Wednesday, January 19, 2011

Ilmu Warisan Ulama'

Bermula ilmu itu sifat. Sifat berhajat kepada sesuatu, maka wajib ia berdiri pada sesuatu yang lain iaitulah zat. Dikenalkan seseorang itu berani kerana ada sifat berani padanya, dikenalkan seseorang itu bijaksana kerana ada sifat bijak padanya, dan dikenalkan orang itu ulama' kerana ilmunya. Maka yang dikehendaki ilmu disini adalah ilmu agama. Sehebat mana atau sebijak mana seseorang itu didalam ilmu selain ilmu agama, tidak akan ia diberi gelaran ulama'.


Ulama itulah pewaris anbiya'. Iaitulah orang-orang yang mewarisi ilmu-ilmu para nabi samada ilmu zahir ataupun batin. Kerana merekalah sampainya apa yang disampaikan oleh Nabi besar kita saw. Tanpa mereka, tentu sekali kita kebuntuan arah hala tuju, manusia mana yang tidak sesat jalan tanpa ada petunjuk jalan.


Seperti "kacang lupakan kulit", begitulah kata orang2 tua dahulu apabila melupakan jasa seseorang. Ramainya manusia hari ini yang lupa asal usulnya kerana tertipu dengan pakaian-pakaian keduniaan, sibuk mengukur ketinggian dan kecantikan dirinya samaada pada pangkat, harta, jawatan, ataupun nama. Mereka itu melihat pada hasil yang dihasilkannya tetapi lupa bagaimana ia terhasil.

Jika bukan kerana ulama', tidak Islam kita hari ini, jika bukan kerana ulama', tidak kita kenal agama Islam pada hari ini, jika bukan kerana ulama', tidak kita hidup aman harmoni,  jika bukan kerana ulama', matilah kita dalam kekufuran, wal'iyazubillah.

Bagaimanakah adabnya kita kepada para alim ulama' yang berjasa yang tidak pernah meminta walau se sen dalam dakwah mereka itu?
Adakah hanya dengan hanya melupakan mereka itu dikira sebagai beradab?
Adakah hanya dengan kata-kata yang kesat kepada mereka itu dikira sebagai beradab?
Adakah dengan sangkaan-sangkaan yang buruk kpd mereka itu dikira sebagai beradab?
Atau adakah kerana ilmu yang ada pada kita pada hari ini datangnya dengan tanpa belajar? Seolah-olah hidup tidak bermula dengan jahil.


Maka hanya berapa ramaikah orang pada hari ini yang masih menyebut-nyebut sejarah ulama' atau pesanan-pesanan ulama' atau nasihat-nasihat ulama'? Sibuk dengan kata-kata orientalis, sibuk dengan kata-kata pemimpinnya, sibuk dengan kata-kata ahli falsafah, politik, dan sebagainya. Teramat menyanjung mereka yang tidak patut dijunjung ibarat kata "anak dirumah ditinggalkan, beruk di hutan disusui".

Seringkali perkataan menentang sekular didengari tetapi lupa seperti tidak sedarkan diri bahawa diri sendiri termakan penyakit sekular ibarat kata seperti meludah kelangit. 

Wallahu taala a'la waa'lam.

Monday, January 17, 2011

Kefardhuan Menuntut Ilmu

Setelah aku nyatakan beberapa kelebihan ilmu daripada kelebihan-kelebihan ilmu yang amat banyak, aku nyatakan serba sedikit disini kefarduan menuntut ilmu.


                                           


Sabda Rasulullah : "Menuntut ilmu itu wajib bagi tiap-tiap muslim" (Riwayat Ibn Majah)

Ilmu itu teramat banyak sama ada yang bangsa dunia atau bangsa akhirat. Manusia itu diciptakan Allah dan diperintahkan olehNya untuk beribadat kepadaNya. Ibadat adalah pengabdian kepada Allah. Manakala maksiat adalah kemurkaan daripada Allah.
Ibadat yang sah itu berhajat kepada kepada ilmu, maka wajib atas tiap-tiap mukallaf menuntut ilmu supaya dapat oleh mereka beribadat kepada Allah. Maka ilmu-ilmu yang fardhu ain itu adalah ilmu akidah, feqah, dan tasawuf.
Adapun ilmu seperti usul fiqh, tafsir, qiraat, taranum, engineering, arkitek dan lainnya adalah ilmu fardhu kifayah. Haram apabila seseorang itu meninggalkan mempelajari ilmu fardhu ain dengan mendahulukan ilmu fardhu kifayah.

