Monday, May 31, 2010

Secularism has failed the World

Sistem sekular yang memerintah dunia hari ini jelas gagal dalam mewujudkan keharmonian dan keamanan. Keadaan dunia semakin hari semakin merudum jatuh jika dibandingkan dengan keadaan dunia ketika pemerintahan sistem khilafah. Mari kita kembali semula mewujudkan sistem khilafah yang nyata akan keberkesanannya.

Kerajaan-kerajaan negara Islam perlu ada kesedaran segera. Manusia akan terus menangis melihat keadaan dunia. Islam memberi kesejahteraan hidup kepada orang Islam dan kafir. Sebaliknya, sekular memberi kesengsaraan hidup kepada orang Islam sahaja.

Sikap mementingkan diri pada pemerintah perlu dibuang. Contohilah tokoh-tokoh Islam yang dahulu seperti Saidina Umar bin Abd. Aziz dan Saidina Umar AlKhattab.
Pemerintah perlu beranikan diri dan bersikap tegas terhadap perkara2 kebatilan. Dek kerana ada kepentingan dengan orang-orang kafir dan fasiq, maka sanggup untuk menerima perkara2 kebatilan.

Tumpukan kepada hubungan dengan Allah. Usah hiraukan makhluk yang tidak memberi mudarat dan manfaat. Manfaat dan mudarat itu daripada Allah. Tugas pemerintah, jalankan sahaja perintah-perintah Allah. Inilah akidah yang suci, Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Jangan berpegang dengan akidah Muktazilah. Akidah Muktazilah iaitu sesuatu yang baik dan buruk itu terhasil dari tangan manusia. Ini akidah yang mubtadi' (diada-adakan).

Kerana sistem sekular, telah banyak lahir anak luar nikah, ramai perempuan yang hilang dara, jumlah pembuangan bayi bertambah. Wahai pemerintah-pemerintah, mahukah kamu suatu hari nanti perkara2 ini berlaku kepada ahli keluarga kamu? Anak-anak muda Islam sudah tidak kenal nilai2 Islam, tidak tahu hormat dan beradab kepada orang yang lebih tua dan guru, tidak kenal ilmu-ilmu agama, perempuan2 sudah hilang sifat malu, anak-anak kecil sudah terjebak dengan perkara-perkara tidak bermoral.

Derita umat ini tidak akan berhenti selagi sistem ini diteruskan.

Thursday, May 20, 2010

Kewafatan Habib Ali bin Jaafar bin Ahmad Al-Idrus

AlFatihah ila roh Habib Ali bin Jaafar bin Ahmad Al-Idrus…



(Bersamaan 13/5/2010 jam 5.10 ptg)
Umur : 94 tahun
Innalillahi wa inna ilaihi raji’un

Kembalinya seorang lagi ulama’ ‘arif billah setelah genap 40 hari wafatnya Syeikh Abdul Qadir As-Saggaf.
Tanda Kiamat semakin hampir semakin jelas. Ditariknya ilmu dengan diambil olehNya para ulama’.

Habib Ali begitu terkenal dengan karamahnya yang banyak ketika hidupnya.
Begitu juga pada hari kewafatannya. Tidak kurang daripada 2000 manusia yang hadir ke rumahnya untuk menziarahi Al-Habib buat kali terakhir. Kelihatan suasana, polis-polis trafik menjaga kesesakan jalanraya, ketua polis Johor turut hadir turun ke kawasan tersebut. Pelbagai lapisan masyarakat hadir, tidak kira yang berjawatan atau orang biasa, yang kaya atau miskin, para ulama’ atau penuntut ilmu, dan yang lain2 dari luar negara. Penuh dijalanraya kereta-kereta mewah, Mercedes, Naza, BMW.

Siapakah yang mereka ziarah itu? Seorang yang sangat zuhud hidupnya. Tidak mempunyai rumah, kereta, motor, hanya menduduki rumah sewa. Jika dahulu kembalinya Sultan yang berpakaiankan serba emas ke rahmatullah, kita akan lihat beribu-ribu orang dari kalangan tentera, polis dan sebagainya yang akan hadir ke istananya kerana protokol dunia. Tetapi hari ini wafatnya seorang manusia yang tidak mempunyai kereta, motor dan hanya menetap dirumah sewa lalu hadir padanya ribuan manusia, maka ini adalah kerana protokolnya yang datang daripada Allah untuk memuliakan kekasihnya.
Tidakkah kalian mengambil iktibar?

