tetibe rjin sket nk menulis blog ni..
menjawab persoalan rakan ku (atau pun sesiapa ahlinya) yang mempersoalkan ttg bid'ah.
byk sgt topik kalo nk ckp tp nk ambil satu topik je iaitu sambutan maulid.
Suatu hari, aku tunjukkan kpd rakanku sekeping kertas yg tertera di atsnya ' sambutan maulid nabi s.a.w dan hol syeikh abdul qadir al-qailani r.anhu . Kemudian dia m'bace seketika, lalu meletakkan semula kertas itu di tmpt nya lalu berkata, "ana takut".
Aku b'tny : kenapa?
Rkn ku m'jwb : Perkara ini tidak ada pd zaman Rasullullah.
Aku terdiam sebentar.
..................
Jawapan ku,
Ada sebuah hadis yang aku dpt daripada kwn ku, dia dpt dari syeikh fuad al-rembawi al-maliki, pernah suatu ketika saidina abbas r.a bertny kpd Rasulullah : Benarkan aku memujimu Ya Rasulullah? Sabda Rasullullah : Ya, pujilah aku. Kemudian Saidina Abbas memuji Rasulullah(seumpama yg trdpt dlm kitab2 maulid pd hari ini sprti, maulid al-habsyi, maulid al-ahzab,...).
Atau pernah juga syeikh fuad menceritakan dr gurunya, seorg ulama besar( wallahu'alam aku x igt nama gurunya, kalo igt nnt , tulis), gurunya pernah berkata di dlm siaran tv di mesir, " Adalah tidak keterlaluan jika aku katakan bhw sambutan maulidurrasul pd hari/zaman ini adalah wajib ".
Wallahu'alam
3 comments:
kaifahaluka?
harus, jangan kata wajib. hanya nas yang qat'ie boleh putus kata wajib.. kalau tak ia dikira merampas hak Allah sebagai syari', pembuat syariah..
Salam
ana pun pernah mendengar ucapan Syeikh Fuad Kamaluddin Rembawi waktu membentangkan kertas kerja Maulidur Rasul 2008, beliau menyebut, guru beliau Syed Mohammad Alawi Al-Maliki:
"Tidak keterlaluan untuk kita menegaskan bahawa sesungguhnya sambutan maulidur Rasul sallallahu 'alaihi wa aalihi wasallam pada waktu, saat dan ketika ini adalah wajib."
Juga berkata guru beliau al-muhaddith Dr said Mamduh:
"Jikalau kita membatalkan majlis Maulid Nabi sallallahu 'alaihi wa aalihi wasallam ini maka hilang satu per empat agama orang-orang Melayu.
Mawlid Nabi sangat penting kepada umat Islam zaman sekarang.
Ia merupakan justifikasi majlis tanda kebesaran Allah taala yang dizahirkan kepada hamba-Nya.
Dan juga orang yang menyambut maulidurrasul adalah orang yang mengisytiharkan tawhid kepada Allah. Kerna dengan mawlid Nabi, kita menyatakan bahawa Nabi sallallahu alaihi wam aalihi wasallam beranak dan diperanakkan. Dan sekali gus menyangkal dakwaan yang kurang adab, yang mengatakan Mawlid Nabi satu majlis menyamakan Rasul dengan Allah.
Pada zaman kebejatan akhlak dan kemunduran nilai Islam yang melingkungi masyarakat kita, Mawlid Nabi dilihat salah satu punca kecintaan yang agung kepada agama dan merupakan nadi umat Islam untuk bangkit menghidupkan sunnah Nabi sallallahu 'alaihi wa aalihi wasallam.
p/s: Kepada umar mukhtar, kenyataan anda berkenaan penthabitan hukum wajib agak terhad huraiannya. Bagaimana dengan ijtihad ulama' dalam banyak permasalahan? Adakah mereka dikatakan merampas hak Allah bila mengeluarkan qaul wajib bagi sesuatu hukum?
mohon penjelasan yang amanah..tq
Post a Comment