Sunday, April 3, 2011

Bulu Kucing adalah Najis?


Soalan1 : Apakah bulu kucing adalah najis?

Jawapan : Disini nasnya, aku petik daripada kitab hidayatus sibyan (mazhab syafie) pada fasal menyatakan ain najis dan cara menghilangkannya.

“Bermula  sekalian binatang suci sekaliannya pada ketika hidupnya melainkan anjing dan babi. Bermula segala juzu’ bangkai iaitu najis sekaliannya melainkan bangkai manusia, ikan, dan belalang. Dan bermula juzu’ yang bercerai daripada binatang yang hidup iaitu seperti bangkainya pada hukum najisnya dan sucinya melainkan bulu binatang yang halal dimakan akan dia iaitu suci.”

Hasillah daripada ayat diatas, bulu kucing adalah bukan najis ketika ia masih belum tertanggal daripada tubuhnya. Tetapi adalah bulunya itu najis setelah tertanggal daripada tubuhnya samaada ketika hidupnya atau matinya kerana mengambil hukum daripada hukum selepas matinya (bangkai kucing adalah najis).

Ringkasan

Bulu kucing yang belum tertanggal daripada badannya = tidak najis
Bulu kucing yang sudah tertanggal daripada badannya = najis

Soalan2 : Jadi bagaimanakah hukumnya sembahyang kita jika ia melekat pada sejadah yang diguna untuk sembahyang?

Jawapan : Bulu kucing yang melekat pada sejadah, ada huraian padanya. Sah sembahyang kita jika bulu kucing itu melekat pada sejadah yang bukan daripada tempat sembahyang. Tidak sah sembahyang jika bulu kucing melekat pada sejadah yang adalah tempat sembahyang.

Tempat sembahyang adalah tempat atau ruang yang kita gunakan untuk sembahyang, iaitu tempat yang ditindih oleh tubuh badan kita. Bukanlah keseluruhan sejadah itu tempat sembahyang.

Masalah

Bagi orang-orang yang membela kucingnya didalam rumah. Seeloknya hindarkan kucing daripada bermain-main ditempat sembahyang. Sebelum sembahyang, pastikan tiada bulu kucing yang melekat pada pakaian sembahyang dan tempat sembahyang kerana mungkin dalam perjalanan daripada tempat wuduk ke tempat sembahyang kita terpijak bulu kucing. Mudah-mudahan sembahyang kita diterima oleh Allah swt.

Wallahua’lam.
Ini hanyalah daripada ilmu yang sedikit yang telah aku pelajari daripada masyaikhku. Mohon teguran jika ada salah silap.



5 comments:

Jαnnαhツ said...

aku pun ade bela kucing 3 ekor. slalu main dalam umah.nampaknya kena letak diorang kat luar ar lepas ni. haha..

Abu Muhammad Al-Mujahid said...

ya, eloknya letak diluar untuk berhati-hati menjaga ibadat.

kucing said...

salam..ustaz..
cmne kalo org yg xtaw pasal hal ni or baru taw??smyg nye yg slme ni xsah ke??

Abu Muhammad Al-Mujahid said...

salam. maaf, ana org biasa. terdapat beberapa org yang dimaafkan yg disebutkan drpd guruku,atau didalam kitab disebut jahil yang ma'zur (jahil yang diuzurkan/dimaafkan) iaitu:

1. mereka yang jauh daripada seruan Islam, seperti mereka yang tinggal jauh daripada ulama' atau susah untuk mendapatkan ilmu seperti tinggal di kawasan2 pergunungan atau hutan2 yang dalam. Cth : org-org arab badwi pada zaman Rasullullah saw.

2. mereka yang baru memeluk Islam.

3. atau mereka yang baru lepas baligh dan tidak dididik oleh ibubapanya ilmu fardhu ain sebelum balighnya.

adapun bagi mereka yang baru tahu kerana tidak menuntut ilmu diwaktu mudanya(selepas balighnya) atau kerana melalaikan ilmu fardhu ain, mohonlah keampunan daripada Allah dan qada' semula sembahyang2 yang lalu.

wallahua'lam.

kucing said...

alhamdulillah...lega ati ni dgr...tq ustaz..