Wednesday, October 27, 2010

Asal Usul Fitnah Wahabi

1- Fitnah bermula ketika meletusnya peperangan di antara puak wahabi dengan Amir Mekah, Maulana Syarif Ghalib bin Musa'id, gabenor bagi pemerintahan tertinggi Daulah Uthmaniah.

2- Peperangan bermula pada 1205 Hijrah, iaitu zaman Pemerintahan Sultan Salim III ibn Sultan Mustofa III ibn Ahmad. 

3- Puak ini telah muncul beberapa tahun lebih awal sebenarnya, tetapi mereka hanya mengukuhkan kekuatan dan kekuasaan dinegeri mereka sahaja.

4- Tetapi slps itu, kejahatan mereka merebak , kemerbahayaan bertambah dan pemerintahan mereka semakin meluas, ramai manusia telah dibunuh oleh puak ini tanpa tehitung, serta merampas harta benda serta menawan kaum wanita.

5- Dia ( Muhammad ibn Abdul Wahhab) telah bersatu dan bergabung dengan pemimpin-pemimpin timur penduduk Dir'iyyah dan tinggal bersama mereka sehingga mereka sanggup membantu dakyahnya ( yg kononnya menegakkan kebenaran).

6- Antara yg bangkit membantunya ialah seorang pemimpin dari Timur, Amir Di'iyyah, Muhammad ibn Saud dari Bani Zahal. Dia (Muhammad ibn Saud) telah memegang tampuk pemerintahan selepas 2 tahun kemangkatan bapanya pada 1139 H. Kekuasaanya bertambah kuat apabila mendapat pertolongan Inggeris.

7- Pada 1157 H, Muhammad ibn Abdul Wahhab telah menuju ke Dir'iyyah dan memeterai perjanjian bhw Ibn Saud akan menjadi pemelihara agama dan pembantu Sunnah serta mengkafirkan semua yg memusuhi mereka.

8- Muhammad ibn Abdul Wahhab terus meluaskan dakyahnya dengan mata pedang, mengusir jemaah haji dari Baitullah al Haram, merampas harta benda org2 yg menziarahi makam Baginda saw dan menyerang jemaah haji yg datang dari Yaman, Iraq, Syam, dan Mesir dengan sokongan Inggeris secara terang-terangan bagi memecah belahkan kesatuan muslimin.

9- Pemerintah Islam Turki Uthmaniah merasa bimbang dengan perkara ini dan memerintahkan gabenornya Muhammad Ali Basya utk dibuka semula laluan jemaah haji.

Siapakah pengasasnya ? 

1- Muhammad bin Abdul Wahhab
2- Berasal dari timur dari keturunan bani Tamim.
3- Usianya hampir 100 tahun, hampir2 dikategorikan dalam golongan yg diberikan penangguhan sehingga tersebarnya angkara kesesatan puak Wahabi.
4- Lahir pada 1111 H - 1200 H.  Sebahagian ahli sejarah melabelkan tarikh kematiannya " Bermula Kebinasaan si Penjahat pada 1200H" 
5- Pada awalnya, Muhammad ibn Abdul Wahhab adalah seorg penuntut ilmu di Madinah Al Munawwarah.
Bapanya seorang yg soleh dari kalangan ahli ilmu. Saudara kandungnya, Syeikh Sulaiman juga demikian. Mereka serta guru2nya telah berfirasat bhw Muhammad ibn Abdul Wahab ini akan menjadi seorg yg sesat dan menyeleweng setelah melihat beberapa banyak pendapatnya yg menyeleweng, perbuatan dan bantahannya terhadap beberapa masalah. Mereka semua mencerca perbuatannya serta memberi amaran  kpd org ramai agar tidak mendekatinya. Allah swt telah membenarkan firasat mereka mengenai Muhammad Abdul Wahhab apabila dia melakukan bid'ah yg sesat dan penyelewengan yg telah memperdaya orang-orang jahil dan disanggah oleh imam2 agama.

Antara bid'ah-bid'ah yang dilakukannya :

1- Mengkafirkan majoriti ahli Tauhid
2- Mendakwa menziarahi kubur Nabi saw, wali-wali Allah, serta org soleh adalah syirik.
3- Menyeru nama Nabi saw, wali-wali Allah, dan org2 soleh ketika bertawassul adalah syirik.
4- Sesiapa yg menyandarkan sesuatu dengan bentuk Majaz Aqli seperti " Ubat ini menyembuhkan aku" juga adalah syirik.
5- Dan bermacam-macam lagi, syirik, syirik, dan syirik.... Wal'iyazabillah

Tuesday, October 19, 2010

Ulama' Silam Membongkar Sejarah Hitam

1. Beliau namanya Al-Alim Al-Allamah Sayyid Ahmad ibn Zaini Dahlan. 
2. Salasilah beliau sampai kepada Saidina Hasan r.anh dan seterusnya baginda saw.  
3. Dilahirkan di Makkah Al-Mukarramah pada tahun 1233 H.
4. Beliau telah ditabalkan sebagai mufti Mazhab Syafie di Makkah pada zamannya.
5. Beliau telah menghasilkan bayak karya2 yang agung dan menjadi rujukan kepada ulama'2 selepas   zamannya. 
6. Beliau wafat pada 1304 H di sebaik-baik tempat persemadian iaitu Madinah Al-Munawwarah.



