Sedikit menyentuh tentang masalah yang sering timbul dalam bab wudhu'. Mudah-mudahan penulisan yang ringkas ini memberi manfaat.
Masalah 1 : Adakah perlu mengulang semula wudhu' jika timbul syak tentang adakah sudah dibasuh tangan kanan (bab basuh anggota) atau belum?
Jawapan1 : Disini terdapat perincian, jikalau sudah selesai wudhu', kemudian datang syak adakah sudah dibasuh tangan kanan atau belum, maka tidak perlu diulangi wudhu' tersebut, kerana syak yang demikian itu tidak diambil kira.
Tetapi berbeza jika belum selesai wudhu'. Seperti seseorang itu sedang membasuh kaki kanan lalu timbul syak dalam hatinya adakah dia sudah membasuh tangan kanan atau belum sebentar tadi. Maka, hendaklah ia mengulangi semula wudhu'nya semula iaitu hendaklah ia kembali membasuh tangan kanannya, kemudian tangan kiri, kemudian sebahagian kepala, kemudian kaki kanan, kemudian kaki kiri.
Masalah 2 : Adakah perlu mengulang semula wudhu' jika timbul syak tentang adakah ia sudah niat (bab niat) untuk berwudhu' ketika membasuh muka sebentar tadi atau belum, samaada timbul syak itu ketika berwudhu' atau setelah selesai wudhu'?
Jawapan2 : Hendaklah diulangi wudhu' itu semula daripada membasuh muka sehingga ke kaki secara tertib samaada ia sudah selesai wudhu' atau belum selesai wudhu'nya tanpa perincian seperti pada bab terlupa membasuh anggota.
* Penjelasan "sudah selesai wudhu'" : tanpa dihadkan tempoh masa setelah selesai wudhu' itu.
Perhatian :
1. Perhatikan perbezaan pada masalah terlupa niat dan pada masalah terlupa membasuh anggota.
2. Pada masalah niat, tiada perincian. Dan masalah membasuh anggota, ada perincian.
Wallahua'alam.
Ini hanyalah daripada ilmu yang sedikit yang telah aku pelajari daripada masyaikhku. Mohon teguran jika ada salah silap.
Sunday, October 16, 2011
Thursday, October 13, 2011
Beautiful Advice
Bukanlah menuntut ilmu itu untuk menuding jari kepada orang lain, samaada mencari kesalahan itu dan ini, atau melabel orang itu dan ini, atau mencari kelemahan itu dan ini pada seseorang. Akan tetapi menuntut ilmu itu adalah bagi mencari kelemahan pada diri sendiri, melabel diri sendiri, dan mencari kehinaan diri. Semakin banyak kelemahan dan kehinaan diri yang dijumpai, maka itulah matlamat ilmu....
Kata Habib Ali Zainal Abidin Al-Jufri, " Salah satu sifat syaitan itu adalah berkata, " Aku lebih baik dari si fulan", akan tetapi salah satu sifat Rasulullah saw itu adalah berkata, " Si fulan itu lebih baik dari aku".
Dua watak yang berbeza antara Junjungan Sayyidina Muhammad saw dan syaitan. Maka, lihatlah dan tiliklah pada diri kita. Sifat siapakah yang ada pada diri kita sekarang? Perbaikilah dan perelokkanlah, Allah Maha Pemberi Taufik dan Hidayah.
Kata Habib Ali Zainal Abidin Al-Jufri, " Salah satu sifat syaitan itu adalah berkata, " Aku lebih baik dari si fulan", akan tetapi salah satu sifat Rasulullah saw itu adalah berkata, " Si fulan itu lebih baik dari aku".
Dua watak yang berbeza antara Junjungan Sayyidina Muhammad saw dan syaitan. Maka, lihatlah dan tiliklah pada diri kita. Sifat siapakah yang ada pada diri kita sekarang? Perbaikilah dan perelokkanlah, Allah Maha Pemberi Taufik dan Hidayah.
Kata Al-Habib Ali bin Zainal Abidin AlJufri : "Adakah boleh seorang yang berbangga dengan dirinya menegakkan kebenaran? Jangan sesekali kita berkata, " Akulah yang terbaik untuk menyelesaikan masalah dunia ini", walaupun atas nama Islam. Hendaklah kita membersihkan hati kita dahulu daripada sifat berbangga diri ini. Lakukanlah kerja-kerja yang meningkatkan sifat kerendahan dan kehambaan dalam hatimu".
Begitu juga pesanan Syeikhuna Tuan Guru Hj Mohd Hafidz bin Hj Selamat, " Lazimkan diri dengan kerja-kerja hamba supaya bertambah sifat kehambaan didalam hati. Tidak beroleh seseorang itu akan ilmu melainkan hendaklah ia menghambakan dirinya terlebih dahulu kerana ilmu itu tuan".
Apabila engkau merasai bertambahnya ilmumu, maka akan bertambahlah rasa kehebatan pada dirimu. Ketika engkau merasai dirimu itu adalah diatas orang lain. Maka itu adalah tipu daya syaitan.
Hendaklah semakin bertambah engkau menuntut ilmu , semakin engkau merasai akan jahilnya dirimu. Dan merasa rendahnya dirimu itu.
Wallahua'lam.
