Saturday, September 25, 2010
Kemuliaan Nabi Muhammad Saw
Wednesday, September 22, 2010
Hadis Golongan Akhir Zaman
Hadis
Hadis Nabi saw berkenaan kelompok Wahabi yang muncul di akhir zaman dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya benarlah sabdaan Nabi saw ini,
“ Akan keluar satu kelompok manusia dari sebelah timur yang membaca Al-Quran akan tetapi bacaan mereka tidak melepasi kerongkong mereka (tidak memahami), mereka keluar dari agama seperti keluarnya anak panah dari busurnya. Tanda pengenalan mereka ialah berkepala botak.”
(Hadis diriwayatkan dengan riwayat yang banyak. Sebahagiannya, diketengahkan didalam Shohih AlBukhari, hadith yang shohih dan masyhur)
Dalam sabdaan Nabi saw, “Tanda pengenalan mereka ialah berkepala botak” menjelaskan tentang golongan ini kerana mereka memerintahkan setiap pengikut mereka membotakkan kepala. Sifat ini tidak pernah dimiliki oleh mana-mana kumpulan Khawarij dan ahli bid’ah pun yang muncul sebelum zaman mereka.
Sayyid Abdur Rahman Al Ahdal ra, Mufti Zabid Yaman menyatakan :
“Tidak perlu kepada penulisan bagi menyanggah golongan Wahabi, tetapi cukuplah sabdaan Nabi saw ini sebagai faktor kuat untuk menolak mereka, “Tanda pengenalan mereka ialah berkepala botak” kerana ia tidak pernah dilakukan seorang ahli bid’ah pun selain mereka.
------------------------------------------------------------------------------------------
1. Wahabi adalah golongan yang petah membacakan dalil-dalil Al-Quran dan Sunnah di hadapan orang awam, sebenarnya mereka sendiri tidak memahami ayat yang dibacakannya.
2. Mereka memahamkan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis menurut kefahaman sendiri (ijtihad sendiri), tanpa melalui pertengahan ulama' dan guru.
3. Mereka adalah golongan yang mendakwa paling hampir dengan sunnah, sebenarnya merekalah yang paling jauh daripada sunnah.
Tuesday, September 7, 2010
Marilah Tetap Diatas Jalan Ahli Sunnah Dan Jamaah, Akidah Yang Suci.
Berpegang kepada Ahli Sunnah, elak Wahabi cetus konflik ummah
Oleh Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady
KITA mulakan tulisan ini dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, pegangan dan amalannya. Mengenai Ahli Sunnah tidak perlu kita berbicara panjang sebab ia diketahui umum. Kalau hendak disebut pun kita boleh membuat beberapa kenyataan seperti istilah itu diterima pakai oleh ulama sejak awal dengan Imam Tahawi, al-Asyari, Abu Hanifah, Imam Syafie, Baqillani, Baghdadi, al-Ghazali, al-Nawawi dan seterusnya sampai kepada Waliyullah al-Dihlawi dan Said Nursi bahkan Syeikh Hasan al-Banna dan Said Hawwa.
Bagaimanapun, boleh disebut bahawa istilah itu dalam hadis Nabi SAW yang dinukil dalam 'al-Milal wa al-Nihal' oleh al-Shahrastani dan juga dalam hadis al-Tabarani.
Mengenai pegangan, kita hanya boleh sebut secara ringkas iaitu Ahli Sunnah berpegang kepada Rukun Iman yang enam, Rukun Islam yang lima, berpegang kepada ajaran akidah Imam al-Asyari dan Maturidi dan yang mengikuti mereka sampai masa kini; mereka beriman mengenai Allah memiliki sifat sempurna tidak terhisab, tetapi sekurang-kurang perlu diketahui semua orang ialah sifat ada, sedia kala, kekal, tidak menyerupai semua yang baru, berdiri sendiri, Maha Esa, hidup, mengetahui, berkehendak, mendengar, melihat dan berkata-kata dengan kalam-Nya yang kadim dan azali tidak menyerupai makhluk dalam semua perkara. Zat-Nya tidak seperti zat makhluk, perbuatan-Nya tidak seperti makhluk.
Kalau sesiapa mengatakan ia mempunyai sifat makhluk atau menyerupai makhluk, maka ia terkeluar daripada iman. Sebab itu Imam Tahawi, Syafie, Abu Hanifdah dan seterusnya menyebut Ia tidak bertempat, tidak tertakluk oleh masa, tidak berada dalam ruang.
Tidak boleh dikatakan Tuhan berada di atas, di bawah, di kanan, atau di kiri, di belakang atau di hadapan, sebab ia tidak berpihak.
