Sistem sekular yang memerintah dunia hari ini jelas gagal dalam mewujudkan keharmonian dan keamanan. Keadaan dunia semakin hari semakin merudum jatuh jika dibandingkan dengan keadaan dunia ketika pemerintahan sistem khilafah. Mari kita kembali semula mewujudkan sistem khilafah yang nyata akan keberkesanannya.
Kerajaan-kerajaan negara Islam perlu ada kesedaran segera. Manusia akan terus menangis melihat keadaan dunia. Islam memberi kesejahteraan hidup kepada orang Islam dan kafir. Sebaliknya, sekular memberi kesengsaraan hidup kepada orang Islam sahaja.
Sikap mementingkan diri pada pemerintah perlu dibuang. Contohilah tokoh-tokoh Islam yang dahulu seperti Saidina Umar bin Abd. Aziz dan Saidina Umar AlKhattab.
Pemerintah perlu beranikan diri dan bersikap tegas terhadap perkara2 kebatilan. Dek kerana ada kepentingan dengan orang-orang kafir dan fasiq, maka sanggup untuk menerima perkara2 kebatilan.
Tumpukan kepada hubungan dengan Allah. Usah hiraukan makhluk yang tidak memberi mudarat dan manfaat. Manfaat dan mudarat itu daripada Allah. Tugas pemerintah, jalankan sahaja perintah-perintah Allah. Inilah akidah yang suci, Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Jangan berpegang dengan akidah Muktazilah. Akidah Muktazilah iaitu sesuatu yang baik dan buruk itu terhasil dari tangan manusia. Ini akidah yang mubtadi' (diada-adakan).
Kerana sistem sekular, telah banyak lahir anak luar nikah, ramai perempuan yang hilang dara, jumlah pembuangan bayi bertambah. Wahai pemerintah-pemerintah, mahukah kamu suatu hari nanti perkara2 ini berlaku kepada ahli keluarga kamu? Anak-anak muda Islam sudah tidak kenal nilai2 Islam, tidak tahu hormat dan beradab kepada orang yang lebih tua dan guru, tidak kenal ilmu-ilmu agama, perempuan2 sudah hilang sifat malu, anak-anak kecil sudah terjebak dengan perkara-perkara tidak bermoral.
Derita umat ini tidak akan berhenti selagi sistem ini diteruskan.
No comments:
Post a Comment