Friday, February 17, 2012

Adab Istinjak (1)

Bismillahi walhamdulillah.

Selawat dan salam atas junjungan Nabi pemberi syafaat serta keluarga dan para sahabatnya.


1. Sebahagian kitab meletakkan bab wudhuk dahulu daripada bab istinjak kerana menunjukkan bahawa harus berwudhuk dahulu daripada istinjak kerana wudhuk adalah thaharah qawiyyah. Tetapi, bagi tayammum dan wudhuk sohib ad-dharurah maka hendaklah didahulukan dengan istinjak terlebih dahulu kerana ia adalah thaharah dhaifah. 


2. Adapun sebahagian kitab meletakkan bab istinjak dahulu daripada bab wudhuk kerana kebiasaaan, iaitu seseorang biasanya akan melakukan istinjak terlebih dahulu daripada mengambil wudhuk. 


3. Disyariatkan wudhuk itu pada malam lailatul-israk.  


4. Beristinjak dengan menggunakan air adalah dimulakan oleh Nabi Ibrahim as. Dan beristinjak dengan menggunakan batu adalah khusus rukhsah (keringanan) yang telah diberikan oleh Allah taala kepada umat Nabi Muhammad saw. 


5. Apabila seseorang itu berada pada tempat buang air, haram bahawa ia menghadapkan dirinya ke arah kiblat atau membelakangi kiblat, dan juga haram ia menghadap ke arah tempat terbit dan terbenam matahari. 


* Pastikan bahawa bilik air tempat buang air dirumah kita tidak menghadap ke arah kiblat. 






6. Beristinjak dengan menggunakan batu (benda yang keras dan kesat) itu caranya dengan menggunakan tiga buah batu atau tiga penjuru batu. Hendaklah batu itu bukan daripada perkara yang mulia seperti buah atau tulang dan sebagainya. 



1.   7. Rukun istinjak itu ada empat :
a.       Orang yang beristinjak

b.       Tempat keluar najis

c.       Najis yang keluar

d.       Alat untuk beristinjak


1.   8. Dan disyariatkan beristinjak itu kerana untuk mewati bidadari syurga. 

1.   9. Disunatkan berdoa selepas beristinjak, “Ya Allah, sucikanlah hatiku daripada sifat munafik,      dan peliharakanlah farajku daripada perkara-perkara keji”.
1.  10. Adab iaitu menyempurnakan segala yang wajib dan segala yang sunat. Adapun adab dari istilah sufiah iaitu tidak melihat kepada orang lebih tinggi daripada kamu dan tidak merendahkan orang yang lebih rendah daripada kamu.  
             
      Wallahualam.
Ini hanyalah daripada ilmu yang sedikit yang telah aku pelajari daripada masyaikhku. Mohon teguran jika ada salah silap.

      Rujukan : 
`.     1.Kitab Hasyiah Baijuri ala Syarah Ibn Qasim

1.

No comments: