Telah Ijma` Ulama (Ahlissunnah wal jamaah) bahawa manusia sekarang ini ( yang kemudian daripada mazahab yang empat ) akan wajib niat taqlid ( mengikut ) mana-mana daripada mazahab yang empat pada masaalah I`badat, Mua`malat, Munakahat dan Jinayat yang diakui sah .( maliki, hanafi,syafie atau hambali ).
Dalil wajib taqlid ulama` itu ialah Firman Allah Ta`la :-
"Maka hendaklah kamu bertanya akan ahli dzikir ( Ulama ) jika kamu tidak mengetahui" .
Maka wajib kita niat taqlid akan mana-mana satu daripada mazahab yang empat yang diakui sahnya . Dan tiada harus lagi tiada sah taqlid akan ulama yang lain daripada yang empat itu kerana kita tiada mengetahui syarat-syarat dan rukun-rukun cara mazahab yang lain itu , kerana mereka tiada mengarang kitab-kitab yang boleh kita berpegang dengan dia.
Tersebut didalam kitab : Tanwir Qulub Ms : 397 :- Maka barang siapa mengerjakan ibadat yang bersalahan Ulama pada sahnya daripada tiada taqlid bagi mazhab yang mengatakan sahnya nescaya wajib diulanginya (qada`).
Contohnya ;- seperti mengambil wudu` ia basuh sekalian muka serta niatnya dan basuh dua tangan dan sapu sedikit air dikepala dan membasuh muka dan basuh kaki pada hal tidak pernah berniat ikut (taqlid) mazhab Syafie nescaya tidak sah wudu`nya maka tidak sah solatnya juga.
Jika berlaku seperti diatas itu , maka hukumnya samalah macam orang yang tidak menunaikan solat walaupun seratus tahun dia mengerjakan sembahyangnya yang ia buat dalam keadaan tidak berniat taqlid mana-2 mazahab nescaya wajib diulanginya ( qadha ).
Lagi contohnya :-
Seseorang yg taqlid ulama yang empat tetapi tidak diakui oleh mana-mana mazahab yang empat itu (mencampur adukkan ). Seperti :- bernikah dengan tiada wali ia taqlid mazahab hanafi, serta tiada saksi ia taqlid mazhab maliki, maka tidak sah nikahnya ini.
Tidak sah bertaqlid dengan mazhab yang lain daripada yang empat itu , seperti kaum muda yang berkata ;-
Maka mereka yang bertaqlid seperti kaum muda itu sesat lagi menyesatkan kerana menyalahi barang yang sudah ijma` Ulama serta dijanjikan masuk neraka.
Dalil masuk neraka orang yang menyalahi ijma` ulama itu ialah :-
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :-
"Sesungguhnya Allah Taala tidak akan menjadikan ijma` (ulama ) ummat ku atas kesesatan. Dan bermula pertolongan Allah Taala beserta ijma`(ulama) ummatku .
Dan barang siapa yang keluar ia daripada ijma` (ulama ) nescaya menuju ke Neraka."
(H.Riwayat : Imam Turmizi daripada Ibnu Abbas )
Tersebut didalam Kitab Tanwir Qulub Ms : 40 :-
Erti melayunya :-
Dan tiada harus bertaqlid akan yang lain daripada mazhab yang empat setelah terikat Ijma` Ulama diatas mereka itu, kerana bahawasanya segala mazahab yang lain daripada mereka itu tiada karang akan kitab-kitab dan tiada didhobit (dicatat) kaedah mereka .
Contohnya :-
Seperti kaum muda dan puak wahabi yang berkata :- Aku bera`mal ikut Al-Quran dan hadis dan mengaku faham isi kandungan (segala hukum) di dalamnya serta tidak mahu bertaqlid ( bermazhab). Maka tiada sah lagi sangat sesat dan menyesatkan orang lain pula.
Harus orang yang bermazhab itu bertaqlid dengan mana-mana daripada mazahab yang empat yang diakui sahnya .
Seperti :-
Orang yang bermazahab syafie harus ia taqlid mazhab hanafi atau maliki atau hambali pada satu masaalah atau beberapa masaalah , tetapi ada syarat-syaratnya :-
Syarat sah harus taqlid itu 6 perkara :-
- Mengetahui ia akan masaalah yang ia hendak taqlid itu adalah yang mu`tabar disisi mazahab yang hendak ditaqlidnya itu.dan mengetahui rukun-rukun dan yg menbatholkan didalam masaalah yg ia hendak taqlid dlm mazahab itu.
- Hendaklah taqlid dahulu sebelum jatuh perbuatannya . Maka jangan setelah jatuh perbuatan baru nak niat taqlid mazhab yang lain seperti masaalah : Dia sentuh isterinya maka bathal wudu`nya dlm mazhab syafie tiba-tiba ia hendak taqlid mazahab hanafi supaya tidak bathal wudu`nya . (maka tidak sah)
- Tidak memilih yang mana-mana memudahkan baginya seperti :- ia ambil wudu` sapu sedikit daripada kepala ikut mazhab syafie dan sembahyang tidak membaca Bismillah pada imam atau seorang diri, dan ma`mum tidak payah baca fatihah ikut mazhab hanafi . (maka tidak sah)
- Imam yang diikutinya mesti sah mujtahidnya . Seperti syafie , hanafi, hambali dan maliki. Maka tidak sah taqlid kepada imam yang tidak sah mujtahidnya seperti :- Ibnu Taimiyyah, Ibnu Kholdun dan Muhammad bin Abd Wahab (wahabi).
- Jangan jadi talfiq pada qodiah (bab) yang satu seperti :- Mengambil wudu` menyapu sedikit daripada kepala mengikut syafie dan dalam hal menyentuh perempuan yang ajnabi tidak bathol wudu` ikut hanafi sedangkan mazahab syafie bathol ia .. maka tidak sah wudu`nya.
- Tiada barang yang menjadi bathol hukum qadhi seperti :- Tholak tiga sekali berlafaz tuan qadhi kata boleh ruju` nescaya bathol hukum qadhi kerana menyalahi ijma` sahabat dan tabiin dan ulama yg mujtahidin.
Ruj : Kitab Sullam Al-Sibyan li Syiekh Hj Chik Ibnu Ahmad Al-Qodhi
Al-faqir ila Allah
Farizatul Maisara Abd Kareem
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
after editted
p/s : Berhati-hati akan masalah ini hai umat muslimin! Jangan ambil mudah dengan urusan agama. Hari Hisab itu pasti. Sentiasa waspada dengan ibadat kita, jangan beramal kerana manusia. Allah mengetahui sah batal ibadat kita. Barangsiapa yang ingkar dengan ijma' ulama', maka jatuh kufur ia.