Kalau didunia ini semua kenal Tuanku Mizan sebagai sultan negara. Maka lihatlah, siapa sultan dunia yang sebenar disisi Allah? Itulah Habib Ali bin Jaafar bin Ahmad Al-Idrus.

Moga beliau sentiasa dicucuri rahmat Allah. Semoga Allah meletakkan kita diatas jalan beliau.

Saturday, May 8, 2010

Liku-Liku Kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Pujian-pujian kepada Allah swt, Tuhan diri ini, dan sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Besar Muhammad SAW serta keluarga dan para sahabat r.a,


Percutian

Saudara saudari sekalian,

Selamat bercuti. Pada bab dunia itu ada cuti, tetapi pada bab akhirat itu tiada cuti melainkan setelah kamu mati.

Masa

Saudara saudari sekalian,

Menjelang masa cuti ini, penuhilah masamu dengan perkara2 yang bermanfaat. Setelah menempuh perang dunia(final exam) dengan senjata yang lengkap(persiapan exam), apakah sudah kita bersedia cukup senjata untuk perang diakhirat kelak. Tahukah kamu apakah itu perang akhirat? Sudahkah kamu bersedia dengan pertanyaan2 malaikat?

“ Siapa tuhan kamu?”

“ Siapa nabi kamu?”

Kenalkah kamu tuhanmu?
- Iaitu 41 akidah(20+20+1).

Kenalkah kamu nabimu?
- Iaitu 9 akidah. 4+4+1. Serta tentang kehidupan baginda SAW.

Tiada sah ibadat seseorang itu melainkan setelah ia mengenal tuhannya(Allah). Tuntutlah ilmu tauhid sifat20. Apabila tidak sah akidahmu, maka apakah agamamu?
p/s : Tauhid Uluhiyah, Rububiyah, Asma' Wa Sifat tidak memadai.

Sudahkah kamu tunaikan segala perintah dan larangan Allah. Bagaimana dengan solatmu? Tahukah kamu sekalian rukun2, syarat2 sah, dan perkara membatalkan sembahyang keseluruhannya?
Tiada sah sembahyang yang dilakukan tanpa mengetahui rukun, syarat, serta perkara membatalkan sembahyang walaupun sembahyangnya itu kebetulan berbetulan/muafakat dengan perkara sebenar didalam sembahyang itu.

Bagaimana akhlakmu? Jadilah pemuda/i yang berakhlak mulia. Akhlak itu perhiasan agama. Barangsiapa yang tiada perhiasan padanya, hodoh ia. Barangsiapa yang penuh dengan perhiasan, mulia ia.

Suasana

Saudara saudari sekalian,

Jangan lalaikan dirimu dengan perkara dunia. Wanita, harta, pangkat/jawatan itu hanyalah ujian bagi keimanan mu.

Aku lihat pemuda/i hari ini gemar untuk berpasangan yang haram.
Aku lihat pemuda/i hari ini gemar untuk bermewah-mewahan.
Aku lihat pemuda/i hari ini gemar untuk berhibur.
Aku lihat pemuda/i hari ini gemar untuk mencapai kecemerlangan dunia.

Ramai anak muda di shopping complex dan tempat hiburan.
Ramai orang tua di masjid, surau dan madrasah.

Nasihat

Saudara saudari sekalian,

Dengarlah nasihat ini mudah-mudahan menjadi manfaat bagi kamu semua. Semakin hampir kita dengan akhir zaman, semakin bertambah ujian kita. Dan barangsiapa yang dapat menghadapi ujian ini dengan sabar yang tinggi, dialah orang yang telah mendapat kejayaan. Bukan orang yang mendapat kejayaan itu, orang yang mendapat deanlist atau sijil atau gelaran.
Ku ulangi sekali lagi. Harta, pangkat, dan wanita itu adalah ujian.
Semakin besar ujianmu, semakin besar pahalamu jika kamu dapat bersabar dengannya.

[Hadis:
Ketika detik2 akhir sebelum Rasulullah Saw wafat pada akhir khutbahnya. Rasulullah Saw bersabda kepada para sahabat r.a :" Setelah wafatku, kalian akan mendapati betapa banyaknya musibah yang akan menimpa umat ini, samada berbentuk bencana, perpecahan atau perselisihan. Maka bersabarlah kalian sehingga kalian bertemu denganku ditelaga Haud".]