Ramai manusia yang melihat bencana alam atau peperangan atau kemarau atau kemalangan itu sebagai satu bala' yang besar, tetapi lupa mereka itu akan bala' yang lebih besar daripada kesemua itu iaitu bala' meninggalkan mempelajari ilmu fardhu 'ain. Maka, sunat akan sebagai sunat haiah kita membaca doa qunut  pada tiap-tiap sembahyang fardhu kerana bala' yang sedang menimpa pada hari ini .

Sebahagian daripada tipudaya-tipudaya syaitan ke atas orang-orang yang beramal iaitu beramal ia tanpa mengetahui kaifiat-kaifiatnya (cara-caranya), beramal ia tanpa mengetahui perkara-perkara yang merosakkan amal ibadatnya dan gemar ia membanyakkan amalan sunat daripada amalan wajib dan memperbanyakkan amal solehnya ketika di khalayak ramai dan mengurangkan amal solehnya ketika seorang dirinya dan berkata-kata ia dalam hatinya menyangkakan bahawa ia telah benar hakikatnya ia salah . Wallahu taala a'la waa'lam.

Sunday, January 16, 2011

Kelebihan Ilmu

Ilmu itu cahaya. Tiada manusia yang hidup melainkan perlu kepada cahaya. Manusia itu dilebihkan atas makhluk-makhluk lain kerana ilmunya.

Disini aku nyatakan beberapa kelebihan ilmu supaya menjadi suka bagi orang  muslimin menuntut akan ilmu.


Riwayat Malik Ibn Dinar : " Barangsiapa yang menolong akan orang yang menuntut ilmu diberi akan dia oleh Allah taala suratnya dengan tangan kanannya dan barangsiapa kasih akan orang menuntut ilmu ssesungguhnya ia kasih akan anbiya' dan barangsiapa kasih akan anbiya' maka sesungguhnya ia serta anbiya' dan barangsiapa benci akan penuntut ilmu maka bahawasanya benci ia akan anbiya' dan balasannya adalah neraka jahanam"

Dan lagi sabda nabi saw : "Barangsiapa belajar akan satu bab daripada ilmu supaya diamalkan dengan dia dan mengajar akan dia orang lainya adalah terlebih baik baginya daripada lima ratus rakaat yang dirukuknya akan dia dan barangsiapa belajar satu bab daripada ilmu supaya diamalkan dengan dia dan mengajar akan dia orang lainya adalah terlebih baik baginya seribu rakaat yang dirukuknya".

Dan sabdanya lagi : "Bahawasanya setengah daripada manusia itu beberapa manusia masuk mereka itu akan syurga semata-mata" maka sembah mereka itu  "Ya Rasulullah, siapa mereka itu?" Baginda bersabda, " Mereka yang ada pada hatinya itu kasih akan ulama' kadar satu misqal zarah".

Bahawasanya setengah daripada manusia itu beberapa manusia masuk mereka itu akan neraka semata-mata"maka sembah mereka itu  "Ya Rasulullah, siapa mereka itu?" Baginda bersabda, " Mereka yang ada pada hatinya itu benci akan ulama' kadar satu misqal zarah".

Hasan AlBasri : " Tiada aku tahu sesuatu yg terlebih afdal daripada perang fi sabillillah melainkan bahawa adalah orang yg menuntut ilmu maka bahawasanya lebih afdal drpd perang fi sabillillah".

Demikianlah sebahagian daripada kelebihan-kelebihan ilmu yang amat banyak. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan orang yang menuntut akan ilmu. Lagi akan datang aku nyatakan kefardhuan menuntut ilmu.

Thursday, December 2, 2010

Niat

Niat dalam sembahyang


  
Bagi sembahyang fardhu yang lima, iaitu subuh, zohor, asar, maghrib, dan isyak.

Syarat sah niat itu ada tiga :
1- Qasad : Iaitu menyahajakan perbuatan menunaikan sembahyang, seperti lintas di hati " sahaja aku sembahyang ".
2- Ta'rud : Iaitu wajib, seperti lintas di hati " fardhu "
3- Ta'yin : Iaitu menentukan waktu, seperti lintas di hati " zohor" atau "subuh"

Bagi sembahyang mutlak dan sembahyang yg dihubung dengannya seperti tahiyatul masjid, sembahyang hajat, istikharah dan lain2.

Syarat sah niat itu ada satu :
1- Qasad : Iaitu menyahajakan perbuatan menunaikan sembahyang, seperti lintas di hati " sahaja aku sembahyang ".

