Sunday, June 13, 2010

Nur Insan Termulia

... Kini tiba saat penaku ini menggoreskan yang digerakkan oleh jari jemari tanganku,
yang boleh terjangkau oleh fikiran,
tentang sifat hamba yang sempurna dan dikasihi ini,
serta perilakunya yang terluhur di antara segala perilaku.

Dan disinilah sepatutnya kutuliskan,
apa yang telah sampai ke pengetahuanku,
tentang berita dan kisah insan termulia ini,
agar kalam dan kertas beroleh kemuliaan,
pendengaran dan penglihatan pun berkesempatan bertemasya dalam taman-tamannya yang indah mempersona.

Telah sampai kepada kami dalam hadith-hadith yang masyhur,
bahawa sesuatu yang mula pertama dicipta Allah ialah nur yang tersimpan dalam peribadi ini.

Maka nur insan yang tercinta inilah makhluk pertama muncul di alam semesta,
daripadanya bercabang seluruh yang wujud ini,
ciptaan demi ciptaan yang baru datang ataupun yang sebelumnya.

Sebagaimana diriwayatkan Abdurrazzaq dengan sanadnya sampai pada Jabir bin Abdullah al-Anshaari r.anhuma, bahawasanya ia pernah bertanya,
" Demi ayah dan ibuku, ya Rasulullah, beritahukanlah padaku tentang sesuatu yang dicipta Allah sebelum segalanya yang lain!".
Jawab baginda saw, "Wahai Jabir, sesungguhnya Allah telah menciptakan nur NabiMu, Muhammad, dari nur-Nya sebelum sesuatu yang lain".

Dan telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. Bahawasanya Nabi saw telah bersabda :
" Aku adalah yang pertama diantara para Nabi dalam penciptaan, namun yang terakhir dalam kerasulan...".
...

-Simtud Durar-
oleh Habib Ali Al-Habsyi

No comments: