Ilmu itu cahaya. Tiada manusia yang hidup melainkan perlu kepada cahaya. Manusia itu dilebihkan atas makhluk-makhluk lain kerana ilmunya.
Disini aku nyatakan beberapa kelebihan ilmu supaya menjadi suka bagi orang muslimin menuntut akan ilmu.
Riwayat Malik Ibn Dinar : " Barangsiapa yang menolong akan orang yang menuntut ilmu diberi akan dia oleh Allah taala suratnya dengan tangan kanannya dan barangsiapa kasih akan orang menuntut ilmu ssesungguhnya ia kasih akan anbiya' dan barangsiapa kasih akan anbiya' maka sesungguhnya ia serta anbiya' dan barangsiapa benci akan penuntut ilmu maka bahawasanya benci ia akan anbiya' dan balasannya adalah neraka jahanam"
Dan lagi sabda nabi saw : "Barangsiapa belajar akan satu bab daripada ilmu supaya diamalkan dengan dia dan mengajar akan dia orang lainya adalah terlebih baik baginya daripada lima ratus rakaat yang dirukuknya akan dia dan barangsiapa belajar satu bab daripada ilmu supaya diamalkan dengan dia dan mengajar akan dia orang lainya adalah terlebih baik baginya seribu rakaat yang dirukuknya".
Dan sabdanya lagi : "Bahawasanya setengah daripada manusia itu beberapa manusia masuk mereka itu akan syurga semata-mata" maka sembah mereka itu "Ya Rasulullah, siapa mereka itu?" Baginda bersabda, " Mereka yang ada pada hatinya itu kasih akan ulama' kadar satu misqal zarah".
Bahawasanya setengah daripada manusia itu beberapa manusia masuk mereka itu akan neraka semata-mata"maka sembah mereka itu "Ya Rasulullah, siapa mereka itu?" Baginda bersabda, " Mereka yang ada pada hatinya itu benci akan ulama' kadar satu misqal zarah".
Hasan AlBasri : " Tiada aku tahu sesuatu yg terlebih afdal daripada perang fi sabillillah melainkan bahawa adalah orang yg menuntut ilmu maka bahawasanya lebih afdal drpd perang fi sabillillah".
Demikianlah sebahagian daripada kelebihan-kelebihan ilmu yang amat banyak. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan orang yang menuntut akan ilmu. Lagi akan datang aku nyatakan kefardhuan menuntut ilmu.
No comments:
Post a Comment