Bagi sembahyang yang berkait dengan waktu seperti sembahyang hari raya yg dua, sembahyang gerhana yg dua :

Syarat sah niat itu ada dua :
1- Qasad : Iaitu menyahajakan perbuatan menunaikan sembahyang, seperti lintas di hati " sahaja aku sembahyang ".
2 Ta'yin :  Iaitu menentukan waktu seperti, "aidiladha" atau "gerhana bulan".

Wajib bagi orang yg sembahyang/musolli menyertakan segala syarat sah niat itu pada sembahyang yang tertentu itu pada ketika mengangkat takbiratul ihram pada salah satu huruf daripada huruf yang lapan didalam takbir itu sama ada alif atau lam atau ha' atau  ra' dan yang lain2.

Sunat sahaja melafazkan niat sebelum mengangkat takbiratul ihram seperti melafazkan " sahaja aku sembahyang fardhu subuh kerana Allah taala".

Maka tidak sah sembahyang orang yg tidak menyertakan syarat sah niat yg tersebut ( di atas ) didalam takbirnya walaupun dia melafazkan niat sebelum mengangkat takbir.

Wallahua'lam.


Ruj : 
1. Kitab hidayatus sibyan

Sunday, November 14, 2010

Lelaki Buta Yang Soleh Dibunuh Kerana Selawat

Diceritakan, bahawa seorang lelaki buta yang soleh dan juga seorang muazzin telah dilarang mengucapkan selawat dan salam ke atas Rasullullah saw selepas azan. Namun dia tetap mengucapkan selawat selepas azan walaupun dilarang melakukannya. Oleh kerana keengganan lelaki itu, mereka (pengikut Ibn Abdul Wahhab) membawanya kepada Ibn Abdul Wahhab, lalu diperintahkan supaya lelaki itu dibunuh. Maka lelaki itu pun dibunuh dalam keadaan mereka (pelampau Wahabiyyah) menafikan ayat Al-Quran :

" Wahai orang-orang yang beriman, Ucapkanlah selawat dan salam ke atasnya junjungan besar Nabi Muhammad saw dengan ucapan yang sempurna" [Surah Al-Ahzab : 56]

Sesungguhnya perintah Allah agar mengucapkan selawat kepada Nabi saw tidak terikat dengan masa atau lafaz tertentu.

Diceritakan juga...

Kebetulan, pernah seorang perempuan berbalah dengan Ibn Abdul Wahhab apabila dia memaksa perempuan tersebut menjadi pengikutnya, dan perempuan itupun akur. Apabila Ibn Abdul Wahhab memerintahkan perempuan itu utk mencukur rambutnya, lalu perempuan tersebut berkata [utk lanjutan buka post hadis golongan akhir zaman] :

" Ketikamana engkau memerintahkan kaum perempuan mencukur rambutnya, sepatutnya engkau juga turut memerintahkan lelaki mencukur janggutnya kerana rambut adalah perhiasan bagi perempuan dan janggut adalah perhiasan bagi lelaki" [1]

Maka Ibn Abdul Wahhab tidak dapat memberikan apa-apa jawapan kepadanya.

------------------------------------------------------------------------------------------------
[1] Di dalam kitab Tauhid 'Ala Toriqi al Soal Al Jawab karangan seorg pemuka Wahabi, Muhammad Al-Marzuki ibn Abdul Mukmin disebut bhw hukum mencukur janggut adalah munafiq, fasiq, dan terkeluar dari garisan mentaati Allah, samada yg mencukur atau yang dicukur. Malah kedua-duanya tidak layak menjadi imam. Inilah permasalahan yg ternyata menggoncang kesatuan umat Islam.

Antara kaedah yg disarankan kepada umat Islam bagi menghadapi golongan Wahabi ini adalah dengan menghidupkan amalan2 tasawuf seperti berzikir selepas sembahyang, membaca Yaasin malam Jumaat. Golongan Wahabi kelihatan seakan-akan terbakar apabila melihat dan mendengar kelompok2 yg berzikir secara berjemaah. Mereka akan lari bertempiaran daripada masjid-masjid dan surau-surau menjauhi kelompok yang sedang berzikir. Maka, perbanyakkanlah beramal supaya kita dapat membentuk kesatuan umat Islam tanpa gangguan2 golongan Wahabi ini yang sering membangkitkan isu-isu remeh temeh untuk memecahkan kesatuan kita.  

Wednesday, November 10, 2010

Penipuan dalam Aqidah : Di Tolak oleh Ulama' Haramain

Usaha Wahabi Dalam Menyebarkan Dakyahnya

1. Dalam usaha Muhammad Abdul Wahhab dan konco-konconya menyebarkan usaha dakyah mereka mengkafirkan ramai orang Islam, mereka telah berjaya menawan qabilah demi qabilah Timur dengan melakukan pembunuhan, pengusiran dan rompakan.

2. Mereka juga membunuh kaum muslimin dan para jemaah haji dari Yaman seramai 70 orang terkorban.

3. Seorang daripada jemaah haji tersebut telah dapat melepaskan diri, lalu menceritakan perbuatan kaum Wahabi kepada qabilah-qabilah mereka.

4. Atas angkara ini, maka tercetuslah peperangan dan permusuhan sehinggalah waktu yang dikehendaki Allah swt.

5. Kemudian kekuasaan mereka semakin meluas sehingga mereka berjaya menawan Yaman, Haramain ( Mekah dan Madinah sehingga kini), qabilah-qabilah di Hijaz hingga sampai ke negara Syam dan juga Al-Muzairib. 

6. Pada mulanya, mereka menghantar sekumpulan ulama' mereka dgn menyangka mereka mampu utk memesongkan aqidah2 ulama' Haramain dan menyerapkan keraguan, pendustaan dan kesesatan tetapi ternyata sangkaan itu meleset apabila sampai shj di Haramain, ulama' disana mematahkan dakyah mereka dgn hujjah dan bukti2 yg tidak mampu ditolak.

7. Ulama Haramain juga meneliti aqidah mereka dan mendapati pegangan mereka banyak mengandungi perkara2 yg mengkufurkan. Maka jelas dan ketaralah disisi ulama' Haramain akan kesesatan dan kejahilan mereka [1].

8. Setelah menegakkan hujah ke atas mereka, ulama' Haramain pun menulis keterangan tentang kekufuran dan kesesatan mereka kepada Qadhi Syar'ie di Makkah yg dinilai berdasarkan kpd pegangan mereka utk diisytiharkan kpd org ramai. Maka dgn adanya pengisytiharan ini, ia akan diketahui oleh org terdahulu dan terkemudian.

Ruj. :  Terjemahan Fitnah Wahabi oleh Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin Al-Maliki
----------------------------------------------------------------------------------------------
[1] Antara kesesatan dan kekufuran yang dibawa oleh mereka (Wahabiah) di dlm aqidah :

1. Tawhid Rububiyyah: Dengan tawhid ini, mereka mengatakan bahawa kaum musyrik Mekah dan orang-orang kafir juga mempunyai tawhid. 
2. Tawhid Uluhiyyah: Dengan tawhid ini, mereka menafikan tawhid umat Islam yang bertawassul, beristigathah dan bertabarruk sedangkan ketiga-tiga perkara tersebut diterima oleh majoriti ulama’ Islam khasnya ulama’ empat mazhab. 
3. Tawhid Asma’ dan Sifat: Tawhid versi mereka ini boleh menjerumuskan seseorang ke lembah tashbih dan tajsim

i. Menterjemahkan istawa sebagai bersemayam/bersila - Allah bersila di atas Arasy
ii. Merterjemahkan yadd sebagai tangan - Allah ada tangan
iii. Menterjemahkan wajh sebagai muka - Allah ada muka
iv. Menisbahkan jihah (arah) kepada Allah (arah atas – jihah ‘ulya) - Allah berarah
v. Menterjemah janb sebagai lambung/rusuk - Allah ada rusuk
vi. Menterjemah nuzul sebagai turun dengan zat - Allah turun ke bumi dgn zatnya
vii. Menterjemah saq sebagai betis - Allah ada betis
viii. Menterjemah asabi’ sebagai jari-jari, dll - Allah ada jari
 
Ini adalah sebahagian daripada kesesatan2 yg dibawa oleh mereka (Wahabiah Salafiyyah). Dan utk lebih lanjut boleh rujuk http://al-ashairah.blogspot.com/search/label/Ciri-ciri%20Wahhabi.

Ketahuilah, orang2 yg mengiktiqadkan seperti demikian (menyekutukan/mensyirikkan Allah dengan makhluk), segala amal ibadat mereka tidak diterima Allah swt malah hanya menempah diri di neraka selama-lamanya. Wal'iyazabillah. Mudah-mudahan kita dipelihara Allah drpd iktiqad2 yg sesat ini.   

Note : Dakwaan mengikut AlQuran dan Sunnah semata-mata adalah sebahagian daripada penyakit yg dimiliki oleh Wahabiah. Maka, berhati-hatilah dgn dakwaan seperti ini.

Wednesday, October 27, 2010

Asal Usul Fitnah Wahabi

1- Fitnah bermula ketika meletusnya peperangan di antara puak wahabi dengan Amir Mekah, Maulana Syarif Ghalib bin Musa'id, gabenor bagi pemerintahan tertinggi Daulah Uthmaniah.

2- Peperangan bermula pada 1205 Hijrah, iaitu zaman Pemerintahan Sultan Salim III ibn Sultan Mustofa III ibn Ahmad. 

3- Puak ini telah muncul beberapa tahun lebih awal sebenarnya, tetapi mereka hanya mengukuhkan kekuatan dan kekuasaan dinegeri mereka sahaja.

4- Tetapi slps itu, kejahatan mereka merebak , kemerbahayaan bertambah dan pemerintahan mereka semakin meluas, ramai manusia telah dibunuh oleh puak ini tanpa tehitung, serta merampas harta benda serta menawan kaum wanita.

5- Dia ( Muhammad ibn Abdul Wahhab) telah bersatu dan bergabung dengan pemimpin-pemimpin timur penduduk Dir'iyyah dan tinggal bersama mereka sehingga mereka sanggup membantu dakyahnya ( yg kononnya menegakkan kebenaran).

6- Antara yg bangkit membantunya ialah seorang pemimpin dari Timur, Amir Di'iyyah, Muhammad ibn Saud dari Bani Zahal. Dia (Muhammad ibn Saud) telah memegang tampuk pemerintahan selepas 2 tahun kemangkatan bapanya pada 1139 H. Kekuasaanya bertambah kuat apabila mendapat pertolongan Inggeris.

7- Pada 1157 H, Muhammad ibn Abdul Wahhab telah menuju ke Dir'iyyah dan memeterai perjanjian bhw Ibn Saud akan menjadi pemelihara agama dan pembantu Sunnah serta mengkafirkan semua yg memusuhi mereka.

8- Muhammad ibn Abdul Wahhab terus meluaskan dakyahnya dengan mata pedang, mengusir jemaah haji dari Baitullah al Haram, merampas harta benda org2 yg menziarahi makam Baginda saw dan menyerang jemaah haji yg datang dari Yaman, Iraq, Syam, dan Mesir dengan sokongan Inggeris secara terang-terangan bagi memecah belahkan kesatuan muslimin.

9- Pemerintah Islam Turki Uthmaniah merasa bimbang dengan perkara ini dan memerintahkan gabenornya Muhammad Ali Basya utk dibuka semula laluan jemaah haji.

Siapakah pengasasnya ? 

1- Muhammad bin Abdul Wahhab
2- Berasal dari timur dari keturunan bani Tamim.
3- Usianya hampir 100 tahun, hampir2 dikategorikan dalam golongan yg diberikan penangguhan sehingga tersebarnya angkara kesesatan puak Wahabi.
4- Lahir pada 1111 H - 1200 H.  Sebahagian ahli sejarah melabelkan tarikh kematiannya " Bermula Kebinasaan si Penjahat pada 1200H" 
5- Pada awalnya, Muhammad ibn Abdul Wahhab adalah seorg penuntut ilmu di Madinah Al Munawwarah.
Bapanya seorang yg soleh dari kalangan ahli ilmu. Saudara kandungnya, Syeikh Sulaiman juga demikian. Mereka serta guru2nya telah berfirasat bhw Muhammad ibn Abdul Wahab ini akan menjadi seorg yg sesat dan menyeleweng setelah melihat beberapa banyak pendapatnya yg menyeleweng, perbuatan dan bantahannya terhadap beberapa masalah. Mereka semua mencerca perbuatannya serta memberi amaran  kpd org ramai agar tidak mendekatinya. Allah swt telah membenarkan firasat mereka mengenai Muhammad Abdul Wahhab apabila dia melakukan bid'ah yg sesat dan penyelewengan yg telah memperdaya orang-orang jahil dan disanggah oleh imam2 agama.

Antara bid'ah-bid'ah yang dilakukannya :

1- Mengkafirkan majoriti ahli Tauhid
2- Mendakwa menziarahi kubur Nabi saw, wali-wali Allah, serta org soleh adalah syirik.
3- Menyeru nama Nabi saw, wali-wali Allah, dan org2 soleh ketika bertawassul adalah syirik.
4- Sesiapa yg menyandarkan sesuatu dengan bentuk Majaz Aqli seperti " Ubat ini menyembuhkan aku" juga adalah syirik.
5- Dan bermacam-macam lagi, syirik, syirik, dan syirik.... Wal'iyazabillah