Wednesday, May 25, 2011

Air Teh






Soalan : Apakah hukum air yang dimasuki bangkai semut?

Jawapan : Pada air yang dimasuki bangkai semut ada padanya tafsil (perincian).

1. Jika masuk bangkai semut itu ke dlm air dengan perbuatan kita sendiri, maka jadi air teh itu air mutannajis. Misalnya, Aminah memasukkan gula bersama semut (kebiasaannya semut bercampur dengan gula) ke dalam air teh ketika sedang membancuh teh. Maka, jadi air teh hukumnya tidak suci dan tidak boleh menyucikan yakni mutannajis.

2. Dan jika masuk semut itu ke dlm air dengan sendiri yakni bukan dengan perbuatan kita sendiri, maka jadilah bangkai itu najis yg dimaafkan.

Soalan : Apakah hukum meminum air mutannajis?
 
Jawapan : Hukumnya haram.

Perhatian, jika kita menjadi tetamu dan dihidangkan kepada kita air teh yg ada didalamnya bangkai semut, maka hendaklah kita ihtimalkan ( tanggungkan ) bahawa semut itu masuk ke dalam air teh itu dengan sendiri, bukan dengan perbuatan tuan rumah. Jalan penyelesaian, buang bangkai semut itu dan minum air itu.
- Bagi penuntut-penuntut ilmu, sebaiknya elakkan daripada meminum air yg telah dimasuki bangkai semut.


Wallahua'lam.
Ini hanyalah daripada ilmu yang sedikit yang telah aku pelajari daripada masyaikhku. Mohon teguran jika ada salah silap.

2 comments:

Muhammad Afif al-Manjuniyy said...

ana masih musykil berkenaan darah haiwan yang tak mengalir, dan haiwan tersebut kecil saiznya.... minta penjelasan...

Abu Muhammad Al-Mujahid said...

Minta penjelasan dari ana yang kurang ilmu ini? subhanallah..
Yang ana tahu ana boleh cuba jawabkan, yang ana x tahu ana x boleh jawabkan, boleh rujuk kpd para ulama' yang tinggi ilmunya. Ana org biasa.

Soalan kurang jelas, maaf ya.
Minta penjelasan..