Tuesday, October 19, 2010

Ulama' Silam Membongkar Sejarah Hitam

1. Beliau namanya Al-Alim Al-Allamah Sayyid Ahmad ibn Zaini Dahlan. 
2. Salasilah beliau sampai kepada Saidina Hasan r.anh dan seterusnya baginda saw.  
3. Dilahirkan di Makkah Al-Mukarramah pada tahun 1233 H.
4. Beliau telah ditabalkan sebagai mufti Mazhab Syafie di Makkah pada zamannya.
5. Beliau telah menghasilkan bayak karya2 yang agung dan menjadi rujukan kepada ulama'2 selepas   zamannya. 
6. Beliau wafat pada 1304 H di sebaik-baik tempat persemadian iaitu Madinah Al-Munawwarah.



Beliau dibesarkan dalam persekitaran dan keluarga yang terbina atas dasar ketaqwaan. Semenjak kecil, beliau telah menghafal Al-Quran dan matan2 ilmu Islam. Beliau adalah diantara permata yang terbit di Tanah Haram dan menjadi kebanggaan umat Islam. Beliau juga adalah seorang ulama' yg begitu gigih menyampaikan dakwah Islam, berusaha melatih dan mendidik anak-anak muridnya membidangi ilmu-ilmu Islam. Kemudian, menghantar mereka ke seluruh pelosok dunia utk mengembangkan dan mengajarkan ilmu.

Beliau juga telah byk melaburkan wang sakunya utk membiayai perbelanjaan para pendakwah yang ditugaskan utk berdakwah di kawasan pedalaman dan perkampungan Makkah.  Juga telah menginfakkan hartanya bagi membiayai pembinaan masjid2 di kawasan2 tersebut, serta menugaskan murid2 nya melaungkan azan dan mendirikan solat fardhu serta mengajar umat Islam ttg kaifiat solat dan urusan2 agama.

Penulis akan membentangkan pada post akan datang serba sedikit sejarah2 kebangkitan gerakan wahabi yang telah mengancam perpaduan umat Islam sehingga jatuhnya kerajaan khilafah Turki Uthmaniyah.

Sudut sejarah, adalah salah satu sudut yang baik utk mendapat pendedahan tentang kejelekan gerakan Wahabi. 
Rujukan kitab : Terjemahan Fitnah Wahabi karangan Al-Imam Sayyid Ahmad Zaini Dahlan

2 comments:

~ AlFaqeerah Ila Rabbi ~ said...

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah, syukran segala perkongsian ilmu yg bermanfaat disini, Semoga ALLAH memberkati segala usaha saudara..Teruskan berdakwah melalui apa pun..kerana umat ini amat dahagakan santapan2 rohani yg sebegini..
Jazakallah..

Abu Muhammad Al-Mujahid said...

wslam. pjg2 kan apa yg baik itu kpd saudara saudari yg lain.