Dalam Ahli Sunnah, ayat al-Quran dan hadis nabi yang menyebut sifat Allah seperti sifat makhluk, maka disuruh kita sama ada menerima seperti asalnya (tafwidh) menyerahkan erti hakikinya kepada Allah SWT, atau mentakwilkannya dengan sifat yang layak dengan-Nya.
Ini dilakukan umpamanya oleh penghulu orang Salaf al-Tabari.
Orang Wahabi menerimanya secara literal dan hakiki, kalau disebut Tuhan ada tangan, tanganlah, kalau kaki, kakilah, kalau jari maka jarilah. Ini membawa kepada menyerupakan Allah dengan makhluk. Nauzu billahi min zalik.
Seperkara lagi mereka membahagikan tauhid kepada tiga, tauhid Rububiah, tauhid Uluhiah, dan tauhid Asma Wassifat. Setiap satunya terasing daripada yang lain. Rububiah ertinya tauhid mengakui Tuhan Pencipta Alam, Esa, Berkuasa dan lainnya, tauhid Uluhiah ertinya menyembah-Nya dan taat kepada-Nya. Maka dengan skema ini, mereka boleh berkata Abu Jahal itu ahli tauhid dan ikhlas tauhidnya lebih daripada orang yang mengucap 'Lailahailallah'.
Dengan skema ini juga mereka mengkafirkan orang yang berdoa meminta keberkatan di makam salihin dan anbia dan bertawassul dengan mereka. Ini pula satu tajuk yang tersendiri huraiannya.
Mengenai nabi, Ahli Sunnah mengajarkan, anbia ada sifat maksum (tidak berdosa), apa lagi Nabi Muhammad SAW dan mereka mempunyai sifat benar, amanah, menyampai kebenaran, dan bijaksana; mereka manusia yang makan dan minum serta berkahwin, tetapi mereka sempurna kerana itu diturunkan wahyu kepada mereka oleh Tuhan.
Ini diikuti dengan iman mengenai malaikat, akhirat (termasuk nikmat dan azab kubur), dan qada dan qadar yang menentukan segalanya ialah Allah, manusia diperintah berusaha dan berikhtiar dalam perkara yang baik dan mengelak daripada perkara yang jahat.
Ahli Sunnah mengajarkan kewajipan mengucap syahadah dengan yakin ertinya, menjalankan sembahyang lima waktu, melakukan puasa, menunaikan zakat dan menunaikan haji bagi mereka yang berkemampuan.
Ia mengajarkan kewajipan menunaikan nazar dan sumpah. Ia mengajarkan membaca al-Quran, lebih-lebih lagi dengan mengerti ertinya, melakukan zikir mengingati Allah dan berdoa kepada-Nya. Ia mengajarkan manusia bersangka baik terhadap Allah SWT dan jangan bersangka buruk terhadapnya.
Ahli Sunnah mengajarkan bahawa dosa besar ialah sihir, mencuri, berzina, berjudi, membuat sumpah palsu, memakan rasuah, memakan riba, yang terbesar ialah syirik yang berupa dosa yang tidak terampun, melainkan sebelum mati orang yang berkenaan bertaubat dan kembali kepada tauhid. Seseorang yang beriman tidak menjadi kafir dengan melakukan dosa bagaimana besar sekalipun, ia menjadi kafir hanya kerana kufur iktikad, kata-kata atau perbuatannya seperti ia menyembah berhala, kecuali ia dipaksa seperti diancam bunuh.
Orang Wahabi boleh menghukum orang kafir kerana dosa, bahkan kerana bertawassul di kubur nabi dan yang sepertinya.
Ahli Sunnah mengajarkan bahawa amalan orang hidup sampai kepada orang mati, baik dalam rupa bacaan seperti bacaan al-Quran, bertasbih, berdoa, bersedekah, dan amalan lain asalkan diniatkan untuk orang yang mati itu; kalau anak jika tidak diniatkan pun amalan itu sampai kepada kedua-dua ibu bapanya kerana ia lahir kerana mereka. Fahaman Wahabi mengatakan amalan orang hidup tidak sampai kepada orang mati.
Ahli Sunnah Wal-Jamaah mengajarkan Muslimin wajib taat kepada ulil-amri mereka, tidak boleh derhaka atau keluar menentang mereka, melainkan mereka itu kafir. Orang Wahabi tidak sedemikian sebab itu mereka menentang dan memberontak menentang Sultan Othmaniah dan wakilnya, tetapi mereka berbaik dengan British dan Perancis seperti yang jelas dalam sejarahnya. Ahli Sunnah mewajibkan memberi nasihat yang baik dan ikhlas kepada ulil-amri bukan memberontak. Tidak ada teori memberontak dalam Ahli Sunnah.