Friday, October 7, 2011
Marhaban Ya Imamul Karim
Hari Haul - Majlis Sambutan Memperingati Hari Kewafatan As-Sayyid Al-Imam Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad, genap 300 tahun Sohibul Haul meninggalkan kita. (5 Saafar 1044H - 7 Dhul-Qo’dah 1132 H). Sambutan di Yayasan Al-Jenderami.
Para tetamu Allah yang khusyuk mendengar tausiyyah oleh Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid, mendengar nasihat-nasihat dan mutiara kata daripada beliau yang disampaikan dengan penuh lemah lembut.
Salah satu pesanan beliau didalam tausiyyahnya adalah, "Sentiasalah duduk bersama orang soleh supaya kita mendapat cahaya daripada cahaya-cahaya yang Allah kurniakan bagi mereka". Selain itu, banyak beliau menceritakan kisah-kisah pengajaran yang dapat diambil daripada teladan kisah Sohibul Haul.
Didalam hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari r.a bahawasanya Allah taala mengutuskan beberapa malaikat untuk mencari majlis-majlis zikir lalu terdapat seorang didalam majlis zikir itu datang kesana bukan untuk berzikir mengingati Allah tetapi datang hanya kerana hajat ingin bertemu kawannya, lalu malaikat itu melaporkan kepada Allah hal keadaan lelaki itu, lalu Allah taala menjawab, "Mereka adalah kaum yang tidak akan celaka orang yang duduk bersama mereka".
Kumpulan qasidah Al-Jenderami
Syeikhuna Tuan Guru Hj Mohd Hafidz bin Hj Selamat sedang membaca maulid Simtud Durar karangan Habib Ali Al-Habsyi.
Qasidah disertai pukulan-pukulan kompang yang mengetuk hati-hati manusia mengingati akan Allah dan RasulNya.
Qasidah adalah terdiri daripada selawat dan pujian-pujian terhadap Rasulullah saw yang dibacakan dengan alunan yang merdu untuk menghidupkan sifat kasih dan cinta kepada penghulu segala 'alam.
Berdiri bagi menghormati kehadiran Rasulullah saw dan Sohibul Haul.
Bayi yang ditahnikkan ketika Qiyam.
Semoga kita sentiasa didalam doa mereka para ulama' 'amilin. Amin..
Indahnya Islam ini mendidik umatnya dengan majlis-majlis yang diberkati ini. Sama-sama kita menghadiri majlis Haul Akbar As-Sayyid Al-Imam Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad pada Hari Sabtu (8.10.2011) jam 6-10pm di Masjid Negeri Shah Alam, Selangor.
Teringat pesan Tuan Guru, " Jangan rasa ilmu dan amalan kita ini besar, sangat sedikit ilmu dan amalan kita, tidak boleh membawa kita ke syurga, yang membawa kita ke syurga adalah syafaat para Nabi, auliya', dan solihin. Berduduk-duduklah kerana Allah".
Syukran kepada Darul Murtadza dengan photo-photo diatas.
Monday, October 3, 2011
Lumpur
Nas kitab Kifayatul Muhtadi karangan Allamah Syeikh Muhammad Nur bin Muhammad bin Ismail Al-Fathani :
“..Dan demikian lagi (yakni dimaafkan) najis yang tiada kelihatan pada mata yang pertengahan dan jika adalah najis itu daripada anjing atau babi sekalipun maka dimaafkan daripadanya maka apabila mengenai ia akan sesuatu tiada menajiskan dia demikian lagi dimaafkan daripada sedikit lumpur jalan raya yang diyakinkan najisnya dan jika daripada najis yang mughallazah sekalipun selama tiada nyata ain najis dan bersalahan2 qadar lumpur yang dimaafkan daripadanya kerana bersalahan2 masanya dan tempatnya daripada kain dan badan maka qadar yang dimaafkan dia pada masa hujan, tiada dimaafkan pada masa kemarau dan qadar yang dimaafkan dia pada kaki baju dan kaki kain baju tiada dimaafkan dia pada tangannya dan tangan bajunya..”
1. Sekalian najis yang tiada kelihatan pada mata orang yang pertengahan adalah dimaafkan walaupun ianya adalah najis mughallazah. Orang yang pertengahan yakni orang yang tidak terlalu tajam dan tidak terlalu rabun mata.
2. Lumpur yang terpercik kena pada kain adalah dimaafkan walaupun lumpur itu diyakini bahawa ada najis padanya selama tiada ‘ain najis (diri najis) kelihatan pada kain.
3. Ada beberapa had lumpur yang terpercik yang dimaafkan :
3. Ada beberapa had lumpur yang terpercik yang dimaafkan :
a. Waktu dalam keadaan hujan dan berlumpur atau lecak. Adapun, dalam keadaan kemarau tiada dimaafkan.
b. Terpercik itu pada pakaian bahagian kaki baju. Adapun, bahagian kaki baju dan keatas seperti lengan adalah tidak dimaafkan.
Wallahua'alam.
Ini hanyalah daripada ilmu yang sedikit yang telah aku pelajari daripada masyaikhku. Mohon teguran jika ada salah silap.
Ini hanyalah daripada ilmu yang sedikit yang telah aku pelajari daripada masyaikhku. Mohon teguran jika ada salah silap.
Rujukan:
1. Kifayatul Muhtadi
Subscribe to:
Posts (Atom)