Beliau dibesarkan dalam persekitaran dan keluarga yang terbina atas dasar ketaqwaan. Semenjak kecil, beliau telah menghafal Al-Quran dan matan2 ilmu Islam. Beliau adalah diantara permata yang terbit di Tanah Haram dan menjadi kebanggaan umat Islam. Beliau juga adalah seorang ulama' yg begitu gigih menyampaikan dakwah Islam, berusaha melatih dan mendidik anak-anak muridnya membidangi ilmu-ilmu Islam. Kemudian, menghantar mereka ke seluruh pelosok dunia utk mengembangkan dan mengajarkan ilmu.

Beliau juga telah byk melaburkan wang sakunya utk membiayai perbelanjaan para pendakwah yang ditugaskan utk berdakwah di kawasan pedalaman dan perkampungan Makkah.  Juga telah menginfakkan hartanya bagi membiayai pembinaan masjid2 di kawasan2 tersebut, serta menugaskan murid2 nya melaungkan azan dan mendirikan solat fardhu serta mengajar umat Islam ttg kaifiat solat dan urusan2 agama.

Penulis akan membentangkan pada post akan datang serba sedikit sejarah2 kebangkitan gerakan wahabi yang telah mengancam perpaduan umat Islam sehingga jatuhnya kerajaan khilafah Turki Uthmaniyah.

Sudut sejarah, adalah salah satu sudut yang baik utk mendapat pendedahan tentang kejelekan gerakan Wahabi. 
Rujukan kitab : Terjemahan Fitnah Wahabi karangan Al-Imam Sayyid Ahmad Zaini Dahlan

Sunday, October 10, 2010

Hol Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad

Beliau adalah syeikhul Islam, Mahaguru, penganjur dan pemimpin utama dalam jejak dakwah dan pendidikan, dari keturunan Syed, yang mulia Abdullah bin Alawi Al-Haddad, al-Alawi, al-Husaini, al-Hadrami, as-Syafie, imam ahli zamannya, yang sering berdakwah ke jalan Allah, berjuang untuk mengembangkan agama yang suci dengan lisan dan penanya, yang menjadi tumpuan dan rujukan orang ramai dalam ilmu pengetahuan.

Beliau telah dilahirkan disalah sebuah kampung dikota Tarim, iaitu salah sebuah kota negeri Hadramaut yang terkenal, pada malam 5 hari bulan Safar, tahun 1044 H. Beliau telah pun dibesarkan dikota tersebut yg terkenal sebagai pusat penetapan kaum Asyraf dari keturunan Saidina Hussein ibn Ali ibn Abu Talib. Disanalah beliau mendapat pelajaran Al-Quran serta menghafalnya.

Dimasa kecil, beliau kehilangan pandangannya disebabkan tekana penyakit cacar. Akan tetapi Allah swt telah menggantikan panndangan lahir itu dengan pandangan batin. Beliau terus menuntut ilmu agama dan mendalaminya, sehingga menjadi pintar dan jaguh dalam segala selok beloknya. Kemudian beliau mendampingi para ulama terkenal dizamannya, sehingga Allah swt mengurniakan kekuatan hafalan yang sgt menakjubkan serta fahamana yang luar biasa kepadanya.

Beliau terus bersungguh-sungguh dalam menjalankan amal ibadatnya menyertakan amal disamping ilmu. Demikianlah cara hidup beliau dari sejak umur remaja hingga ke umur dewasa dan ke umur tua. Kemudian beliau mula bergiat untuk mendidik murid-muridnya, dan membimbing peminat-peminat untuk menuju kejalan Allah swt. Lantaran itu, ramailah pelajar2 yang dtg mengungjunginya dari merata ceruk dan rantau sehingga dengan itu tersebar luaslah manfaat yang ditabur oleh beliau ke merata tempat.

Beliau juga seorang penyair yang berbakat. Apabila mengungkapkan syairnya, niscaya mempersonaka. Juga seorang penulis yang puitis. Tulisannya sungguh mengharu dan memikat hati. Apabila berpidato sering mendatangkan minat untuk mendengar dan apabila menghujah sering melumpuhkan.

Beliau terkenal seorang pengarang yang jelas segala ibaratnya kukuh dalam pengolahannya, mendalam segala perbahasannya, meneliti dalam pengambilannya, hujahnya terang, penerangannya mengkagumkan amat luas interpretasinya. Beliau sering mengukuhkan pembicaraanya dgn ayt2 AlQuran dengan hadis2 Nabi saw, dan kata2 bicara dari para tokoh dan imam, untuk mencabut segala gangguan2 dalam diri dan waswas dalam dada setiap yang syubhat dan memperbetulkan setiap buruk sangka sehingga tiada ditinggalkan sesuatu musykilah pun melainkan dicelahnya atau sesuatu persoalan persoalan pun melainkan dijawabnya.

