Sedikit catitan ringkas mengenai pemakaian inai oleh lelaki dan perempuan.
Bagi lelaki
Adalah haram memakai inai bagi laki-laki melainkan kerana darurat seperti perubatan.
Bagi perempuan
Yang belum bernikah : Adalah haram memakainya melainkan kerana darurat seperti perubatan.
Yang sudah bernikah : Adalah sunat memakainya dengan reda suami. Tetapi haram memakainya kerana selain daripada suami.
Tersebut didalam kitab Siratul Mustaqim oleh Syeikh Nuruddin Ar-Raniri r.a. : "Dan sunat bagi perempuan yang bersuami memakai inai pada kedua tangannya dan kedua kakinya jika dengan reda suaminya dan jikalau tiada dengan reda maka iaitu haram. Dan demikian lagi, haram memakai inai atas laki-laki melainkan kerana darurat..Syahdan (Perhatian), haram atas perempuan yang tiada suami mencelup rambutnya dengan warna hitam dan memakai inai dan menghiasi dirinya dan memerahkan pipinya dan diharuskan segala yang tersebut itu bagi perempuan yang bersuami jika dengan reda suaminya.."
Wallahualam.
Ini hanyalah daripada ilmu yang sedikit yang telah aku pelajari daripada masyaikhku. Mohon teguran jika ada salah silap.
Rujukan :
1. Kitab Siratul Mustaqim
2. Kitab Sabilal Muhtadin
3. Kitab Kifayatul Muhtadi
p/s : Hari Sabtu 26/11 kian menjelang, Hari Lahirku tahun ini bersamaan dengan Sambutan Awal Muharam. Namun, apakah persediaanku menyambut Tahun Baru Hijriah dan Tahun Baru Diriku? (^_^)
2 comments:
jika perempuan yang belum bernikah dipakaikan inai.maka diharuskan untuk tujuan perubatan..maka bagimana tahap perubatan yang dibenarkan?
orang yang sedang atas pelamin xboleh berinai ke?
tahap perubatan adalah sekira-kira kadar keperluan utk berubat.
orang yang atas pelamin boleh berinai jika setelah bernikah dan mendapat izin suaminya, jika orang atas pelamin itu belum bernikah maka hukumnya haram berinai.
jadi, cadangan disini adalah berinai setelah majlis pernikahan. (^_^)
Post a Comment