Monday, January 16, 2012

Dimaafkan pada babnya

Bismillah, walhamdulillah..
Selawat dan salam ke atas junjungan kita Rasulullah saw serta keluarga dan para sahabatnya..

Saudara-saudaraku,

Berikan perhatian pada beberapa masalah yang disebutkan dibawah ini supaya ibadah kita diterima Allah taala mudah-mudahan.

Ketahuilah, adalah beberapa najis itu dimaafkan pada bab-bab yang tertentu. Tetapi ingat, apabila dimaafkan pada suatu bab, ia tidak membawa maksud bahawa najis itu dimaafkan pada bab yang lain.

Di bawah penulis memberikan beberapa contoh tentang masalah ini.

Masalah 1: Najis yang dimaafkan pada bab sembahyang tetapi tidak maafkan pada bab air.

Dimaaf pada bab sembahyang

Seperti darah bisul yang mengalir keluar secara tidak sengaja (contoh : terpecah bisul) ketika seseorang itu sedang sembahyang, maka sembahyangnya adalah sah kerana darah tersebut adalah najis yang dimaafkan (pada bab sembahyang).

Tidak dimaaf pada bab air

Jika darah bisul itu termasuk ke dalam baldi, kemudian di gunakan air dalam baldi itu untuk mengambil wudhuk, maka tidak sah wudhuknya kerana darah bisul itu telah mengubah air dalam baldi itu kepada air mutannajis (air yang kena najis), darah bisul itu adalah najis yang tidak dimaafkan (pada bab air).

Masalah 2(a) : Najis yang dimaafkan pada bab makan tetapi tidak maaf pada bab sembahyang.

Maaf pada bab makan minum

Seperti darah daging yang masih tertinggal dalam isi daging selepas dibasuh dan dicucikan daging itu, kemudian daging itu dimasak gulai, maka darah yang didalam daging itu akan bercampur dengan gulai, maka ketika ini darah yang masih tertinggal dalam daging itu adalah najis yang dimaafkan, dan gulai itu boleh dimakan walaupun telah bercampur dengan darah yang keluar daripada dalam daging itu.


Tidak dimaaf pada bab sembahyang

Adapun jika gulai itu terkena pada pakaian seseorang ketika ia sedang makan gulai itu, kemudian dibawa pakaiannya itu ke dalam sembahyang, maka tidak sah sembahyangnya kerana gulai itu telah bercampur dengan darah dalam daging itu, dan darah daging itu adalah najis yang tidak dimaafkan (pada bab sembahyang).




Masalah 2(b) :  Najis yang dimaafkan pada bab makan tetapi tidak maaf pada bab sembahyang.


Maaf pada bab makan minum


Seperti seekor semut terjatuh ke dalam air tanpa perbuatan seseorang (contoh : semut itu ditiup angin lalu masuk kedalam air), lalu semut itu mati menjadi bangkai. Air itu boleh diminum (tetapi hendaklah dibuang semut itu terlebih dahulu) kerana bangkai semut itu adalah najis yang dimaafkan (pada bab makan minum).


Tidak dimaaf pada bab sembahyang

Jika seekor bangkai semut didapati didalam poket seseorang setelah sembahyangnya, maka hendaklah ia mengulangi sembahyangnya semula kerana sembahyangnya itu adalah tidak sah kerana bangkai semut itu adalah najis yang tidak dimaafkan (pada bab sembahyang).



Mungkin kita cuai dengan beberapa hukum-hakam kerana kurang mengambil berat tentang hukum hakam ini. Astaghfirullah.. Tuntutlah ilmu agama. Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Wallahualam.
Ini hanyalah daripada ilmu yang sedikit yang telah aku pelajari daripada masyaikhku. Mohon teguran jika ada salah silap.

4 comments:

Jαnnαhツ said...

oh ye ke? i tot kalau terkena gulai kat baju still bleh bawak semayang. ok now da tau tak boleh. thanks abu.

Abu Muhammad Al-Mujahid said...

yes, tapi depend la gulai tu gulai ape. kalau gulai masak telur, boleh je bwk sembahyang sebab telur takde darah. macam gulai daging/ikan/ayam tak boleh sebab daging tu ada darah.

bukan kuah gulai je actually, kuah apa2 pun.

no thanks. (^_^)

Anonymous said...

Assalamualaikum Akhi Abu, kalau air mutlak lalu dengan darah beku macamana pulak? Apa hukum air itu?

Syukran.

Erman M said...

"yes, tapi depend la gulai tu gulai ape. kalau gulai masak telur, boleh je bwk sembahyang sebab telur takde darah. macam gulai daging/ikan/ayam tak boleh sebab daging tu ada darah."

Tuan, kuah utk makanan laut tak silap saya boleh dibawa sembahyg ikan, udang, kerang,ketam etc. Cuma daging & ayam sahaya jg tak boleh.

Wallahuaklam minta pencerahan.