Antara karangan2 Al-Imam :
1. An Nasaih Addiniyah
2. Ad Da'wah at Tammah
3. Al-Fushul Al Ilmiyyah



Beliau telah diwafatkan Allah radiallahuanhu pada petang hari Selasa, 7 DzulQaidah tahun 1132 H, dan dikebumikan diperkuburan Zanbal, kota Tarim. Moga-moga Allah menggandakannya dengan balasan pahala yang banyak.

Rujukan : Nasaih Addiniyah

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Memperingati serba sedikit riwayat Al-Imam sempena bulan kewafatannya ini iaiti bulan ZulQaidah.
" Apabila disebutkan tentang orang-orang soleh, maka turunlah rahmat " -Hadis-

Mari sama-sama kita meraikan Hol Al-Imam di tempat-tempat yang telah ditetapkan pada tarikh2 tertentu.
Boleh rujuk blog www.pustaka-alfanshuri.blogspot.com.
Mudahan-mudahan Allah merahmati kita dengan berkat Al-Imam ( menyebut kebaikan2 para solihin).

Wallahu a'lam.

Monday, October 4, 2010

Pesanan Ulama’ : Berhati-hati dengan keseronokan dunia

“Hai saudaraku, kita semua telah yakin bahawasanya kesemua alam ini mengadakan dia oleh tuhan yang satu jua jika perkara yang nampak bersabit dengan tukang2 sekalipun kalau begitu kita2 ini tentu perbuatan tuhan itu juga kalau begitu tidak patut sekali-kali kita derhaka kepadanya kerana orang yang derhaka kepada kerajaan atau penghulu dan ketua kampung pun tak sempurna juga kedudukannya diatas dunia pada hal dunia ini sementara jua, maka macam manalah nak dapat kesenangan bagi mereka yang derhaka kepada tuhan yang ialah empunya dunia dan akhirat, maka kpd siapakah kita nak bertumpu dan dengan apa bekalkah yang kita berharap dalam perjalanan kita yang sangat jauh serta didalam kampung tempat yang tak biasa lagi pergi iaitu di alam barzakh didalam kubur antara hidup dunia dengan dibangkitkan tubuh badan dan dipadang mahsyar tempat himpun sekalian manusia kerana periksa amalan dengan jalan menzahirkan adil tuhan dan meniti pula titian sirat jambatan yang dilentangkan diatas mulut neraka, maka beruntunglah mereka yang lepas kerana dipermasukkan didalam syurga kebun yang ada didalamnya segala yang dicita-cita kekal didalamnya selama-lama dan muda selama-lamanya dan sihat selama-lamanya dan kenyang selama-lamanya demikianlah. Maka celakalah dan sehabis-habis azablah mereka yang tak lepas kerana jatuh ke dalam neraka api yang sangat nyala ada didalamnya beberapa ular dan kala maka kita yang islam yang menurut hukum tuhan tetaplah tidak jatuh kedalamnya melainkan mereka yang mensia-siakan masa umur dengan semata-mata berhadap kepada benda yang tidak berharganya dan menurut dengan nafsu dan hawanya dan berseronok-seronok dan bergalak hingga tuanya dan matinya didalam hal yang tidak sedar siapakah yang mengadakan langit dan bumi dan barang antara keduanya maka jatuhlah orang itu kedalam neraka..”  -Syeikh Abdul Qadir Al-Fatani (Ayah Dir)-  

Rujukan : Kitab Taqrib
-------------------------------------------------------------------------------------------------------- ----

1. Dengarlah pesanan ulama' kita ini, jika kita enggan dengar nasihatnya, maka nasihat siapa yang hendak kita dengari? Ambillah pesanan daripada orang-orang soleh, mereka itu mendapat taufik dan hidayah daripada Allah.
2. Nafsu dan syaitan sentiasa membawa manusia ke jalan kesesatan, maka pada maksiat itu terdapat kemanisan, berhati-hatilah dengan racun kemanisan itu. 
3. Dunia adalah adalah tempat berseronok bagi orang-orang yg ingkar, manakala dunia adalah penjara bagi orang-orang mukmin, maka jadikanlah dunia ini seperti penjara, batasilah hidupmu dengan undang-undang Allah.
4. Syurga adalah bagi orang-orang yang berjaya mengekang nafsunya ketika ia didunia, manakala neraka adalah bagi orang-orang gagal mengekang nafsunya ketika didunia.
5. Orang yang berjaya bukanlah orang yang mendapat kecemerlangan didunia (kekayaan, pangkat, nama), sebaliknya orang yang berjaya adalah orang yang mempunyai nilai-nilai akhlak yang mulia dalam hidupnya.
6. Kaki, tangan, lidah, mata, telinga, perut, faraj adalah bukan diri kita, pinjaman semata-mata, maka siapakah diri kita sebenarnya? Kita adalah hati. Semaikanlah hati kita dengan sifat2 mahmudah dengan lazimkan menyebut nama Allah, lazimkan berselawat ke atas Rasulillah saw.


Wallahua'lam.