Tuntutlah ilmu di pondok-pondok atau madrasah atau masjid2. Ilmu itu penyuluh hidup.
Carilah guru yang mursyid. Bukan semua guru adalah mursyid. Tidak ramai guru pada hari ini yang dapat membimbing kerohanian(tasawwuf) anak murid.
Kata guru :”Ilmu Tasawwuf adalah benteng yang paling kuat untuk menghadapi cabaran akhir zaman ini”. Hampir2 hanya disekolah-sekolah pondok sahaja yang masih mempunyai guru-guru yang mursyid kerana mereka itu ikhlas mengajar dan mentarbiah anak-anak muridnya tanpa meminta upah.
Kata ulama : ” Barangsiapa yang masih tiada mursyid diakhir zaman ini, maka selawat adalah mursyid bagi mereka”.
Maka banyakkanlah berselawat ke atas Rasulullah Saw.

Sepanjang cuti 2 bulan ini, lapangkanlah masa untuk menuntut ilmu agama disekolah-sekolah pondok khususnya. Atau masjid atau madrasah.
- Di Kelantan banyak sekolah pondok. Cth : Pasir Tumbuh, Pasir Puteh. Di Kedah, Selangor, Melaka, Pahang, dan sebagainya.

Jangan sibukkan diri di tempat2 hiburan (KLCC, MidValley, TimeSquare dan sebagainya).
Jangan sibukkan diri dengan rakan2 yang melalaikan.

Lazimkan diri ditempat orang-orang soleh.
Buktikan kita pemuda/i yang akan meninggikan agama ini !

Wallahutaala a'la waa'lam.

Layakkah Aku?

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Pujian-pujian kepada Allah swt, Tuhan diri ini, dan sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Besar Muhammad SAW serta keluarga dan para sahabat r.a,


Syarat-syarat/Kelayakan Seorang Mujtahid :

Seseorang ahli ijtihad dan mujtahid mestilah mempunyai syarat berikut :

1. Islam dan bersikap adil

2. Mengetahui tentang al Quran berserta makna-maknanya dari sudut bahasa dan syariat.

3. Mengetahui hadith beserta makna-maknanya dari sudut bahasa dan syariat.

4. Mampu mengetahui tentang masalah-masalah ijmak serta tempat-tempat berlaku ijmak. Hal tersebut supaya mereka tidak mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengannya.

5. Mengetahui al Qiyas - iaitu merangkumi tentang Illah, hikmat, kemaslahatan masyarakat serta uruf.

6. Mengetahui dan memahami bahasa Arab dengan baik dan sempurna. Hal ini supaya dapat mentafsirkan al Quran dan Hadith dengan baik serta dalam istinbat hukum.

7. Mengetahui tentang nasikh mansukh daripada al Quran dan hadith.

8. Mengetahui ilmu usul fiqh, Kerana ia merupakan asas dalam berijtihad dan istinbath hukum

9. Mempunyai kefahaman yang baik dan benar, supaya mampu untuk membezakan pendapat yang benar dan pendapat yang salah. Iaitu mempunyai kecerdikan serta kemahiran dalam ilmu pengetahuan yang mendalam.

10. Baligh iaitu cukup umur dan sempurna akal pemikiran.

11. Mengetahui tentang dalil akal serta kehujahannya.

12. Mengetahui nas dan dalil yang berkaitan dengan hukum hakam sekurang-kurangnya, biarpun tidak menghafaznya.

13. Mengetahui tentang sebab nuzul ayat serta sebab datang hadith atau asbab Wurud Hadith serta syarat hadith Mutawattir dan Ahad.

Sumber rujukan :

Pengantar Usul Fiqh - Ustaz Abd Latif Muda dan Ustazah Rosmawati Ali. Terbitan Pustaka Salam.

Tambahan dari Ustaz Rashidi :

Berkata al-Allamah Syeikh Muhammad al-Khazraji di dalam kitabnya al-Qaul al-Badi Fi ad-Radd Ala al-Qailin Bi al-Tabdi mengenai syarat-syarat seorang mujtahid:

01. Mengetahui asal-usul perkataan-perkataan Arab dan yang berkongsi makna dengan perkataan-perkataan Arab yang lain.

02. Mengetahui makna-makna huruf-huruf al-Jar.

03. Mengetahui makna-makna huruf-huruf istifham dan nama-namnya serta huruf-huruf al-Syarat.

04. Hendaklah seorang yang alim dengan kitab Allah Taala dan sebab-sebab turunnya (asbab al-nuzul) ayat-ayat, nasikh mansukh, al-muhkam dan al-mutasyabih yang umum, khas, mutlak, muqayyat, isi kandungan kitab, kitab al-taklif (kewajipan), kitab berasaskan suasana, mafhum al-muwafaqah dan mafhum al-mukhalafah.

