“Hai saudaraku, kita semua telah yakin bahawasanya kesemua alam ini mengadakan dia oleh tuhan yang satu jua jika perkara yang nampak bersabit dengan tukang2 sekalipun kalau begitu kita2 ini tentu perbuatan tuhan itu juga kalau begitu tidak patut sekali-kali kita derhaka kepadanya kerana orang yang derhaka kepada kerajaan atau penghulu dan ketua kampung pun tak sempurna juga kedudukannya diatas dunia pada hal dunia ini sementara jua, maka macam manalah nak dapat kesenangan bagi mereka yang derhaka kepada tuhan yang ialah empunya dunia dan akhirat, maka kpd siapakah kita nak bertumpu dan dengan apa bekalkah yang kita berharap dalam perjalanan kita yang sangat jauh serta didalam kampung tempat yang tak biasa lagi pergi iaitu di alam barzakh didalam kubur antara hidup dunia dengan dibangkitkan tubuh badan dan dipadang mahsyar tempat himpun sekalian manusia kerana periksa amalan dengan jalan menzahirkan adil tuhan dan meniti pula titian sirat jambatan yang dilentangkan diatas mulut neraka, maka beruntunglah mereka yang lepas kerana dipermasukkan didalam syurga kebun yang ada didalamnya segala yang dicita-cita kekal didalamnya selama-lama dan muda selama-lamanya dan sihat selama-lamanya dan kenyang selama-lamanya demikianlah. Maka celakalah dan sehabis-habis azablah mereka yang tak lepas kerana jatuh ke dalam neraka api yang sangat nyala ada didalamnya beberapa ular dan kala maka kita yang islam yang menurut hukum tuhan tetaplah tidak jatuh kedalamnya melainkan mereka yang mensia-siakan masa umur dengan semata-mata berhadap kepada benda yang tidak berharganya dan menurut dengan nafsu dan hawanya dan berseronok-seronok dan bergalak hingga tuanya dan matinya didalam hal yang tidak sedar siapakah yang mengadakan langit dan bumi dan barang antara keduanya maka jatuhlah orang itu kedalam neraka..” -Syeikh Abdul Qadir Al-Fatani (Ayah Dir)-
Rujukan : Kitab Taqrib
-------------------------------------------------------------------------------------------------------- ----
1. Dengarlah pesanan ulama' kita ini, jika kita enggan dengar nasihatnya, maka nasihat siapa yang hendak kita dengari? Ambillah pesanan daripada orang-orang soleh, mereka itu mendapat taufik dan hidayah daripada Allah.
2. Nafsu dan syaitan sentiasa membawa manusia ke jalan kesesatan, maka pada maksiat itu terdapat kemanisan, berhati-hatilah dengan racun kemanisan itu.
3. Dunia adalah adalah tempat berseronok bagi orang-orang yg ingkar, manakala dunia adalah penjara bagi orang-orang mukmin, maka jadikanlah dunia ini seperti penjara, batasilah hidupmu dengan undang-undang Allah.
4. Syurga adalah bagi orang-orang yang berjaya mengekang nafsunya ketika ia didunia, manakala neraka adalah bagi orang-orang gagal mengekang nafsunya ketika didunia.
5. Orang yang berjaya bukanlah orang yang mendapat kecemerlangan didunia (kekayaan, pangkat, nama), sebaliknya orang yang berjaya adalah orang yang mempunyai nilai-nilai akhlak yang mulia dalam hidupnya.
6. Kaki, tangan, lidah, mata, telinga, perut, faraj adalah bukan diri kita, pinjaman semata-mata, maka siapakah diri kita sebenarnya? Kita adalah hati. Semaikanlah hati kita dengan sifat2 mahmudah dengan lazimkan menyebut nama Allah, lazimkan berselawat ke atas Rasulillah saw.
Wallahua'lam.

No comments:
Post a Comment