1- Fitnah bermula ketika meletusnya peperangan di antara puak wahabi dengan Amir Mekah, Maulana Syarif Ghalib bin Musa'id, gabenor bagi pemerintahan tertinggi Daulah Uthmaniah.
2- Peperangan bermula pada 1205 Hijrah, iaitu zaman Pemerintahan Sultan Salim III ibn Sultan Mustofa III ibn Ahmad.
3- Puak ini telah muncul beberapa tahun lebih awal sebenarnya, tetapi mereka hanya mengukuhkan kekuatan dan kekuasaan dinegeri mereka sahaja.
4- Tetapi slps itu, kejahatan mereka merebak , kemerbahayaan bertambah dan pemerintahan mereka semakin meluas, ramai manusia telah dibunuh oleh puak ini tanpa tehitung, serta merampas harta benda serta menawan kaum wanita.
5- Dia ( Muhammad ibn Abdul Wahhab) telah bersatu dan bergabung dengan pemimpin-pemimpin timur penduduk Dir'iyyah dan tinggal bersama mereka sehingga mereka sanggup membantu dakyahnya ( yg kononnya menegakkan kebenaran).
6- Antara yg bangkit membantunya ialah seorang pemimpin dari Timur, Amir Di'iyyah, Muhammad ibn Saud dari Bani Zahal. Dia (Muhammad ibn Saud) telah memegang tampuk pemerintahan selepas 2 tahun kemangkatan bapanya pada 1139 H. Kekuasaanya bertambah kuat apabila mendapat pertolongan Inggeris.
7- Pada 1157 H, Muhammad ibn Abdul Wahhab telah menuju ke Dir'iyyah dan memeterai perjanjian bhw Ibn Saud akan menjadi pemelihara agama dan pembantu Sunnah serta mengkafirkan semua yg memusuhi mereka.
8- Muhammad ibn Abdul Wahhab terus meluaskan dakyahnya dengan mata pedang, mengusir jemaah haji dari Baitullah al Haram, merampas harta benda org2 yg menziarahi makam Baginda saw dan menyerang jemaah haji yg datang dari Yaman, Iraq, Syam, dan Mesir dengan sokongan Inggeris secara terang-terangan bagi memecah belahkan kesatuan muslimin.
9- Pemerintah Islam Turki Uthmaniah merasa bimbang dengan perkara ini dan memerintahkan gabenornya Muhammad Ali Basya utk dibuka semula laluan jemaah haji.
Siapakah pengasasnya ?
1- Muhammad bin Abdul Wahhab
2- Berasal dari timur dari keturunan bani Tamim.
3- Usianya hampir 100 tahun, hampir2 dikategorikan dalam golongan yg diberikan penangguhan sehingga tersebarnya angkara kesesatan puak Wahabi.
4- Lahir pada 1111 H - 1200 H. Sebahagian ahli sejarah melabelkan tarikh kematiannya " Bermula Kebinasaan si Penjahat pada 1200H"
5- Pada awalnya, Muhammad ibn Abdul Wahhab adalah seorg penuntut ilmu di Madinah Al Munawwarah.
Bapanya seorang yg soleh dari kalangan ahli ilmu. Saudara kandungnya, Syeikh Sulaiman juga demikian. Mereka serta guru2nya telah berfirasat bhw Muhammad ibn Abdul Wahab ini akan menjadi seorg yg sesat dan menyeleweng setelah melihat beberapa banyak pendapatnya yg menyeleweng, perbuatan dan bantahannya terhadap beberapa masalah. Mereka semua mencerca perbuatannya serta memberi amaran kpd org ramai agar tidak mendekatinya. Allah swt telah membenarkan firasat mereka mengenai Muhammad Abdul Wahhab apabila dia melakukan bid'ah yg sesat dan penyelewengan yg telah memperdaya orang-orang jahil dan disanggah oleh imam2 agama.
Antara bid'ah-bid'ah yang dilakukannya :
1- Mengkafirkan majoriti ahli Tauhid
2- Mendakwa menziarahi kubur Nabi saw, wali-wali Allah, serta org soleh adalah syirik.
3- Menyeru nama Nabi saw, wali-wali Allah, dan org2 soleh ketika bertawassul adalah syirik.
4- Sesiapa yg menyandarkan sesuatu dengan bentuk Majaz Aqli seperti " Ubat ini menyembuhkan aku" juga adalah syirik.
5- Dan bermacam-macam lagi, syirik, syirik, dan syirik.... Wal'iyazabillah