Saturday, September 4, 2010

Benarkah Terdapat Bid'ah Dalam Perkara Dunia dan Akhirat?

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Pujian-pujian kepada Allah swt, Tuhan diri ini, dan sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Besar Muhammad SAW serta keluarga dan para sahabat r.a,

1. Golongan wahabiyyah salafiyyah taymiyyah kaum mudawiyah, golongan yg sering menyerang orang-orang lain dengan perkataan 'bid'ah' sendiri telah mencipta bid'ah iaitu pembahagian bid'ah kepada perkara dunia dan akhirat.

2. Mereka menyatakan bahawa tidak ada bid'ah hasanah dalam perkara ibadat dan hanya adanya bid'ah hasanah pada perkara dunia. Apabila perkara baik dilakukan dalam perkara ibadat, lalu mereka mengatakan " bidah, sesat!, nabi x pernah buat". Sebaliknya bila perkara dunia, samada baik atau buruk, mereka diamkan, seolah-olah tanda setuju.

3. Perkataan mereka ini sebenarnya hendak menyuruh manusia berlumba-lumba utk mengejar perkara dunia dan melarang manusia utk berlumba-lumba dalam perkara ibadat seolah-olah menutup mata melihat ayat-ayat Allah yg menyuruh bersegera kepada kebaikan.

4. Golongan ini menyebarkan fahaman mereka melalui risalah kepada org-org awam muslimin yg ditampal ditempat-tempat awam seperti surau dengan dakwaan bahawa tidak ada hadis dan ayat Quran.

5. Sedangkan disana tidak ada dalil Quran atau hadis melarang bid'ah hasanah dalam perkara ibadat, mereka membuat hukum sendiri dengan melarang umat Islam melakukan bid'ah hasanah dalam perkara ibadat.

6. Dimanakah dalilnya wahai golongan wahabi, dakwaan2 kalian bahawa disana ada pembahagian kepada bid'ah dunia dan akhirat?? Tetapi bila org lain membuat perkara2 baik dalam perkara akhirat kalian sibuk mengatakan "itu sesat ini sesat!".

7.
Mereka mengatakan bidaah hasanah yang dikatakan oleh Imam as-Syafie ialah bidaah pada bahasa. Sedangkan pada bahasa sudah terang lagi bersuluh bagi mereka yang mempelajari bahasa arab bahawa bidaah pada bahasa hanya merujuk kepada perkara yang sesat sahaja. Sebab itu Nabi SAW menyatakan kullu bid'atin dholalah kerana daripada sudut bahasa semua bidaah itu sesat adapun perkara baru yang bersifat agama mahupun dunia dan tidak bercanggah dengan umum syariat maka tidaklah dianggap bidaah yang menyesatkan.

8. Disebut bidaah hasanah itu ialah untuk membezakan dengan bidaah sayyiah namun hakikatnya bidaah hasanah itu ialah sunnah hasanah. Seperti Nabi SAW membahagikan sunnah juga kepada hasanah dan juga sayyiah. Apakah ada sunnah yang buruk? Sudah tentu tidak tetapi penggunaan perkataan yang sama mengikut balaghah bahasa arab adalah untuk mencantikkan penggunaan dan perbezaan di antara keduanya.

9. Bidaah bukanlah suatu hukum di dalam menetapkan sesuatu perkara boleh atau tidak dilakukan. Kerana hukum yang ditetapkan oleh ijmak ulama' hanya 5 yang dinamakan sebagai hukum taklifi iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Tidak ada yang dinamakan sebagai hukum bidaah.

10. Maka setiap perkara yang bidaah (baru) perlu dihukumkan dengan 5 hukum taklifi waimma ia wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Bukan diborong secara memkhinzir buta. Seolah-olah semua bidaah adalah haram. Jika kaedah ini “semua bidaah adalah haram” yang digunakan maka pincanglah hukum dan rosaklah agama. Kerana setiap zaman akan wujud perkara-perkara yang baru yang belum di ada di zaman Nabi SAW. Maka perkara yang baru itu samada ia bersifat agama mahupun dunia tidak akan terkeluar daripada 5 hukum yang telah dijelaskan di atas.

Wallahua'alam.

Rujukan : www.amindaud.blogspot.com


No comments: