Saturday, October 10, 2009

Hai Pejuang Yang Hina..!

Dulu aku seorang bayi,
Aku membesar dan membesar,
Kini aku seorang yang sudah akil baligh,
Aku terus membesar,
Kini aku adalah remaja.

Ketika ini aku seorang remaja yang sederhana, hidupku seperti remaja lain.
Kawan-kawanku juga adalah remaja. Aku seorang yang bercita-cita menjadi pejuang disaat remajaku.

Cita-citaku menjadi pejuang kadang-kadang naik kadang-kadang turun.
Pabila semangatku diasah menjadi pejuang, semangatku naik.
Tapi pabila ia dibiar, ia surut merudum.

Cita-citaku menjadi pejuang kini tercapai. Akulah pejuang agama!

"Tidak wahai pejuang, engkau bukan pejuang, bahkan pemusnah!"

Suara ini masuk ke dlm hati ku. Aku berfikir dan berfikir..
Aku meneruskan perjuangan sebagai seorang pejuang.

"Tidak wahai pejuang, engkau bukan pejuang, bahkan pemusnah!"

Kenapa kau datang lagi suara?
Aku tertanya.
Diriku mula terkesan dengan suara itu.

Kini ku tahu, impianku seorang pejuang sebenarnya telah memakan diriku.
Dalam perjuanganku, aku menzalimi diriku dek kerana maksiat yang terpaksa
aku utamakan dalam impianku menjadi pejuang, dalam masa yang sama aku bersuara "HIDUP ISLAM!!!"
dikhalayak ramai. Mulianya aku dikhalayak ramai, hinanya aku dihadapan Allah.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pejuang hari ini diasah dengan kata-kata perjuangan yang indah.
Mereka tidak diasah dengan akhlak yang indah.

Pejuang hari ini diasah dengan dengan semangat juang yang tinggi.
Mereka tidak diasah dengan ilmu yang tinggi.

Takbir! Takbir! Takbir! Laungan juang.
Padahal mereka buta dalam berjuang.



Friday, October 2, 2009

Hidup Memperjuangkan Assya'irah!!

- Menggenggam Mazhab Akidah Assya'irah -

Abu Hasan al-Asy’ari dilahirkan di Basrah pada tahun 260 Hijrah. Beliau adalah pada asalnya berpegang kepada fahaman Muktazilah dan berguru kepada ayah tirinya Abu Ali alJubbai. Selepas berusia 40 tahun, apabila beliau semakin matang dan tekun mengkaji secara mendalam. Pernah suatu ketika beliau berdebat dengan ayah tirinya mengenai kehidupan selepas mati. Selepas berdebat dengan ayah tiri beliau, Abu Hasan al-Asy” ari bangun berucap di Masjid Basrah yang terdapat di selatan Iraq lalu mengisytiharkan dirinya keluar daripada fahaman Muktazilah dan berpegang pada Ahli Sunnah wal Jamaah.

Abu Hasan al-Asy’ari membuat pembaharuan dalam aliran Ahli Sunnah dengan mengemukakan hujah-hujah logik akal serta teks-teks al-Quran dan hadis yang ada. Hujah-hujah yang dikumpulkan cukup kuat bagi mematahkan hujah Muktazilah yang pesat berkembang pada masa itu iaitu ketika zaman pemerintahan Abbasiyah, dimana ramai ulama’-ulama’ yg dibunuh dan diseksa kerana mempertahankan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Beliau berjaya mengumpulkan ramai murid dan pengikut. Kemudian, lahir golongan Ahli Sunnah wal Jamaah dikenali sebagai Asya’irah iaitu golongan pengikut fahaman Abu Hasan al Asy’ari.

Antara teori Abu Hasan al-Asy’ari adalah mengemukakan 13 sifat yang wajib bagi Allah secara terperinci iaitu:
1. Ada
2. Bersedia
3. Kekal
4. Berlawanan dengan sesuatu yang baru
5. Berdiri dengan sendirinya
6. Satu
7. Berkuasa
8. Berkehendak
9. Mengetahui
lO.Hidup
11. Mendengar
12.Melihat
13.Berkata-kata

Disini terdapat khilaf iaitu Imam Abu Hasan Asy’ari yang mengemukakan 13 sifat-sifat Allah, sementara Imam Abu Mansur AlMaturidi mengemukakan 20 sifat Allah yang mana sifat ma’nawiyah juga termasuk dlm sifat-sifat Allah. Tetap kedua-duanya adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Beliau juga menghuraikan perkara taklid iaitu mengambil pendapat orang lain tanpa hujah yang menguatkannya ataupun tidak dalam perkara yang berkaitan dengan sifat-sifat itu. Beliau menghuraikan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan kepercayaan pada rukun-rukun iman.

Aliran Asya’irah ini berkembang dengan pesatnya di Iraq. Kemudian, ia berkembang di Mesir pada zaman Salahuddin al- Ayubi, di Syiria dengan sokongan Nuruddin Zanki, di Maghribi dengan sokongan Abdullah bin Muhammad, di Turki dengan sokongan Uthmaniah dan di daerah-daerah yang lain. Ideologi ini juga didokong oleh sarjana-sarjana di kalangan mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali. Antara mereka adalah al-Asfaraini, al-Qafal, al-Jarjani dan lain-lain sehingga sekarang.

Pembaharuan yang dibawa oleh Abu Hasan al-Asy’ari adalah dengan mengemukakan hujah logik dengan disertakan hujah teks al-Quran dan hadis Nabi Muhammad. Hujah-hujah ini membawa kekuatan kepada Ahli Sunnah wal Jamaah bagi menghadapi hujah golongan Muktazilah yang melebihkan penggunaan falsafah dalam akidah dimana ketika itu sedang pesat berkembang dan mendapat sokongan daripada pemerintah-pemerintah kerajaan Abbasiah. Akhirnya, golongan Muktazilah bukan sahaja dibendung dengan hujah, tetapi kerajaan yang ditubuh kemudiannya setelah jatuhnya Ma’mun (pemerintah Abbasiyah sebelum itu) memberi sumbangan politik yang besar bagi mempertahankan dan mengembangkan fahaman Asya’ irah.

Walaupun ada di kalangan sarjana Islam terutamanya di kalangan mazhab Hanbali yang menyanggah beberapa hujah dan kaedah yang dibawa oleh Abu Hasan Asy’ ari, ia tidak menafikan jasanya mempertahankan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Fahaman beliau berjaya mematikan hujah-hujah Muktazilah yang terpesong jauh iaitu membicarakan al-Quran sebagai kata-kata Allah yang kekal (qadim) – Muktazilah yg mengatakan al-Quran adalah makhluk bersifat baharu, isu melihat Allah pada hari Kiamat – Muktazilah yg mengatakan orang-orang mukmin tidak dapat melihat Allah sama seperti dunia manusia tidak dapat melihat Allah, membetulkan perkara yang berhubung dengan Qadak dan Qadar – Muktazilah mengatakan qada’ qadar adalah dari manusia bukan Allah dan lain-lain dan menjadi golongan pertama yang menamakan Ahli Sunnah Wal Jamaah di tengah-tengah kelahiran pelbagai fahaman pada zamannya.

Imam Abu Hasan Asy’ari meninggal dunia pada tahun 324 Hijrah dengan meninggalkan pusaka ilmu yang terdiri daripada buku-buku karangan beliau serta murid-murid yang meneruskan perjuangannya. Akhirnya, ia meninggalkan aliran pengajian akidah yang dianuti oleh sebahagian besar umat Islam hari ini dalam melanda cabaran-cabaran baru yang tidak ada pada zamannya. Seterusnya aliran ini memerlukan pembaharuan lagi dalam mengemukakan hujah-hujah kontemporari bagi mempertahankan akidah yang sebenar.