Dalam Ahli Sunnah, ulamanya mengajarkan bidaah ada yang baik dan ada yang buruk, tetapi Wahabi mengajarkan semua bidaah tidak dibolehkan; talkin, berwirid ramai-ramai selepas sembahyang, qunut subuh, tahlil arwah, majlis Maulud Nabi dan membaca Yassin pada malam Jumaat.
Banyak lagi perbezaan antara fahaman Wahabi dan Ahli Sunnah jika mahu diperkatakan. Hakikatnya kita melihat fahaman Wahabi berlainan daripada pegangan dan amalan Ahli Sunnah dan kita tidak boleh membiarkan orang Islam di negara ini terpengaruh dengannya kerana banyak implikasi negatifnya. Berwaspadalah. Wallahualam.
sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Rencana/20091108013533/Article/
Dipetik: http://syafiee.blogspot.com/
------------------------------------------------------------------------------------------------
Eloklah jika nasihat yg diberikan oleh al-ustaz itu diambil perhatian oleh orang ramai agar tidak terpengaruh dengan fahaman Wahabi yg menyeleweng daripada apa yg diajarkan oleh Rasulullah saw ini. Menurut apa yg sy dengar daripada beberapa ulama', fahaman ini boleh mengeluarkan seseorang itu terkeluar daripada Islam, wal'iyazabillah. Maka hati-hatilah wahai umat akhir zaman dengan fahaman ini yg semakin hari semakin masyhur walau terkadang fahaman ini datang tanpa sedar. Benarlah apa disabdakan Rasulullah saw akan kewujudan puak ini diakhir zaman. Apabila kalian semua bertemu dgn mereka, tentanglah mereka.
Mereka yg berpegang dengan fahaman ini akan susah untuk kembali ke pangkal jalan Rasulullah saw menurut pengalaman sy sendiri setelah berdepan dengan orang-orang yg berpegang dengan fahaman ini. Jadi, hendaklah kita sentiasa awasi dengan fahaman wahabi yg menyeleweng ini, dengan taufik dan hidayah daripada Allah swt.
Wallahua'lam.
Saturday, September 4, 2010
Taqlid Bertempat
Taqlid adalah mengikuti perbuatan seseorang / guru tanpa mengetahui dalilnya, sedangkan yg saya (Habib Munzir Al Musawwa) sampaikan di forum ini, selalu mencantumkan dalilnya, maka itu bukan taqlid. Dan pada dasarnya, taqlid pada ulama yg soleh adalah lebih kuat dari dalil yg kita fahami, karena bisa saja kita berbuat dg batas pemahaman kita yg rendah, padahal guru itu lebih dalam dan luas ilmunya yg belum kita ketahui dalilnya, namun kita tak mau mengikutinya karena terjebak dengan pemahaman "belum kutemukan dalilnya". Justeru itu, telah menjebakkan kita pada kejahilan kita tanpa bisa mencapai kesempurnaan amal, tentunya lebih baik beramal dgn mengikuti/taqlid pada ulama yg 'alim dalam syariah dan shalih, walau tak tahu dalilnya, karena kita tahu ia lebih alim dari kita, dan kita tahu dia shalih bukan penipu, dan kita tahu ia selalu berusaha berjalan dalam sunnah. Para sahabat r.a pun bertaqlid pada Rasul saw tanpa menanyakan dalilnya, dan sebagian sahabat bertaqlid pada sahabat lain tanpa menanyakan dalilnya, ada yg sempat menanyakan dalilnya dan ada yg tidak sempat, misalnya ucapan sahabat/tabiin, "Aku melihat ibn umar berbuat demikian, atau aku melihat Utsman bin Affan ra melakukannya demikian", ini semua taqlid, tanpa mereka menanyakan dalilnya, taqlid semacam ini bukan taqlid buta, tapi hal ini lebih kuat dari dalil yg kita ketahui, karena yg dimaksud taqlid buta adalah ikut-ikutan sembarang orang yg tak jelas ilmunya dan kesolehannya, seperti para wahabi yg bertaqlid kpd ibn abdul wahhab yg bertentangan dgn jumhur (majoriti ulama') seluruh madzhab, seluruh madzhab bertawassul namun ibn abdulwahhab menentangnya, seluruh madzhab memuliakan kuburan nabi saw dan para solihin namun ibn abdul wahhab menentangnya, maka mereka itulah yg taqlid buta, kita bertaqlid dgn guru yg berjalan dalam sunnah, dan bukan hanya taqlid tapi disertai dalil yg jelas.
Rujukan: Habib Munzir Al Musawwa
Taqlid dalam akidah :
Adalah khilaf ulama' dalam perkara ini,
1. Sebahagian ulama' (ulama' yg besar2) berpendapat bahawa orang yg bertaqlid itu kafir.
2. Sebahagian ulama' berpendapat bahawa orang yg bertaqlid itu fasiq.
Taqlid dalam fiqh :
1. Wajib bagi awam muslimin
2. Haram bagi mujtahid
Benarkah Terdapat Bid'ah Dalam Perkara Dunia dan Akhirat?
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Pujian-pujian kepada Allah swt, Tuhan diri ini, dan sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Besar Muhammad SAW serta keluarga dan para sahabat r.a,
1. Golongan wahabiyyah salafiyyah taymiyyah kaum mudawiyah, golongan yg sering menyerang orang-orang lain dengan perkataan 'bid'ah' sendiri telah mencipta bid'ah iaitu pembahagian bid'ah kepada perkara dunia dan akhirat.
2. Mereka menyatakan bahawa tidak ada bid'ah hasanah dalam perkara ibadat dan hanya adanya bid'ah hasanah pada perkara dunia. Apabila perkara baik dilakukan dalam perkara ibadat, lalu mereka mengatakan " bidah, sesat!, nabi x pernah buat". Sebaliknya bila perkara dunia, samada baik atau buruk, mereka diamkan, seolah-olah tanda setuju.
3. Perkataan mereka ini sebenarnya hendak menyuruh manusia berlumba-lumba utk mengejar perkara dunia dan melarang manusia utk berlumba-lumba dalam perkara ibadat seolah-olah menutup mata melihat ayat-ayat Allah yg menyuruh bersegera kepada kebaikan.
4. Golongan ini menyebarkan fahaman mereka melalui risalah kepada org-org awam muslimin yg ditampal ditempat-tempat awam seperti surau dengan dakwaan bahawa tidak ada hadis dan ayat Quran.
5. Sedangkan disana tidak ada dalil Quran atau hadis melarang bid'ah hasanah dalam perkara ibadat, mereka membuat hukum sendiri dengan melarang umat Islam melakukan bid'ah hasanah dalam perkara ibadat.
6. Dimanakah dalilnya wahai golongan wahabi, dakwaan2 kalian bahawa disana ada pembahagian kepada bid'ah dunia dan akhirat?? Tetapi bila org lain membuat perkara2 baik dalam perkara akhirat kalian sibuk mengatakan "itu sesat ini sesat!".
7. Mereka mengatakan bidaah hasanah yang dikatakan oleh Imam as-Syafie ialah bidaah pada bahasa. Sedangkan pada bahasa sudah terang lagi bersuluh bagi mereka yang mempelajari bahasa arab bahawa bidaah pada bahasa hanya merujuk kepada perkara yang sesat sahaja. Sebab itu Nabi SAW menyatakan kullu bid'atin dholalah kerana daripada sudut bahasa semua bidaah itu sesat adapun perkara baru yang bersifat agama mahupun dunia dan tidak bercanggah dengan umum syariat maka tidaklah dianggap bidaah yang menyesatkan.
8. Disebut bidaah hasanah itu ialah untuk membezakan dengan bidaah sayyiah namun hakikatnya bidaah hasanah itu ialah sunnah hasanah. Seperti Nabi SAW membahagikan sunnah juga kepada hasanah dan juga sayyiah. Apakah ada sunnah yang buruk? Sudah tentu tidak tetapi penggunaan perkataan yang sama mengikut balaghah bahasa arab adalah untuk mencantikkan penggunaan dan perbezaan di antara keduanya.
9. Bidaah bukanlah suatu hukum di dalam menetapkan sesuatu perkara boleh atau tidak dilakukan. Kerana hukum yang ditetapkan oleh ijmak ulama' hanya 5 yang dinamakan sebagai hukum taklifi iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Tidak ada yang dinamakan sebagai hukum bidaah.
10. Maka setiap perkara yang bidaah (baru) perlu dihukumkan dengan 5 hukum taklifi waimma ia wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Bukan diborong secara memkhinzir buta. Seolah-olah semua bidaah adalah haram. Jika kaedah ini “semua bidaah adalah haram” yang digunakan maka pincanglah hukum dan rosaklah agama. Kerana setiap zaman akan wujud perkara-perkara yang baru yang belum di ada di zaman Nabi SAW. Maka perkara yang baru itu samada ia bersifat agama mahupun dunia tidak akan terkeluar daripada 5 hukum yang telah dijelaskan di atas.
Wallahua'alam.
Rujukan : www.amindaud.blogspot.com
MenTajdid Blog
Tetapi masih dalam proses pembaharuan lg.
Hakcipta terpelihara.