Bismillah, walhamdulillah..
Selawat dan salam ke atas semulia-mulia insan yang sempurna segala akhlaknya, Sayyidina Rasulullah saw serta ke atas keluarga dan para sahabatnya ra.
Yayasan Al-Jenderami telah mengadakan Maulid Al-Kubro sempena meraikan hari kelahiran seafdal-afdal insan di alam semesta ini, iaitu Sayyidina Muhammad bin Abdullah saw.
Sambutan yang amat meriah ini disambut khusus bagi kekasihNya yang mendapat kasih dan cinta langsung daripada Tuhan sekalian alam, Allah swt. Dan tidak dicintai oleh Allah seseorang itu melainkan ia mencintai yang dikasihiNya. Dan tidak mulia seseorang itu disisi Allah melainkan ia memuliakan yang dimuliakan olehNya.
Bukan sesuatu yang janggal untuk menyambut kelahirannya bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan wajib menyambutnya pada setiap saat kerana diutuskannya Sayyidina Rasulullah saw itu menjadi rahmat bagi sekalian alam pada setiap saat.
Ia menjadi tanda menzahirkan kesyukuran kepada Allah swt yang mengutuskan kekasihNya, rahmat bagi sekalian alam. Tidak ada manfaat yang terlebih besar melainkan manfaat diutuskannya Sayyidina Rasulullah saw ke alam yakni inilah sebesar-besar kurniaan Allah terhadap makhlukNya.
Kira-kira 6 - 7 ribu orang yang hadir pada malam kemuncak, masyaAllah
Ijtimak Ulama, terdiri ulama' daripada pelbagai negara, Malaysia, Indonesia, Thailand, Manchester, Pakistan, India, Mekah, dan lain-lain.
Guru mulia, Al-Habib Hasan bin Muhammad bin Salim Al-Attas, Singapura sedang menyampaikan tausiyyah.
Doa daripada seorang pemegang kunci makam Syeikh Muinuddin Chisti, Tarikat Chistiyah.
Jamuan makan bagi para ulama' selepas majlis
Pandangan dari hadapan masjid
Jamuan makan ketika perarakan sekeliling kampung, diketuai oleh Tuan Guru Syeikh Hj Mohd Hafidz bin Hj Selamat. Diikuti rombongan para ulama' dan ahli muzakarah dan ahli qariah (23/2/2012).
Ketibaan Guru mulia, Al-Habib Hasan bin Muhammad bin Salim Al-Attas bagi memulakan perarakan pada malam kemuncak majlis Maulid Al-Kubro
Gambar dari hadapan barisan perarakan
Barisan para pewaris nabi yang hadir pada malam kemuncak Maulid Al-Kubro.
Alhamdulillah, Allah memberikan izin kepada diri yang hina dan berdosa ini untuk melihat wajah-wajah cucu-cicit Rasulullah saw dan para pewaris nabi yang mewarisi ilmu-ilmu para anbiya'.
Mudah-mudahan tahun depan diberi kelapangan lagi oleh Allah swt untuk hadir pada majlis yang penuh barakah ini.
Ya Allah, besar kurniaanMu kepada yang tidak layak menerima kurniaanMu ini.
Subhanallah.. (^_^)
No comments:
Post a Comment