05. Juga seorang yang alim mengenai Sunnah Nabi S.A.W. iaitu menguasai ilmu al-riwayat dan al-dirayah, mampu melihat maslahah-maslahah am, istihsan, ististab al-asal, manarik maslahah-maslahah dan menolak kerosakan.

06. Alim dalam ijmak dan qiyas.


Jika kita perhatikan dan meneliti syarat-syarat di atas maka ketahuilah oleh kita akan layakkah seseorang itu digelar mujtahid ataupun tidak. Ketahuilah oleh kita bahawa ulama-ulama muktabar dahulu (terutamanya imam-imam empat mazhab) mereka menguasai lebih dari ilmu-ilmu yang disebutkan di atas. Namun saya bercenderung mengatakan bahawa adalah amatlah susah ataupun tidak berupaya lagi masyarakat kini untuk mencapai tahap seorang mujtahid muktabar sepertimana imam-imam yang empat ini walaupun pintu ijtihat masih dibuka sehingga kini. Oleh kerana itulah maka janganlah kita bersangka salah kepada mana-mana ijtihat yang dikeluarkan oleh ulama-ulama muktabar kita. Sesungguhnya amatlah besar sumbangan mereka sehingga terbentuknya mazhab-mazhab muktabar hingga ke waktu ini.


Wallahualam.

Dipetik:www.jomfaham.blogspot.com
------------------------------------------------------------------------------------------

Adapun sebahagian golongan yang suka untuk mencari dalil bagi sesuatu hukum, berikut pembahagiannya:
1. Tiada masalah bagi yang ingin mengetahui dalil yang digunakan oleh ulama' mujtahid bagi suatu hukum barang yang telah diijtihadkan oleh para ulama' mujtahid.
2. Bermasalah bagi yang ingin mencari dalil mengikut cara/kaedah ijtihad sendiri bagi suatu hukum.

Wallahua'lam.

Ditulis oleh penulis blog.

Saturday, May 1, 2010

Ratib Al-Attas

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Pujian-pujian kepada Allah swt, Tuhan diri ini, dan sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Besar Muhammad SAW serta keluarga dan para sahabat r.anhum,


Tidak dinafikan bahawa zikrullah adalah suatu amalan yang dituntut kita melaksanakannya. Kelalaian untuk zikrullah akan menyebabkan seseorang boleh terjerumus kedalam dosa akibat godaan syaitan sebagaimana yang dinyatakan didalam surah Az-Zukhruf firmanNya :

“Dan sesiapa yang berpaling daripada mengingati Tuhan yang Maha Pemurah, kami adakan baginya syaitan yang menjadi teman rapat baginya”

Oleh itu, tidaklah menjadi pelik para ulama’ telah menghimpunkan berbagai kaifiat dan amalan dalam rangka menjadikan amalan zikrullah sebati dengan diri seseorang muslim. Maka antara himpunan mereka itu adalah RATIB yang membawa maksud zikir-zikir yang disusun kaifiat bacaan dan bilangannya.

Ratib Al-Attas merupakan susunan Habib Umar bin Abdur Rahman Al-Attas, seorang ulama dan wali besar hadramaut yang lahir pada tahun 992 H dan wafat pada 1072 H. Beliau terkenal dengan usaha gigihnya dalam berdakwah dan seorang murabbi yang telah mendidik ramai anak murid yang akhirnya turut menjadi ulama, antaranya ialah Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad. Beliau Habib Abdullah Al-Haddad memuji Habib Umar dengan syairnya :

“Sesungguhnya dialah wali berdarjat qutub dimasanya secara mutlak,
Dan manusia unggul dimasanya tanpa pertikaian”

Faedah

Habib Umar : Adalah telah datang kepadaku orang-orang yang mengadu tentang kemarau dan kesempitan hidup maka aku telah memerintahkan mereka untuk membaca ratib ini dan zikir tauhid yang terkenal selepasnya. Mereka pun melakukannya maka Allah telah melapangkan dan mendatangkan rahmat(hujan) ke atas mereka dengan berkat ratib ini.

Rujukan : 'Azizul Manal wa Fathu Babil Wisol- Pembuka Jalan Mendekatkan Diri Kepada Allah

p/s : Perhatian! Jangan terpedaya dengan segolongan manusia yang menganggap zikir sebagai RACUN. Antara perkara yang selalu dipertikaikan oleh mereka :
Berzikir secara nyaring.
Berzikir secara berjemaah.
Berzikir dengan menentukan bilangan atau masa tertentu.
Maka, kesemua ini adalah tiada mengapa disisi Ahli Sunnah Wal Jamaah. Pada kita Ahli Sunnah, zikir adalah UBAT bagi hati.