Beliau adalah syeikhul Islam, Mahaguru, penganjur dan pemimpin utama dalam jejak dakwah dan pendidikan, dari keturunan Syed, yang mulia Abdullah bin Alawi Al-Haddad, al-Alawi, al-Husaini, al-Hadrami, as-Syafie, imam ahli zamannya, yang sering berdakwah ke jalan Allah, berjuang untuk mengembangkan agama yang suci dengan lisan dan penanya, yang menjadi tumpuan dan rujukan orang ramai dalam ilmu pengetahuan.
Beliau telah dilahirkan disalah sebuah kampung dikota Tarim, iaitu salah sebuah kota negeri Hadramaut yang terkenal, pada malam 5 hari bulan Safar, tahun 1044 H. Beliau telah pun dibesarkan dikota tersebut yg terkenal sebagai pusat penetapan kaum Asyraf dari keturunan Saidina Hussein ibn Ali ibn Abu Talib. Disanalah beliau mendapat pelajaran Al-Quran serta menghafalnya.
Dimasa kecil, beliau kehilangan pandangannya disebabkan tekana penyakit cacar. Akan tetapi Allah swt telah menggantikan panndangan lahir itu dengan pandangan batin. Beliau terus menuntut ilmu agama dan mendalaminya, sehingga menjadi pintar dan jaguh dalam segala selok beloknya. Kemudian beliau mendampingi para ulama terkenal dizamannya, sehingga Allah swt mengurniakan kekuatan hafalan yang sgt menakjubkan serta fahamana yang luar biasa kepadanya.
Beliau terus bersungguh-sungguh dalam menjalankan amal ibadatnya menyertakan amal disamping ilmu. Demikianlah cara hidup beliau dari sejak umur remaja hingga ke umur dewasa dan ke umur tua. Kemudian beliau mula bergiat untuk mendidik murid-muridnya, dan membimbing peminat-peminat untuk menuju kejalan Allah swt. Lantaran itu, ramailah pelajar2 yang dtg mengungjunginya dari merata ceruk dan rantau sehingga dengan itu tersebar luaslah manfaat yang ditabur oleh beliau ke merata tempat.
Beliau juga seorang penyair yang berbakat. Apabila mengungkapkan syairnya, niscaya mempersonaka. Juga seorang penulis yang puitis. Tulisannya sungguh mengharu dan memikat hati. Apabila berpidato sering mendatangkan minat untuk mendengar dan apabila menghujah sering melumpuhkan.
Beliau terkenal seorang pengarang yang jelas segala ibaratnya kukuh dalam pengolahannya, mendalam segala perbahasannya, meneliti dalam pengambilannya, hujahnya terang, penerangannya mengkagumkan amat luas interpretasinya. Beliau sering mengukuhkan pembicaraanya dgn ayt2 AlQuran dengan hadis2 Nabi saw, dan kata2 bicara dari para tokoh dan imam, untuk mencabut segala gangguan2 dalam diri dan waswas dalam dada setiap yang syubhat dan memperbetulkan setiap buruk sangka sehingga tiada ditinggalkan sesuatu musykilah pun melainkan dicelahnya atau sesuatu persoalan persoalan pun melainkan dijawabnya.
Antara karangan2 Al-Imam :
1. An Nasaih Addiniyah
2. Ad Da'wah at Tammah
3. Al-Fushul Al Ilmiyyah
Beliau telah diwafatkan Allah radiallahuanhu pada petang hari Selasa, 7 DzulQaidah tahun 1132 H, dan dikebumikan diperkuburan Zanbal, kota Tarim. Moga-moga Allah menggandakannya dengan balasan pahala yang banyak.
Rujukan : Nasaih Addiniyah
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Memperingati serba sedikit riwayat Al-Imam sempena bulan kewafatannya ini iaiti bulan ZulQaidah.
" Apabila disebutkan tentang orang-orang soleh, maka turunlah rahmat " -Hadis-
Mari sama-sama kita meraikan Hol Al-Imam di tempat-tempat yang telah ditetapkan pada tarikh2 tertentu.
Boleh rujuk blog www.pustaka-alfanshuri.blogspot.com.
Mudahan-mudahan Allah merahmati kita dengan berkat Al-Imam ( menyebut kebaikan2 para solihin).
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment