Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Pujian-pujian kepada Allah swt, Tuhan diri ini, dan sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Besar Muhammad SAW serta keluarga dan para sahabat r.a,
Percutian
Saudara saudari sekalian,
Selamat bercuti. Pada bab dunia itu ada cuti, tetapi pada bab akhirat itu tiada cuti melainkan setelah kamu mati.
Masa
Saudara saudari sekalian,
Menjelang masa cuti ini, penuhilah masamu dengan perkara2 yang bermanfaat. Setelah menempuh perang dunia(final exam) dengan senjata yang lengkap(persiapan exam), apakah sudah kita bersedia cukup senjata untuk perang diakhirat kelak. Tahukah kamu apakah itu perang akhirat? Sudahkah kamu bersedia dengan pertanyaan2 malaikat?
“ Siapa tuhan kamu?”
“ Siapa nabi kamu?”
Kenalkah kamu tuhanmu?
- Iaitu 41 akidah(20+20+1).
Kenalkah kamu nabimu?
- Iaitu 9 akidah. 4+4+1. Serta tentang kehidupan baginda SAW.
Tiada sah ibadat seseorang itu melainkan setelah ia mengenal tuhannya(Allah). Tuntutlah ilmu tauhid sifat20. Apabila tidak sah akidahmu, maka apakah agamamu?
p/s : Tauhid Uluhiyah, Rububiyah, Asma' Wa Sifat tidak memadai.
Sudahkah kamu tunaikan segala perintah dan larangan Allah. Bagaimana dengan solatmu? Tahukah kamu sekalian rukun2, syarat2 sah, dan perkara membatalkan sembahyang keseluruhannya?
Tiada sah sembahyang yang dilakukan tanpa mengetahui rukun, syarat, serta perkara membatalkan sembahyang walaupun sembahyangnya itu kebetulan berbetulan/muafakat dengan perkara sebenar didalam sembahyang itu.
Bagaimana akhlakmu? Jadilah pemuda/i yang berakhlak mulia. Akhlak itu perhiasan agama. Barangsiapa yang tiada perhiasan padanya, hodoh ia. Barangsiapa yang penuh dengan perhiasan, mulia ia.
Suasana
Saudara saudari sekalian,
Jangan lalaikan dirimu dengan perkara dunia. Wanita, harta, pangkat/jawatan itu hanyalah ujian bagi keimanan mu.
Aku lihat pemuda/i hari ini gemar untuk berpasangan yang haram.
Aku lihat pemuda/i hari ini gemar untuk bermewah-mewahan.
Aku lihat pemuda/i hari ini gemar untuk berhibur.
Aku lihat pemuda/i hari ini gemar untuk mencapai kecemerlangan dunia.
Ramai anak muda di shopping complex dan tempat hiburan.
Ramai orang tua di masjid, surau dan madrasah.
Nasihat
Saudara saudari sekalian,
Dengarlah nasihat ini mudah-mudahan menjadi manfaat bagi kamu semua. Semakin hampir kita dengan akhir zaman, semakin bertambah ujian kita. Dan barangsiapa yang dapat menghadapi ujian ini dengan sabar yang tinggi, dialah orang yang telah mendapat kejayaan. Bukan orang yang mendapat kejayaan itu, orang yang mendapat deanlist atau sijil atau gelaran.
Ku ulangi sekali lagi. Harta, pangkat, dan wanita itu adalah ujian.
Semakin besar ujianmu, semakin besar pahalamu jika kamu dapat bersabar dengannya.
[Hadis:
Ketika detik2 akhir sebelum Rasulullah Saw wafat pada akhir khutbahnya. Rasulullah Saw bersabda kepada para sahabat r.a :" Setelah wafatku, kalian akan mendapati betapa banyaknya musibah yang akan menimpa umat ini, samada berbentuk bencana, perpecahan atau perselisihan. Maka bersabarlah kalian sehingga kalian bertemu denganku ditelaga Haud".]
Tuntutlah ilmu di pondok-pondok atau madrasah atau masjid2. Ilmu itu penyuluh hidup.
Carilah guru yang mursyid. Bukan semua guru adalah mursyid. Tidak ramai guru pada hari ini yang dapat membimbing kerohanian(tasawwuf) anak murid.
Kata guru :”Ilmu Tasawwuf adalah benteng yang paling kuat untuk menghadapi cabaran akhir zaman ini”. Hampir2 hanya disekolah-sekolah pondok sahaja yang masih mempunyai guru-guru yang mursyid kerana mereka itu ikhlas mengajar dan mentarbiah anak-anak muridnya tanpa meminta upah.
Kata ulama : ” Barangsiapa yang masih tiada mursyid diakhir zaman ini, maka selawat adalah mursyid bagi mereka”.
Maka banyakkanlah berselawat ke atas Rasulullah Saw.
Sepanjang cuti 2 bulan ini, lapangkanlah masa untuk menuntut ilmu agama disekolah-sekolah pondok khususnya. Atau masjid atau madrasah.
- Di Kelantan banyak sekolah pondok. Cth : Pasir Tumbuh, Pasir Puteh. Di Kedah, Selangor, Melaka, Pahang, dan sebagainya.
Jangan sibukkan diri di tempat2 hiburan (KLCC, MidValley, TimeSquare dan sebagainya).
Jangan sibukkan diri dengan rakan2 yang melalaikan.
Lazimkan diri ditempat orang-orang soleh.
Buktikan kita pemuda/i yang akan meninggikan agama ini !
Wallahutaala a'la waa'lam.
No comments:
Post a Comment