkak kakinya walau baginda adalah seorang yang maksum, walau Baginda telah dijamin syurga bahkan memberikan syafaat kepada umat manusia. Kini, timbul golongan manusia ( Wahabi ) yang menyesatkan orang yg menambahkan/memperbanyakkan ibadat sedang mereka itu tidak maksum dan belum dijamin mendapat syurga Allah.
[2] Harta, nama, dan pangkat bukanlah menjadi tujuan dalam dakwah Baginda saw. Jikalau Baginda saw mahukan gunung2 menjadi emas, batu-batu dan binatang buas menjadi tenteranya, tentu saja Allah akan mengabulkan hajatnya. Tetapi kenapa tidak? Kerana Baginda saw mahukan seadil-adil dan sesuci-suci perjuangan dalam dakwahnya.
[3] Betapa kuat dan tingginya kesabaran Baginda saw dalam berdakwah.
[4] Dunia ini dicipta kerana kewujudan Baginda saw.
[5] Sunnah Baginda saw adalah sunnah dan ikutan yang terbaik. Nafsu dan syaitan adalah majoriti pada zaman ini manakala sunnah Nabi saw adalah minoriti. Beruntunglah orang-orang yang minoriti/gharib/ ganjil/ dagang dan celakalah orang-orang yang majoriti/kebanyakan.
Wallahua’lam.
2 comments:
Salam...
Blog ini amat bermanfaat..dan ana telah mengikuti blog ini..teruskan perjuangan akhi dlm usaha berdakwah demi kebaikan ummah..
Semoga akhi peroleh keredhaan ALLAH dunia akhirat..Insya'ALLAH
alhamdulillah.. amin..
-mujahid-
Post a Comment